Monday, November 4, 2013

Musafir mengajar erti kehidupan

Bismillah. Alhamdulillah akhirnya Allah memberi kekuatan buat saya untuk berkongsi pengalaman bermusafir pada Aidil Adha yang lalu. 

"Kita merencana dengan cita-cita, Allah merencana dengan Cinta"


Pada awalnya saya sekadar memberitahu bonda tentang hasrat menziarahi seorang sahabat di Kuala Terengganu. Sahabat yang sudah lama tidak ketemu kerana beliau direhatkan oleh Allah di rumah setelah mengalami kecelakaan jalan raya. Hancur luluh hati ini saat pertama kali mendengar berita itu pada Aidil Fitri yang lepas. Mujur Allah tahu saya sahabatnya takkan keruan andai seusia ini saya kehilangan dia.
Pada awalnya bonda menolak hasrat saya kerana memikirkan belanja untuk pergi ke sana bukannya sedikit. Namun, takdir Allah jua yang lebih benar. Bonda beraya di rumah abang di kuantan untuk menyambut kelahiran cucunya yang ke-5..Alhamdulillah cucu lelaki pertama Lantas saya memohon keizinan untuk bermusafir ke Kelantan dan Terengganu. Dengan alasan kepingin menziarah Murabbi Agung rakyat Malaysia. Alhamdulillah bonda lebih memahami gelora rindu dijiwa.
Adapun pengalaman bermusafir bersama sahabat itu sangat bermakna terutama dalam memaknakan
"Bertaaruf itu sampai ke hujung nyawa"


Tiada yang mampu diungkap melainkan memohon kepada Penganugerah Cinta semoga ukhuwah yang terbina membawa dan bersambung ke syurga.
"Sesungguhnya Kami ciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa dalam kalangan kamu" (Al-Hujurat : 13)
Subhanallah. Saya dan sahabat disambut dan dilayan dengan baik sekali. Tidak perlu kami mencari bilik sewa dek kerana besarnya hati-hati yang menerima tarbiyah langsung daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. 
Hari pertama tiba di Kelantan saya langsung tidak berasa asing. Dilayan seperti keluarga sendiri. Seolah rabitah hati sudah lama terkunci. Segalanya disediakan. Sehingga kami dibawa untuk solat berjemaah hampir tiap waktu solat. Dan yang paling menggembirakan hati apabila kami dibawa untuk solat subuh di Kg Pulau Melaka. Allahuakbar. Hilang rindu untuk bertemu dengan TGNA setelah pertemuan pertama di masjid berhampiran rumah saya. Dan sekali lagi kami bertemu dan bersalam dengan beliau selepas beliau menziarahi perkuburan usai solat Aidil Adha.



Belum usai perihal layanan baik yang diterima sepanjang berada di sana. Dan yang paling saya terkejut apabila saya menerima ugutan, "Kalau enta tak datang iftar di rumah ana malam ni ana akan bersalah seumur hidup". Sampai ke satu tahap bonda sahabat saya sendiri menelefon dan menghantar mesej kepada saya bertanyakan keadaan kami.
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat hendaklah dia memuliakan tetamu" (Hadis Muttafaqun 'Alaih)
Tiada kami menerima tolakan daripada sahabat-sahabat apabila bertanya untuk datang beraya mahupun menumpang mabit (bermalam).
Sahabat yang dimuliakan, Sesungguhnya benarlah bahawa bermusafir mampu mengajar manusia erti sebuah kehidupan.. Dan Islam hanya 1 jalan kehidupan terbaik. Saya sendiri melihat sendiri bagaimana aplikasi teori adab sebagai tetamu yang diajar dalam Islam sangat baik. Apabila datang berziarah para tamu hendaklah memohon izin tuan rumah jika ingin pergi ke ruang rumah yang lain. Contohnya tandas ataupun dapur. Dan saya sendiri melihat terkadang anak muda masa kini masih kurang aplikasi adab berbicara dengan generasi terdahulu. Ya! Masih banyak yang perlu diperbaiki! "Barangsiapa yang tidak mengasihi dia tidak akan dikasihi"
akhir buat kali ini, berjuta terima kasih saya ucapkan buat 4 keluarga di Kelantan yang sudi menerima kehadiran kami sebagai tetamu. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. Jazakumullahu Khairan Jaza'. Moga hasrat hati memperoleh sebuah keluarga di sana sama seperti suratan takdir Ilahi.amin
InsyaAllah jika berkelapangan akan ada sambungan buat kali ini.

