Ukhuwah. 1 kata yang tampak biasa. terkandung di dalamnya seribu makna. buat mereka yang perolehnya kerana iman. cinta yang bersemi antara manusia kerana kasih kepada Allah, Rasul (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) dan perjuangan.
Ukhuwah tertinggi nilaiannya pada ithar, iaitu melebihkan sahabat daripada diri sendiri. Bahkan yang terendah itu ialah salamatu as-sadr, berlapang dada.
di sampaikan kepada kami oleh Syeikhuna Dr. Harun Din.
~ al-kisah pada suatu ketika sedang dalam majlis Habibuna Muhammad (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) berbalah pula 2 sahabat kesayangan Baginda , Saidina Abu Dzar dan Saidina Bilal Al-Habasyi Radhiallahu 'anhuma. sampai satu tahap terpacul daripada mulut Saidina Abu Dzar, "diam kamu wahai anak hitam!". Lalu tersenyumlah Si Murabbi Ummah. Baginda (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) lalu berkata kepada umum, "gandum sudah melebihi gantang". Difahamilah maksud Baginda bahawa Saidina Abu Dzar sudah melampaui batas. Dengan serta-merta Saidina Abu Dzar memegang tangan Saidina Bilal. Lantas diletakkan pipinya ke tanah, lalu diminta kepada Saidina Bilal untuk dipijak mukanya sebagai tanda memohon maaf. Lalu Saidina Bilal segera mengangkat Saidina Abu Dzar lantas berpelukan mereka berdua. Lunturlah rasa bomgkak yang menjalar dalam diri Saidina Abu Dzar. Bermaafanlah mereka berdua.~
haza min fadhli Rabbi
akhir al-kalam.. sedarkah kita bahawa Baginda (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) sangat menyangi umatnya..tidakkah kita merasa rugi kerana tidak sayang kepada diri sendiri ??
Uhibbukum fillah!
~islah Nafsak wadh'u ghairak~
bagus2. teruskan sharing.
ReplyDeleteinsyaAllah.selagi Allah bg ilmu...amanah ini mesti dilaksanakan
Delete