Sunday, January 30, 2011

Sekitar Perjalanan Hari Itu...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

Alkisah tanggal 25 Safar 1432 bersamaan 29.01.2011 aku bersama saudara Saddom dan Zarifuddin keluar ke kota Alor Setar aka AS...Dalam kesempatan ini aku nak kongsi beberapa pengajaran dan renungan untuk kita bersama. Banyak jugak lah pengajaran aku dapat pada hari itu….Sebagai mengambil pengajaran untuk berjalan di atas muka bumi Allah untuk

Awal pagi ini aku aku bersiap sekitar jam 6.50 pagi…Sebelum aku keluar, aku berfikir sejenak apakah aku nak pakai kopiah ku atau tidak…Kalau pakai sebab botak(PLKN) dah jadi x ikhlas…Jadi aku fikir punya fikir bila ada kopiah atas kepala insyaAllah maksiat 2 susah sket la nk buat…So, aku memilih untuk pakai je kopiah ini demi keselamatan hati aku daripada maksiat..Jadi pengajarannya, kita kenelah berfikir secara kreatif dan kritis dalam menjadi hambaNya yang taat….

Seterusnya bila dah masuk dalam bas…Bas terus meluncur laju menyusuri Jalan Langgar…Aku memandang ke luar tingkap bas….Ya Allah!!! Bila la masyarakat Malaysia nak berubah???? Langsung tak ada rasa tanggungjawab…Dah makan tros campak je plastik bungkus ke luar tingkap…Dah minum ikot suka nak buang botol ke tepi jalan….Mana perginya sifat2 mahmudah yang kita dah belajar???? Kenapa ilmu yang kita miliki tak mahu kita amalkan??? Tepuk dada tanya diri sendiri….BUKAN TANYA SELERA!!!! Jangan jadi manusia yang boleh disamakan dengan BINATANG yang tak ada akal!!!! Wahai saudara2 yang budiman…Saya menyeru diri saya sendiri dan saudara2 untuk sama2 fikir dan bertindak…Paling2 koman pun bila ada kenalan kita yang buat perkara yang tak sennoh ni tegur je terus…

Bas HBR yang aku naik berhenti di satu perhentian untuk mengambil penumpang…Aku lihat ada tiga gadis bertudung naik dan duduk di belakang seat aku…Ya Allah!!! Seingat aku tak pernah seumur hidup aku jumpa gadis buat bising dalam bas macam bas 2 diorang yang punya…Sampai aku terpaksa menguatkan volume mp3 yang dihadiahi Nur Fadhilah kakakku yang dicintai…tak sedar2 ke??? Dah la suara antunna 2 aurat…Kalau aku bangun dan hempuk kepala antunna memang sedap gak la kan…kot ye pun nak sembang berpada2 lah volume 2….aishh…Geram3…

Masa kami makan di food court Pekan Rabu…Saudaraku si Saddom yang minta kotiaw goreng…last2 jumpa rambut….3 helai pulak 2…panas je brader ni…wahai penjual!!! Mana kualiti kerja kamu??? Jagalah hati pelanggan…Yang pelanggan pun janganlah main jerkah si penjual kalau ada berlaku perkara yang tak diingini…kadang2 perkara yang berlaku adalah tidak disengajakan…tapi AWAS kepada penjual!!! Aku kenal ada satu jenis bangsa yang jarang sekali berkompromi bab kualiti barang yang dijual terutama makanan….Sabar je la….

Untuk yang terakhir aku nak kongsi Ayat Allah yang berbunyi wa kuluu washrabuu wala tusrifuu, innahu la yuhibbul musrifin…yang bermaksud makanlah dan minumlah dan jangan berlebih2, sesungguhnya Allah tak suka orang yang berlebih2an…aku Cuma nak highlight yang larangan Allah 2…JANGAN BERLEBIH2an…bermakna sentiasa berpada-pada!!!! Aku fikir sebenarnya dalam setiap perkara yang kita lakukan setiap waktu kita mesti berpada-pada….Senda gurau, gelak tawa, makan minum n segale lah….dan yang paling penting…JAGALAH LIDAH DALAM BERSENDA GURAU…jangan sampai ada hati yang terluka…kelak ukhuwah boleh tergugat…Nauzubillah……(ada peristiwa hitam yang berlaku ada hari itu tapi biarlah mereka dan keluarga mereka sahaja yang tahu)

SadaqaAllah Al-‘azim….

Thursday, January 27, 2011

Amalkan Basmallah...

Bismillah pembuka bicara....
Bismillah pemula kata....

Kerap sungguh kita dengar masyarakat Islam menyebut kalimah ini dalam majlis rasmi terutama di Malaysia. Namun saya ingin mengajak para pembaca yang budiman untuk berfikir sejenak. Apakah ikhlas kita menyebut kalimah suci ini apabila kita menjadi penyamai ucapan??
Ataukah hanya sekadar pemanis bicara untuk diperdengar kepada para pendengar supaya kita lebih nampak molek dan sopan ketika memulakan bicara??

Wahai para pembaca yang bijaksana..
Dalam kesempatan hidup yang singkat ini saya ingin menyeru kepada semua agar kita jadikan kalimah mulia ini sebagai pembuka amalan dalam setiap aktiviti harian yang kita lakukan..
Sedar atau tidak kalimah mulia ini dapat menjadi dinding kepada kita daripada maksiat??
Menjadi penghadang segala musibah yang menanti kita saban hari???

Saya teringat satu kisah pada zaman dahulu..
Seorang wanita yang tidak pernah meninggakan kalimah agung ini dalam setiap perkara yang dilakukannya sepanjang hari...
Lalu pada satu ketika beliau telah terselamat daripada bencana yang hampir menimpa dirinya berkat kalimah Basmallah ini...

Sedarlah wahai pembaca budiman..
semakin hari kita kubur semakin kuat menjerit nama kita...
hanya sanya dengan mengingati Allah sentiasa kita akan menjadi hamba yang selamat dalam merentasi dunia akhir zaman yang penuh fitnah ini...saya amat yakin bahawa Allah akan melindungi kita daripada hasutan dan gangguan syaitan dan nafsu yg terpesong apabila setiap gerak-geri kita dimulakan dengan Basmallah....

Izinkan saya menyenaraikan antara rutin harian kita yang sering kita lupa untuk mulakan dengan Basmallah...
-mandi pagi
-pakai baju
-pakai kasut/sepatu
-stat enjin kereta...
-mula tekan pedal minyak
-buka segala jenis pintu
-melangkah setiap tempat yang baru(masuk rumah/pejabat)
-segala-galanya lah!!!!!!

Justeru....Amalkanlah Basmallah dalam kehidupan seharian kita...
Wallahu A'lam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...