~Islah Nafsak Wad'u Ghairak~

Monday, October 28, 2013

:Inductors also Coupled:

Sallu 'alan Nabiy!

When we are talking about Coupled Inductors..then we will have :


M = k \sqrt{L_1 L_2} \!
where
k is the coupling coefficient and 0 ≤ k ≤ 1,
L1 is the inductance of the first coil, and
L2 is the inductance of the second coil.

Adapun ia akan bahawasanya, bukanlah saya mahu mengarang sebuah kitab pondok yang penuh dengan susunan bahasa sastera kelas tinggi.. Sudah menjadi sunnatullah untuk mencipta sesuatu secara berpasang-pasangan

"Maha Suci (Allah) yang menciptakan semuanya berpasang-pasangan, baik apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka sendiri, mahupun dari apa yang mereka tidak ketahui"
(Surah Yasin : 36)

Lalu didatangkan pula dalil tentang penciptaan manusia
“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.” [QS. Ar. Ruum (30):21]

Cukup jelas bagi kita bahawa rasa ingin berpasangan itu satu fitrah. Sehingga Allah mencampakkan rasa cinta sebagai pelengkap fitrah. 

Sahabat yang dimuliakan,
adapun saya memerhatikan sejak awal saya terjun ke dalam dunia pelajar sekolah, hingga kini dunia mahasiswa menjadi tempat bernafas, masalah mengenai "cinta remaja" tak pernah lekang daripada seluruh pancaindera 5 kurniaan Ilahi. bahkan forum yang menerima sambutan paling hangat pasti jua berkaitan "cinta remaja". meskipun begitu saya melihat para du'at makin bijak memanipulasi perkataan "cinta" untuk memperkenalkan cinta Ilahi kepada rakan-rakan mereka. yang saya fikir itu satu kejayaan. AllahuAkbar!

Saya tidak bercadang untuk menghurai secara terperinci mengenai permasalahan yang timbul berkenaan cinta remaja ini. Cuma mutaakhir ini sering bermain di lubuk hati, perasaan kasihan melihat pasangan remaja yang bercinta seolah hidup mereka hanya untuk pasangan mereka. Hingga kadang langsung tidak menghiraukan perihal sekitar mereka. Apatah lagi tika disoal perihal PRK di kampus mereka. entah tahu entahkan tidak.

Saya juga turut berfikir sebenarnya mengapa masalah ini masih belum kelihatan penyelesaian yang baik. Sedangkan sejarah penciptaan manusia bukan baru bermula semalam. Akhirnya apa yang terlintas dalam fikiran saya ialah masalah yang berpunca daripada mentaliti dan doktrinisasi barat yang berjaya membunuh sistem Islam yang mulia. sedangkan sistem Islam jualah yang terbaik. ya! Islam menganjurkan anak muda untuk berkahwin! tiada dalam sistem Islam, belajar dulu sampai dapat ijazah baru berkahwin. akan tetapi inilah sistem yang telah lama diamalkan oleh orang melayu khusunya. akhirnya masalah cinta remaja merebak sehingga kes buang bayi bersepah di merata negara. salah siapa? salah sistem~

ya! mentaliti "kahwin selepas tamat belajar. ada kerja tetap, baru boleh tanggung anak orang". saya melihat sistem inilah yang mematikan hasrat anak muda untuk memenuhi fitrah mereka sehingga yang fitrah itu menjadi fitnah. sedangkan dalam dunia akhir zaman yang penuh fitnah ini, saya belum berjumpa institusi pengajian tinggi awam yang memastikan pelajar perempuan menutup aurat dengan sempurna. lantas diminta pula pelajar lelaki untuk jalan tunduk sampai langgar tiang. ADOI!
Sahabat yang dimuliakan Allah,
mentaliti ini saya lihat berpunca apabila kegagalan membina iman dalam dada manusia. sedang Allah telah berjanji melalui kalam Rasul-Nya
“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. 
(HR. Ahmad 2: 251, Nasaie, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)

