Assalamu'alaikum.
antonim bagi perkataan pinjam ialah pulang. satu hari saya terfikir.Allahurabbi. kalau dah namanya makhluk mana mungkin memiliki melainkan dengan cara meminjam. dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara. sehinggakan nama saya sendiri juga dipinjam daripada keagungan Allah. kemuliaan Habibuna Sallallahu 'Alaihi Wasallam. dan sudah pasti meminjam syi'ar Islam.
Sahabat yang dirahmati Allah,
suatu ketika saya tertanya mengapa perlu kita bersikap sombong dan egois? mengapa perlu kita mengabaikan hak Allah dan Rasul-Nya ? sedangkan apabila bicara tentang hak maka pasti ada bersamanya tanggungjawab. sudah sedia maklum hak Allah dan Rasul itu terpikul amanah dan tanggungjawab kepada hamba dan umat yang fakir ini.
saya menyemak satu per satu. Nama saya bermula dengan Ahmad. Sudah pasti ayah bonda saya meminjam nama Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam untuk diberikan kepada saya. Disambung dengan Muizz. Maka nama yang membawa maksud kemuliaan ini sudah sedia maklum dipinjam daripada Pemilik Asma' Husna Al-Muizz. Ad-Din ? perkataan yang memberi maksud jalan hidup. "way of Life" . hanya ada satu yang sempurna iaitulah agama yang sarat dengan Cinta dan Kebahagiaan. Islam.
suatu hari dengan tubuh yang disarung dengan qamis, kepala yang ditutup dengan kopiah dan dililit pula dengan kain serban 'made in China'. saya melangkah keluar untuk melaksanakan fardhu 'Isya dan sunat Taraweh. sudah pasti dalam hati terdetik, masyaAllah. pakaian yang aku pakai ini hebat meskipun aku qamis ini sekadar pinjaman daripada sahabatku. terlintas di dalam dada, "hey Ahmad! sedarlah pakaianmu ini sekadar pinjaman daripada insan mulia bernama Muhammad. kalau bukan kerana sunnah Baginda pasti kamu tidak memakainya".
nota sampingan : qamis dan jubah bukan 2 nama pada 1 benda. menurut Syeikhuna Nuruddin Marbu Al-Banjari qamis itu pakaian labuh seperti jubah namun tidak berbelah sampai ke kaki. adapun jubah itu ialah yang berbelah sampai ke kaki. boleh lihat pada pakaian beliau yang sering memakai keduanya. qamis di dalam (putih) dan jubah di luar (coklat)
ayyuuhal ikhwati fil Islam,
ternyata dalam kehidupan kita sebagai seorang hamba mahu atau tidak kita mesti memperakui kefakiran kita kepada Allah dengan laungan Allahuakbar! nyata kita terlalu kerdil dan meminjam segalanya daripada Allah. dan kerana kasih dan cinta Allah kepada Baginda Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam kita terpilih menjadi umat Baginda. sedang beberapa ulama' berpendapat Allah mengurniakan Ramadhan kepada umat akhir zaman ini kerana Tuhan yang Maha Penyayang ini mahu kita memperoleh syurga.
cukup sahaja dengan membuka salah 1 surah daripada 144 surah-surah Al-Quran, Surah Ar-Rahman. terlalu banyak nikmat yang kita pinjam daripada Allah.sehinggakan jasad yang 'berada dalam genggaman' ini ternyata milik Allah..apabila tibanya ajal. jasad ini pasti akan dituntut.
menurut Ustaz Yusainie (MUDIR Maahad Tahfiz Imam An-Nawawi)
dalam 1 hadis riwayat Imam Tarmizi R.A tentang Syurga dan Neraka
Syurga
-makhluk yang tiada siapa memandang melainkan ingin masuk ke dalamnya
-dipagari oleh perkara2 yang dibenci oleh hawa nafsu
-Jibril A.S. menyatakan kekhuatiran tiada manusia yang mampu memasukinya
Neraka
-makhluk yang tiada siapa memandang melainkan benci untuk masuk ke dalamnya
-dipagari oleh perkara2 yang disukai hawa nafsu
-Jibril A.S. menyatakan kekhuatiran tiada manusia yang mampu lari daripadanya.
au kama Qal Habibuna Sallallahu 'alaihi Wasallam..
sebagai yang terakhir, diri yang fakir ini ingin sekali menyeru diri saya dan sahabat yang dimuliakan agar dapat menjadikan Ramadhan kali ini sebagai batu loncatan dalam membentuk diri menjadi hamba yang lebih
mendekat kepada Allah. sedar dan bergerak ke arah mematuhi setiap suruhan Allah dan berusaha meninggalkan larangan-Nya. jangan pernah terlintas dalam benak untuk menjadi 'taat dan maksiat dalam 1 masa'..takut-takut maksiat yang dilakukan memadam pahala amalan baik.
Ucapan sebahagian salaf berikut patut jadi renungan,
أَهْوَنُ الصِّيَامُ تَرْكُ الشَّرَابِ وَ الطَّعَامِ
"Tingkatan puasa yg paling rendah adalah hanya meninggalkan minum dan makan saja"
Selamat Berpesta Ibadah!
Selamat Mengejar Ilmu dan Hikmah!
أَهْوَنُ الصِّيَامُ تَرْكُ الشَّرَابِ وَ الطَّعَامِ
"Tingkatan puasa yg paling rendah adalah hanya meninggalkan minum dan makan saja"
Selamat Berpesta Ibadah!
Selamat Mengejar Ilmu dan Hikmah!
~Islah Nafsak Wadh'u Ghairak~
No comments:
Post a Comment
entry sudah habis dibace,
ate komen lah ye!!