Thursday, August 25, 2011

Raye tu raye jugak...tapi...


Bismillah...Meniti hari-hari terakhir dalam Ramadhan Al-Mubarak, Alhamdulilah sekali lagi Allah mengetuk pintu jiwaku yang tiada henti meronta mengemis hidayah dan taufiqNya...Seolah-olah diminta agar jangan aku menjadi bodoh kerana tidak menyebarkan ilmu yang telah dikurniakan kepadaku..


Surah An-nur dibaca sambil cuba aku mentafsirkan bait-bait suciNya sebaik Subuh aku laksanakan..Lalu teringat aku tentang pesta percampuran jantina antara lelaki dan wanita pada tanggal 1Syawal yang berlaku dulu kini dan sehingga kiamat..Semestinya berkumpul bersama-sama saudara-mara di kampung sudah sinonim dengan sambutan Aidilfitri di Malaysia..Menurut pandangan aku tak lah tahap haram percampuran seperti ini selagi perbatasan syara' tidak dirobek..Tapi bolehlah aku perkatakan betapa bersepahnya perjumpaan haram dek kehadiran mereka-mereka yang tegar memperlihatkan apa yang haram..


Payah toi aku nak menaip dok gune sastera tahap cipan niehh...Haaaa aku taknaklah cerita apa jenis-jenis aktiviti yang mana halal yang mana haram...Cuma aku teringat tentang perbuatan salam bersentuhan tangan dan pertunjukan aurat antara lain jantina..Sehingga ada yang seakan-akan menghalalkan yang haram..Habeh sume sedare-mare kite nak salam....Oiiii sape ngajo nyerr???
Ingin aku ingatkan diri sendiri dan sahabat2 agar menjaga perbatasan syara'..Lalu ingin berkongsi mungkin sahabat2 siapakah yang kite tak prasan pun sebenarnya haram untuk kita sentuh kulitnya..Bukan salam je ye...Sentuh pun HARAM...


(31) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.[An-nur;31]

Ayat ni bgtau kite pasal sape yang boleh tengok aurat kecil kite...ehhh...pompuan je lahh...senang cite aurat yang mcm bile korang pakai baju t-shirt dan sluar panjang laa...yang saiz korang tau...jangan pegi bedal saiz baby plak...Haaa nanti bile tyme kumpul reramai kat kampung jangan le nk bukak tudung sukesuki ati korg je ye...


Takpe lah...Kire yang aku senaraikan lelaki2 dibawah adalah yang haram untuk korang salam + jangan nak gatal bukak tudung depan diorang yerr...:
~ayah* saudara yang bukan adik-beradik ayah n mak korang (ipar mak ayah)
~sepupu2 lelaki* yang dah baligh
~semua lelaki* yang bukan ahli keluarga dan susuan


Untuk lelaki so maknenye korg tuka je lah ayah* n lelaki* di atas kpd ibu n pompuan...(maleh punyer pasal....bhaha)


Mungkin ada yang baru tahu atau mungkin ada yang baru tersedar...Kadang2 ade yang akan kate...."Laaaaa bukan orang lain punnn...sdare sendiri jee nyee yeee punnn...". Ada jugak yang akan kate," salam 2 kaan tanda hormat kita pada yang tua.."
 Agak2 nak jawab ape kat orang macam ni??? Hmmm.. Kalau aku senang cite lah kaan...Sedare 2 sedare jugak...Kalu dah Allah kate haram 2 haram jugak....Tak payah la sebok2 nak tanya kenape2 bagai2...Allah dah meletakkan hukum yang terbaik untuk hambaNya yang tercinta...Lagipun kite ni buat2  tak nampak je ape hikmah pengharamannye...  
Hahhh yang pasal homat2 ni...Cuba korang fikir2...Kalau betul2 hormat maka kita akan fikir...Bila kita sebarkan dosa pada mereka 2 hormatkah namanya???????? Kita membiarkan lelaki kesayangan ibu saudara kita terjun ke lembah neraka 2 hormat kah??? Lagi2 apakah maruah dan dosa kita boleh diganti semata2 nak hormat mereka???? Sama2lah kita fikir2kan...


Mungkin kita tak mampu nak ubah sedara-mara kita yang jumpa pun entah setahun barang sekali mahupun dua...Tapi semampu mungkin batasilah diri dari yang haram...Semoga kita mampu menjadi ejen penyebar dan pelaksana hukum-hukum Allah...Siapa tahu andai Allah sendiri yang menjadikan diri kita sebagai wasilah hidayahNya kepada saudara-saudara kita yang lain....Alangkah indahnya.....Amin..


Akhir kalam, aku memohon ampun dan maaf zahir dan batin ku andai ada khilaf terlaku sesama sahabat-sahabat...andai ada yang terbuku dihati aku merayu agar diampunkan...dan seandai juga tidak dapat dimaafkan maka tuntutlah ia di dunia dan jangan biar aku terseksa di akhirat kelak...Dan aku mohon dikongsi ilmu-ilmu sahabat buat koreksi mahupun penambahan untuk diriku insyaAllah...sambutlah 'aid dengan penuh kesyukuran..'ala kulli hall   KULLU 'AAM WAANTUM BIKHAIR..