Now, let's us see what we have here. Bernikah untuk memelihara kehormatannya. Sedang kita nilai apakah anak muda yang terjerumus dalam cinta remaja ini benar mampu memelihara kehormatannya sendiri? Kerap pula bertemu di alam maya, juga di alam nyata. Sudah pasti bukan mudah memelihara hati agar Allah jua yang utama. usah berdalih kerana saya sendiri anak muda. yang setiap hari terpaksa berpuasa dek hidup dalam suasana jahiliyah menguasai bumi, dalam keadaan saya gerun untuk bermain dengan permainan cinta remaja ini. dan sudah pasti yang menyelam dalam dalam permainan ini teruji kuat setiap saat. ya saya pasti!

Ahbabuna fiLlah,
saya tidak sama sekali memberi gambaran kepada semua bahawa alam rumah tangga ini sesuatu yang mudah untuk dikemudi. apa yang penting, binalah kematangan diri, perkaya jiwa dengan ilmu dan iman. cukuplah bermain dengan bara api. kelak takut ternyala api membaham diri. andai telah terjebak dalam cinta remaja, sejujurnya saya mengesyorkan supaya anda berfikir secara serius dan matang untuk mempercepatkan langkah, duduklah menghadap orang tua kalian. khabarkan kepada mereka, iman itu sangat bernilai untuk diselamatkan. dan tidak kurang penting, binalah rumah tangga anda atas dasar iman. letakkan Allah dihadapan dalam setiap perbuatan.  ada rakan-rakan saya yang menyatakan kepada saya bahawa perlu dimantapkan dahulu fardu muslim baru bisa melangkah ke baitul muslim. lantas saya menjawab, membina baitul muslim itu adalah langkah baik dalam pemantapan fardul muslim. yang jelas saya tidak mengatakan fardul muslim itu sebagai tidak penting!

dalam membina baitul muslim ini saya melihat beberapa perkara yang menjadi masalah utama seperti majlis perkahwinan dan pelbagai lagi ragam birokrasi..jawapan saya ialah, Islam Is The Only Solution. utamakan yang utama. jangan kerana mahu hantaran 11 dulang, tetamu 1000 orang menjadi penghalang keutamaan menyempurnakan iman~

sampaikan salam hormat saya buat ayahanda dan bonda. semoga dengan mudahnya jalan yang mereka sediakan buat anda menjadi bukti amal soleh mereka mempertahankan iman dan kehormatan anak-anak mereka. semoga Allah memudahkan urusan kalian dan saya =)


p/s: ada juga sahabat-sahabat yang sering menjadikan saya sebagai bahan rujukan saat mereka buntu. sedang saya sendiri tak pernah lekang dengan masalah kehidupan dan masih juga mencari jalan solusi terbaik. namum begitu saya mengalu-alukan sebarang bentuk diskusi matang jika anda memerlukan.
wallahu a'lam!

~Islah Nafsak Wad'u Ghairak~

Saturday, October 19, 2013

Kembara Sufi Sang Musafir Haraki, Jihad Nafsi !


Perjalanan hari ini saya bersama empat sahabat bergerak untuk pulang ke kampus tercinta. Setelah selesai menunai hajat di hati bermusafir ke Terengganu untuk bertemu dengan rakan seperjuangan yang terpaksa menangguh pelajaran setelah diuji Allah berlanggar motosikalnya dengan kereta milik hamba Allah yang lain.
Serta hasrat yang sekian lama dipendam hari ini dengan rahmat Allah ditemukan dengan insan yang disayangi jutaan manusia. Tuan Guru Ayah Chik.

Maaf bukan kali ini saya ingin berkongsi pengalaman tetapi lebih kepada gerak otak sepanjang perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu.
Sejak sebelum solat Jumaat saya disapa oleh seorang sahabat dalam "WhatsApp" saya. Mengutarakan soal pernikahan atau ringkasnya BM (Bait Al-Muslim). Perbincangan berlanjutan sehingga saya sampai di Kota Bharu. Apa yang paling menarik, saya juga belum mnghadapi perihal BM. Masih belajar secara teori dek kekangan bermacam dalam memenuhi kehendak jiwa yang sering menjerit.

