Tuesday, June 19, 2012

SeminaR FiQh dakWah (pt 2)

Di mula dengan Bismillah.. Selawat dan salam ke atas Baginda SAW, keluarga dan sahabat yang menjadi generasi pemula kepada sebuah perjuangan suci menyebarkan Rahmat Islam di atas muka bumi yang penuh kehinaan ini… Dengan berkat usaha suci pejuang-pejuang terdahulu membawa kepada perjuangan generasi hari ini yang terus berlari mengejar cinta Ilahi..InsyaAllah..

Manusia hari ini ada yang berlumba mencari ketenangan dan kebahagiaan...ada yang berusaha dengan cuba sekeras daya mencari harta kekayaan dunia kerana terlintas di kotak minda dengan harta segalanya boleh dibeli...ada yang sekadar berfikir dalam ruang kotak sempit cukup sekadar menjadi hamba yang melaksanakan kewajipan fardi (individu) ex: Solat, puasa zakat haji bc quran pasti dapat membawa kebahagiaan...

aduss...sebenaqnya aku nak tulis pasal isu "Perbandingan Agama" yang dibawa oleh Bro Lim as sambungan dan menunaikan janji untuk menyambung bicara yang lalu...okeh lets see what we have here...


Bismillah.. 

ayuh sahabat2 kita lihat sejenak apa yang sedah berada dalam fikiran nenek moyang sebelum sampainya Sinar ISLAM kepada mereka..mereka percaya akan wujudnya 1 atau lebih kuasa Ghaib yang sentiasa mempengaruhi kehidupan seharian mereka...apa bukti nya???
  1. pemujaan laut.
  2. pemujaan pokok
  3. pemujaan kubur
  4. dan segala jenis pemujaan yang lain
alahhh macam yang kite dah blajar dalam kitab SEJARAH tingkatan 123345 LAH!  ayuh kita lihat apa Firman Allah dalam awal ayat surah Al Baqarah (2:3)

(الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ ﴿٣
"dan yang beriman dengan yang ghaib, dan melaksanakan solat, dan menginfakkan apa yang kami beri kepada mereka"

mari kita lihat bersama apa persamaan kita sebagai orang Islam dan nenek moyang yang tak sempat pun nak merasa Nur Islam...
sape dah nampak sila ANGKAT tangan macam saya =P  okeh..Alhamdulillah hati hitam pun sepatutnya boleh nampak andai ada kesedaran untuk 'polish it back'.. the similarity is beriman dengan PERKARA GhaiB!..   Allah...sape pernah nampak Allah??? just don't tell anybody bcoz we will send you to the psychatrist..betul ke ejaan??huhu Allah itu ghaib...
but, what are the differences between us and them?? nampak?? sambungan ayat tersebut..SOLAT dan ZAKAT... tapi tak bermakna dengan hanya 3 perkara tersebut sudah cukup menjadi bukti kita seorang MUSLIM.
cukup kot sebagai Intro..
Now lets move to the point that I have from All Bro's semasa Seminar Fiqh Dakwah yang lalu..
Apa yang dapat aku kutip sebenarnya All The Bro's nak ajak semua sama-sama berfikir kearah pemantapan aqidah..percaya kepada Al-Ahad membawa kepada kepercayaan kepada Nabi Akhir Zaman S.A.W dan lain-lainnya..seterusnya menolak BULAT2 tanpa sebarang keraguan atas agama lain yang BANYAK sangat lah perkara yang ridiculous untuk diimani..

kali ini aku nak bawak salah 1 isu yang perkara yang disebut dalam bible sendiri iaitu Jesus Christ telahpun mengorbankan dirinya demi menanggung dosa manusia yang beriman dengannya..
TAK PELIK KE??? mereka memperakui bahawa he is son of God..kenapa Tuhan perlu mengorbankan milik kesayanganNya untuk memberi keampunan kepada seluruh manusia bodoh yang mencari jalan gelap bermaksiat pagi petang...dah la ingkar...free2 dapat keampunan Tuhan..tapi Tuhan terpaksa korbankan anakNya untuk dosa para 'aasi...KARUT!!

ayuh sahabat kita teguhkan hati usah goyang dengan hujah penuh sangsi daripada pendakyah yang terus berusaha menyesatkan kita dan sahabat2 yang lain..kadang-kadang bila difikirkan semula apa yang mereka dapat dengan menyesatkan kita pun macam tak bermanfaat je...kalau ada sesiapa yang tahu sila kongsi ye...nak tahu gak apa ganjaran mereka menyesatkan orang ni...

Kalau kita sebagai pendakwah sememangnya wajib menyampaikan Risalah Islam...Sabda Habibi S.A.W. :
"barangsiapa yang mengucapkan Laa Ilaha Illa Allah, maka dia adalah da'e"
au kama Qal..
dan bila berbicara soal ganjaran yang akan kita peroleh...SubhanaAllah.. SORGA...ada sesiapa yang tak mahu???
ayuh kita renungkan Ayat Allah..surah AnNisa' (4:157)
وَمَا قَتَلُوهُ وَمَا صَلَبُوهُ وَلَـٰكِن شُبِّهَ لَهُمْ
" Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa) " 
ayat seingat-ingat aku terlalu kerap diulang oleh Bro Lim..sampai melekat la jugak dalam hati ni..

Sahabat yang dimuliakan Allah...
sebenarnya sangat banyak perkara yng boleh kita lihat untuk membandingkan Islam dengan agama lain..kerana Islam tiada tolok bandingnya
"Islam ya'lu wala yu'la 'alaih"
Islam itu tinggi dan tiada yng lebih tinggi daripadanya

andai mata hati kita buka seluasnya..cukup sekadar melihat yang terzahir dalam amalan seorang Muslim sudah cukup membuktikan kehebatan dan kebenaran Risalah yang diamanahkan Habibi S.A.W kepada kita..betapa syumulnya Islam...nak tidur pun ada cara sendiri...

Finally, izikan aku membawa sahabat menelusuri sedikit betapa hebat dan suci nya Islam...

Islam datang untuk memelihara maslahat (kebaikan) manusia..5 perkara maqasid syariah mengikut herarki:
  1. kepercayaan dan kesucian Agama Islam sendiri
  2. jaminan keselamatan nyawa dan anggota tubuh
  3. pelihara kewarasan akal dan murni fikiran
  4. menjaga maruah dan kehormatan diri
  5. menjamin pemilikan harta 

 p/s: sebenaqnya aku agak takut BANYAK nak berkongsi bab Aqidah nii...maklumlah ilmu dalam dada terlalu sedikit dan iman kerap goncang berbanding tenang...tapi aku kuatkan hati inilah masanya untuk aku berpesan pada diri sendiri dan sahabat2 yang dahaga ilmu...

~islah nafsak wad'u ghairak~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...