(cdiqfile.com)


~islah nafsak wadh'u ghairak~

Friday, August 19, 2011

^rindu padamu^


Bismillah....Sekian lama aku tidak meng'post' entry bukan bermakna aku sudah bosan mahupun ketandusan idea..akan tetapi kesibukan aku meniti dan membentuk kehidupan di kolej matrikulasi perak membuatkan aku terpaksa melupakan seketika hasrat hati untuk mencoret di sini...insyaAllah untuk post tentang PLKN ku akan disambung nanti2....


Alhamdulillah kami pelajar matrikulasi diberi cuti semester bersambung dengan cuti raya...[panjang tuhh!!!]hehe...setelah sekian lama TV Al-Hijrah diperkenalkan hanya beberapa rancangan sahaja yang dapat aku tonton...maklumlah kat matrix jarang sekali aku nak pegi hadap tv kat kafe tuhhh....sebaik aku pulang untuk cuti sem aku terus berangkat ke rumah kakak kesayangan aku di KL..[area ampang]    sampai dalam jam 1 pagi..aku lepak2 + masak nasi + online skejap then tido....


tanpa aku sangka pagi semasa aku sahur Allah kembali mengetuk pintu kerinduanku terhadap kekasiNya Muhammad s.a.w. SubhanaAllah...sempat aku menonton semasa bersahur satu realiti tv yang diberi nama LAW KANA BAINANNA (cite ni dy buat kat arab...negara mne ak xtau)...lebih kurang macam tuh laaa namanya...dan kalau nak suruh aku translate maksudnya seandainya Baginda ada bersama kita...


kalau tak silap aku konsepnya sama dengan realiti tv Cobaan yang ada AKHIL HAYY tuhh...mungkin sbenarnya sahabat2 sendiri pernah tonton kedua-dua mahpun salah satu daripadanya....tapi aku baru nak tengok yang cobaan tuh malam ni kalau ada rezeki..sebenarnya rancangan law kana ini cuba melihat sejauh mana umat Islam mengamalkan syariah dan sunnah Muhammad s.a.w. yang dirindui...


situasi pertama dipertontonkan bagaimana sifat amanah dalam kalangan muslim...seorang wanita (krew) jalan di tepi jalan then dia jatuhkan purse dia (konon-konon terjatuh)...melihat siapa yang amanah akan memulangkan kepadanya dan yang tidak amanah akan mengambil tanpa mencari siapa tuan purse tersebut..majorti daripada 'mangsa' bersifat amanah dengan memulangkan semula kepada wanita tersebut....ada beberapa orang yang tidak amanah buat-buat tak kenal siapakah yang mnjatuhkan purse tersebut..konklusinya semuan 'mangsa' yang amanah mahupun tidak akan dikejar oleh krew2 lain untuk di interview...


"tidak akan berlaku qiamat selagi ada amanah dalam kalangan muslim"
(sebenarnya ini hadith tapi aku tak ingat apa maksud yang tepat dengan matannya)


Allahuakbar!!teringat aku masa aku kehilangan wallet betul2 beberapa hari nak masuk matrix....satu hari aku balik cuti kat rumah ada sampul surat nama aku...rupa-rupanya berisi kad-kad dan IC serta lesen yang ada...walletnya entah...mujur tak ada duit dalam wallet tuhh...


situasi yang kedua pula dipertontonkan bagaimana semangat sunnah yang diamalkan dalam kalangan masyarakat...peraturan baru dibuat siapa yang tak bagi salam semasa masuk dalam lif yang dijaga oleh penjaga lif tersebut akan disuruh keluar dan gunakan tangga...memang ada tertulis jelas kat dalam lif tersebut...dan penjaga lif tuh pun ada menyuruh 'mangsa'2 ini bagi salam...untuk situasi ini memang ramai yang kantoi...membuktikan KITA SEMUA SEBENARNYA MENGABAIKAN SUNNAH RASULULLAH!!!! mungkin sunnah ini dilihat sebagai kecil...maklumlahh..bagi salam je punnnn...tapi itulah yang kita tak buat...berat sangat mulut kita ni nak bagi salam..hahhh yang taip ni punnn same!!!!arghhh!!! dosa banyak...pahala mudah taknak kutip....jangan jadi hamba yang tidak bersyukur!!! 


 وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ ﴿٧
 (Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.    
(Ibrahim;7)


justeru wahai hamba-hamba abdi....marilah kita muhasabah diri..kurangkan ego dihati..terapkan iman yang sejati..hidupkan sunnah Rasul yang dicintai...semata-mata kerana Ilahi...

~islah nafsak wadh'u ghairak~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...