Ikhwati fillah,
saya bukan yang terbaik dalam memberikan nasihat, akan tetapi kerap juga Allah menghantar sahabat-sahabat yang meminta nasihat dari saya. sedangkan saya sendiri masih ketagih nasihat dan ilmu.
kisah diringkaskan apabila sahabat ku menceritakan dia dilamar oleh seorang sahabat ku sendiri. dan diringkaskan lagi dia sedang dalam dilema untuk memilih antara 2 orang calon yang terbaik. bahkan sehingga detik ini masih belum ada kekuatan hati untuk memilih...keduanya baik dan membawa kebaikan. tidak mahu saya menceritakan secara terperinci tentang perihal gelora iman dan cintanya. cuma saya akan cuba mengupas isu yang saya lihatkan sebagai utama dalam kehidupan..

duhai para pemuda. sudah diingatkan oleh baginda Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam supaya berkahwin ketika usia muda untuk mengelakkan fitnah!

" Wahai pemuda barangsiapa antara kamu yang telah sanggup untuk bernikah maka hendaklah dia bernikah. Dan kerana dengan bernikah itu akan menundukkan pandangan (mata) dan menyelamatkan kemaluan. Dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu merupakan benteng"
(Riwayat Bukhari)
dalam keadaan dunia penih fitnah hari ini nyata bukan satu perkara yang mudah buat anak muda bertahan dengan secebis iman. buka sahaja mata pasti ada fitnah buatnya. lalu saya sendiri selaku anak muda sangat gembira saat melihat semakin ramai rakan sebaya serta adik-adik junior telah selamat diijabkabulkan. 2 jiwa telah berjaya diselamatkan daripada fitnah!
namun begitu ingin saya nasihatkan kepada yang dalam dilema supaya tidak tergesa-gesa membuat pilihan dan tidak pula terlalu takut sehingga pilihan tidak dibuat.
"Jangan takut untuk melangkah kerana Allah telah menetapkan hadapanmu.
jangan risau yang dibelakang kerana ia adalah sejarah yang hanya mampu menjadi iktibar"


terngiang dalam kepala saya saat memikirkan perihal sahabat saya ini akan pesan ibu setiap kali saya menyatakan hasrat untuk memilih sesuatu perkara atau melakukan sesuatu. sebagai contoh yang paling hampir ibu saya sedikit gusar saat saya memohon restu untuk bermusafir berkelana tika seluruh masyarakat lain merayakan Hari Raya Aidil Adha. namun bila saya nyatakan apa yang ada dalam kepala saya lantas bonda menjawab. "buatlah apa pun yang dirasakan baik. Mintalah supaya Allah menunjukkan yang terbaik!"
itulah antara jawapan yang kerap kali membuatkan saya mantap hati dalam membuat sesuatu pilihan! bahkan saya yakin saat bencana datang tika menapak langkah. pasti itu ujian Allah tanda kasih-Nya pada saya dan itulah "sekolah kehidupan" !
duhai sahabat! jangan biar masalah yang menimpa kau biar sehingga ia menimbun. masalah akan tetap datang meskipun engkau tidak mahu memandangnya. dan masalah yang melaut. dan akhirnya berpotensi menenggelamkanmu sehingga kamu kelemasan!


akhir buat kali ini, maafkan diri dek tidak tersusun dengan baik perkara yang disampaikan..kepala tidak dapat bekerja dengan baik dek keletihan bermusafir pada hari ini. esok akan disambung lagi. semoga selamat sampai. amin =)

~islah nafsak wad'u ghairak~

Tuesday, September 24, 2013

Campus Life.

Alhamdulillah..
minggu orentasi pelajar-pelajar baru di semua IPTA baru sahaja usai. Lalu bermula kehidupan sebagai seorang mahasiswa di IPT masing-masing. Ramai mahasiswa yang sudah mula menunjukkan minat yang menggunung dalam pembelajaran mereka. Tidak kurang pula yang hanya sekadar “menurut takdir”..dah mak ayah hantar ke sini, belajar jelahh~
walau apa yang berlaku ayuh mahasiswa kita kembali kepada matlamat kita di sini. Ya, tidak saya nafikan masih ada yang tidak mampu menetapkan matlamat kehadirannya di IPT. Tidak sukar untuk kita restart  minda dan mula mengorak langkah menuju matlamat abadi, ya! eternal reason!

Matlamat
mahasiswa yang dihormati,
mari berhenti menapak seketika untuk sama-sama kita fikirkan apakah yang sebenarnya kita mahu cari, dapatkan sepanjang kita bergelar mahasiswa. Apakah sekadar sugulung sijil pelajaran ijazah mahupun diploma ? bila dah dapat sijil main baling-baling topi la pulak.. atau lebih daripada yang biasa-biasa ?
sedangkan matlamat asal kehidupan adalah memburu keredhaan Allah !

pesan guruku, jangan tinggal 2 perkara dalam perjalanan memburu redha-Nya
1. ilmu
2. zikrullah

la budda (tidak mesti tidak) ilmu dan zikrullah digalas secara beriringan. jangan satu terkehadapan dan satu terkebelakang..ilmu diguna untuk makanan minda dan zikrullah sebagai makanan hati.
dengan ini terbukti memburu redha Allah bukan bermakna segulung sijil itu dipandang enteng.cuma ia bukan keutamaan pertama. apalah kiranya jika segulung sijil diburu sedang hati semakin jauh daripada Allah?
izinkan saya memberi fokus kepada one side of campus life supaya aku berpeluang mengupas secara mendalam (xdalama mana pun). the other side sudilah kiranya anda bertanya sendiri kepada "Uncle Google".

sebagai mahasiswa ayuh kita teliti pelan tindakan strategik yang perlu diambil untuk mengukuhkan diri agar tidak mudah goyah untuk meniti kehidupan yang semakin terdedah dengan dunia luar.

Pelan Tindakan Strategik

1. mencari sahabat yang soleh!
Habibuna Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:

"seseorang itu mengikut agama (cara hidup) sahabatnya, maka hendaklah setiap daripada
kamu melihat siapa yang dipilih menjadi sahabatmu"
(Riwayat Abu Daud, At-Tarmizi, Al-Baihaqi)
tiada dalam hadis Baginda Nabi menyuruh kita memilih "kawan lelaki" atau "kawan perempuan". ehh~
 aiyuhal ikhwah,
betapa pentingnya sahabat dalam kehidupan kita terutamanya semasa zaman belajar di kampus kerana sahabat kita punya pengaruh yang besar sama ada kita akan semakin dekat kepada Allah atau pergi menjauh daripada-Nya. jadi perlu kita sedari beberapa syarat memilih sahabat yang mesti di patuhi agar Allah tetap menjadi matlamat hidup kita. bagi saya sendiri. yang paling penting sahabat saya cinta kepada majlis ilmu dan masjid. kerana dua senjata ini mampu menjadi benteng yang ampuh kepada aqidah dan jiwa orang mukmin!

2. masjid/surau sebagai rumah ke-2 !
sahabat yang dimuliakan.
Habibuna Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:

"solat berjemaah melebihi solat sendirian dengan 27 darjat"
(Riwayat Syaikhan)


kredit : amekaw.com

dalam Hadis lain ada dinyatakan bahawa salah satu daripada 7 golongan manusia yang mendapat naungan
Arasy pada hari yang tiada naungan lain ialah manusia yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. yakin dan percayalah masjid merupakan 1 tempat yang paling berkat dalam sesebuah kawasan. yang paling utama ialah masjid itu diisi dengan majlis ilmu dan zikrullah. bahkan masjid merupakan tempat berkumpul manusia yang hatinya terpaut pada Allah. di masjid ukhuwah dibina. di masjid thaqafah (kefahaman) dibaja. di masjid hati akan bahagia (^_^)
sedarlah duhai sahabat betapa Rasulullah sangat tegas dalam perihal solat jemaah di masjid..

3. menyertai persatuan Islam !
duhai generasi yang bakal memimpin dunia. suka untuk saya ingatkan dalam dunia yang penuh masalah dari sudut ekonomi, sosial dan sebagainya, Pemilik alam telah terlebih dahulu memberikan "Manual Kehidupan" kepada kita agar sentiasa berada di atas landasan yang benar dan sejahtera. ya! itulah Islam! kesejahteraan buat semua termasuk non-living things
sahabat yang dimuliakan,
ayuh kita bedah bersama mengapa saya seru untuk menyertai pertubuhan Islam di kampus.
yang pertama, pertubuhan yang mempunyai organisasi itu sendiri merupakan salah satu cara terbaik untuk melatih mahasiswa menjadi seorang pemimpin. sudah terbukti sejak sekian lama mahasiswa yang terlibat dengan aktiviti persatuan di kampus adalah mahasiswa yang mampu berjaya apabila bergeraduasi. mereka punya tahap pemikiran dan pengurusan diri yang lebih baik berbanding mahasiswa yang sekadar mengamalkan kehidupan 3K (kelas,kafe,katil) di kampus.

yang kedua ayuh kita perhatikan mengapa mesti yang Islam ?
bukan niat saya untuk menghalang sahabat semua daripada terlibat dalam persatuan lain. namun hakikatnya persatuan Islam ini mengikat hati kita supaya terus istiqamah dalam melaksanakan Islam di mana sahaja kita berada. bahkan jika kita menjadi pemimpin persatuan atau kelab yang lain, Islam akan menjadi panduan kita dek tuntutan daripada persatuan Islam itu ke atas diri kita.

bahkan sudah saya perkatakan Islam itu adalah kesejahteraan buat semua. jadi saya berpandangan bahawa kita semua harus faham Islam adalah penyelesaian bagi setiap masalah, dan yang paling penting Islam Is The Best Way of Life ! 

persoalan yang terkadang timbul ialah mengapa kita sendiri yang perlu menjadi penggerak persatuan Islam di kampus.
kredit : Nur Nadirah
pertamanya ayuh kita lihat sendiri manfaat yang kita peroleh ialah kita sendiri akan lebih terjamin dari sudut pentarbiyahan dan pengislahan (pembaikan) diri. masih segar dalam ingatan saya ketika mendengar sesi temu bual di radio IKIM.fm dalam rancangan Islam Agamaku, seorang saudari berbangsa cina menyatakan salah 1 perkara yang menguatkan diri untuk terus istiqamah dalam Islam ialah berjemaah (berpersatuan)
keduanya saya lebih suka menyeru sahabat semuanya untuk bersama memikul amanah sebagai penggerak kefahaman Islam di kampus terutamanya. mahasiswa hari ini masih ramai yang belum mendapat kefahaman yang baik tentang Islam. dek hiburan yang terhidang dan jurusan pengajian yang langsung tidak membawa pelajar itu sendiri untuk memahami agama menjadi punca kefahaman tentang Islam semakin pupus.

sebagai akhirnya, sekalung tahniah saya ucapkan buat semua adik-adik yang baru bergelar mahasiswa. ingatlah dalam mengharungi zaman fitnah ini , Islam mesti digenggam umpama menggenggam bara api !

wallahu a'lam
~islah nafsak wadh'u ghairak~

Sunday, July 14, 2013

Pinjamlah! Pasti tak Mampu Membayar


Assalamu'alaikum.
antonim bagi perkataan pinjam ialah pulang. satu hari saya terfikir.Allahurabbi. kalau dah namanya makhluk mana mungkin memiliki melainkan dengan cara meminjam. dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara. sehinggakan nama saya sendiri juga dipinjam daripada keagungan Allah. kemuliaan Habibuna Sallallahu 'Alaihi Wasallam. dan sudah pasti meminjam syi'ar Islam.

Sahabat yang dirahmati Allah,
suatu ketika saya tertanya mengapa perlu kita bersikap sombong dan egois? mengapa perlu kita mengabaikan hak Allah dan Rasul-Nya ? sedangkan apabila bicara tentang hak maka pasti ada bersamanya tanggungjawab. sudah sedia maklum hak Allah dan Rasul itu terpikul amanah dan tanggungjawab kepada hamba dan umat yang fakir ini.

saya menyemak satu per satu. Nama saya bermula dengan Ahmad. Sudah pasti ayah bonda saya meminjam nama Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam untuk diberikan kepada saya. Disambung dengan Muizz. Maka nama yang membawa maksud kemuliaan ini sudah sedia maklum dipinjam daripada Pemilik Asma' Husna Al-Muizz. Ad-Din ? perkataan yang memberi maksud jalan hidup. "way of Life" . hanya ada satu yang sempurna iaitulah agama yang sarat dengan Cinta dan Kebahagiaan. Islam.

suatu hari dengan tubuh yang disarung dengan qamis, kepala yang ditutup dengan kopiah dan dililit pula dengan kain serban 'made in China'. saya melangkah keluar untuk melaksanakan fardhu 'Isya dan sunat Taraweh. sudah pasti dalam hati terdetik, masyaAllah. pakaian yang aku pakai ini hebat meskipun aku qamis ini sekadar pinjaman daripada sahabatku. terlintas di dalam dada, "hey Ahmad! sedarlah pakaianmu ini sekadar pinjaman daripada insan mulia bernama Muhammad. kalau bukan kerana sunnah Baginda pasti kamu tidak memakainya".


nota sampingan : qamis dan jubah bukan 2 nama pada 1 benda. menurut Syeikhuna Nuruddin Marbu Al-Banjari qamis itu pakaian labuh seperti jubah namun tidak berbelah sampai ke kaki. adapun jubah itu ialah yang berbelah sampai ke kaki. boleh lihat pada pakaian beliau yang sering memakai keduanya. qamis di dalam (putih) dan jubah di luar (coklat)

ayyuuhal ikhwati fil Islam,
ternyata dalam kehidupan kita sebagai seorang hamba mahu atau tidak kita mesti memperakui kefakiran kita kepada Allah dengan laungan Allahuakbar! nyata kita terlalu kerdil dan meminjam segalanya daripada Allah. dan kerana kasih dan cinta Allah kepada Baginda Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam kita terpilih menjadi umat Baginda. sedang beberapa ulama' berpendapat Allah mengurniakan Ramadhan kepada umat akhir zaman ini kerana Tuhan yang Maha Penyayang ini mahu kita memperoleh syurga.

cukup sahaja dengan membuka salah 1 surah daripada 144 surah-surah Al-Quran, Surah Ar-Rahman. terlalu banyak nikmat yang kita pinjam daripada Allah.sehinggakan jasad yang 'berada dalam genggaman' ini ternyata milik Allah..apabila tibanya ajal. jasad ini pasti akan dituntut.

menurut Ustaz Yusainie (MUDIR Maahad Tahfiz Imam An-Nawawi) 
dalam 1 hadis riwayat Imam Tarmizi R.A tentang Syurga dan Neraka

Syurga 
-makhluk yang tiada siapa memandang melainkan ingin masuk ke dalamnya
-dipagari oleh perkara2 yang dibenci oleh hawa nafsu
-Jibril A.S. menyatakan kekhuatiran tiada manusia yang mampu memasukinya

Neraka
-makhluk yang tiada siapa memandang melainkan benci untuk masuk ke dalamnya
-dipagari oleh perkara2 yang disukai hawa nafsu
-Jibril A.S. menyatakan kekhuatiran tiada manusia yang mampu lari daripadanya.
au kama Qal Habibuna Sallallahu 'alaihi Wasallam..

sebagai yang terakhir, diri yang fakir ini ingin sekali menyeru diri saya dan sahabat yang dimuliakan agar dapat menjadikan Ramadhan kali ini sebagai batu loncatan dalam membentuk diri menjadi hamba yang lebih
mendekat kepada Allah. sedar dan bergerak ke arah mematuhi setiap suruhan Allah dan berusaha meninggalkan larangan-Nya. jangan pernah terlintas dalam benak untuk menjadi 'taat dan maksiat dalam 1 masa'..takut-takut maksiat yang dilakukan memadam pahala amalan baik. 

Ucapan sebahagian salaf berikut patut jadi renungan,

أَهْوَنُ الصِّيَامُ تَرْكُ الشَّرَابِ وَ الطَّعَامِ

"Tingkatan puasa yg paling rendah adalah hanya meninggalkan minum dan makan saja"

Selamat Berpesta Ibadah!
Selamat Mengejar Ilmu dan Hikmah!


~Islah Nafsak Wadh'u Ghairak~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...