Monday, October 28, 2013

:Inductors also Coupled:

Sallu 'alan Nabiy!

When we are talking about Coupled Inductors..then we will have :


M = k \sqrt{L_1 L_2} \!
where
k is the coupling coefficient and 0 ≤ k ≤ 1,
L1 is the inductance of the first coil, and
L2 is the inductance of the second coil.

Adapun ia akan bahawasanya, bukanlah saya mahu mengarang sebuah kitab pondok yang penuh dengan susunan bahasa sastera kelas tinggi.. Sudah menjadi sunnatullah untuk mencipta sesuatu secara berpasang-pasangan

"Maha Suci (Allah) yang menciptakan semuanya berpasang-pasangan, baik apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka sendiri, mahupun dari apa yang mereka tidak ketahui"
(Surah Yasin : 36)

Lalu didatangkan pula dalil tentang penciptaan manusia
“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.” [QS. Ar. Ruum (30):21]

Cukup jelas bagi kita bahawa rasa ingin berpasangan itu satu fitrah. Sehingga Allah mencampakkan rasa cinta sebagai pelengkap fitrah. 

Sahabat yang dimuliakan,
adapun saya memerhatikan sejak awal saya terjun ke dalam dunia pelajar sekolah, hingga kini dunia mahasiswa menjadi tempat bernafas, masalah mengenai "cinta remaja" tak pernah lekang daripada seluruh pancaindera 5 kurniaan Ilahi. bahkan forum yang menerima sambutan paling hangat pasti jua berkaitan "cinta remaja". meskipun begitu saya melihat para du'at makin bijak memanipulasi perkataan "cinta" untuk memperkenalkan cinta Ilahi kepada rakan-rakan mereka. yang saya fikir itu satu kejayaan. AllahuAkbar!

Saya tidak bercadang untuk menghurai secara terperinci mengenai permasalahan yang timbul berkenaan cinta remaja ini. Cuma mutaakhir ini sering bermain di lubuk hati, perasaan kasihan melihat pasangan remaja yang bercinta seolah hidup mereka hanya untuk pasangan mereka. Hingga kadang langsung tidak menghiraukan perihal sekitar mereka. Apatah lagi tika disoal perihal PRK di kampus mereka. entah tahu entahkan tidak.

Saya juga turut berfikir sebenarnya mengapa masalah ini masih belum kelihatan penyelesaian yang baik. Sedangkan sejarah penciptaan manusia bukan baru bermula semalam. Akhirnya apa yang terlintas dalam fikiran saya ialah masalah yang berpunca daripada mentaliti dan doktrinisasi barat yang berjaya membunuh sistem Islam yang mulia. sedangkan sistem Islam jualah yang terbaik. ya! Islam menganjurkan anak muda untuk berkahwin! tiada dalam sistem Islam, belajar dulu sampai dapat ijazah baru berkahwin. akan tetapi inilah sistem yang telah lama diamalkan oleh orang melayu khusunya. akhirnya masalah cinta remaja merebak sehingga kes buang bayi bersepah di merata negara. salah siapa? salah sistem~

ya! mentaliti "kahwin selepas tamat belajar. ada kerja tetap, baru boleh tanggung anak orang". saya melihat sistem inilah yang mematikan hasrat anak muda untuk memenuhi fitrah mereka sehingga yang fitrah itu menjadi fitnah. sedangkan dalam dunia akhir zaman yang penuh fitnah ini, saya belum berjumpa institusi pengajian tinggi awam yang memastikan pelajar perempuan menutup aurat dengan sempurna. lantas diminta pula pelajar lelaki untuk jalan tunduk sampai langgar tiang. ADOI!
Sahabat yang dimuliakan Allah,
mentaliti ini saya lihat berpunca apabila kegagalan membina iman dalam dada manusia. sedang Allah telah berjanji melalui kalam Rasul-Nya
“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. 
(HR. Ahmad 2: 251, Nasaie, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)

Now, let's us see what we have here. Bernikah untuk memelihara kehormatannya. Sedang kita nilai apakah anak muda yang terjerumus dalam cinta remaja ini benar mampu memelihara kehormatannya sendiri? Kerap pula bertemu di alam maya, juga di alam nyata. Sudah pasti bukan mudah memelihara hati agar Allah jua yang utama. usah berdalih kerana saya sendiri anak muda. yang setiap hari terpaksa berpuasa dek hidup dalam suasana jahiliyah menguasai bumi, dalam keadaan saya gerun untuk bermain dengan permainan cinta remaja ini. dan sudah pasti yang menyelam dalam dalam permainan ini teruji kuat setiap saat. ya saya pasti!

Ahbabuna fiLlah,
saya tidak sama sekali memberi gambaran kepada semua bahawa alam rumah tangga ini sesuatu yang mudah untuk dikemudi. apa yang penting, binalah kematangan diri, perkaya jiwa dengan ilmu dan iman. cukuplah bermain dengan bara api. kelak takut ternyala api membaham diri. andai telah terjebak dalam cinta remaja, sejujurnya saya mengesyorkan supaya anda berfikir secara serius dan matang untuk mempercepatkan langkah, duduklah menghadap orang tua kalian. khabarkan kepada mereka, iman itu sangat bernilai untuk diselamatkan. dan tidak kurang penting, binalah rumah tangga anda atas dasar iman. letakkan Allah dihadapan dalam setiap perbuatan.  ada rakan-rakan saya yang menyatakan kepada saya bahawa perlu dimantapkan dahulu fardu muslim baru bisa melangkah ke baitul muslim. lantas saya menjawab, membina baitul muslim itu adalah langkah baik dalam pemantapan fardul muslim. yang jelas saya tidak mengatakan fardul muslim itu sebagai tidak penting!

dalam membina baitul muslim ini saya melihat beberapa perkara yang menjadi masalah utama seperti majlis perkahwinan dan pelbagai lagi ragam birokrasi..jawapan saya ialah, Islam Is The Only Solution. utamakan yang utama. jangan kerana mahu hantaran 11 dulang, tetamu 1000 orang menjadi penghalang keutamaan menyempurnakan iman~

sampaikan salam hormat saya buat ayahanda dan bonda. semoga dengan mudahnya jalan yang mereka sediakan buat anda menjadi bukti amal soleh mereka mempertahankan iman dan kehormatan anak-anak mereka. semoga Allah memudahkan urusan kalian dan saya =)


p/s: ada juga sahabat-sahabat yang sering menjadikan saya sebagai bahan rujukan saat mereka buntu. sedang saya sendiri tak pernah lekang dengan masalah kehidupan dan masih juga mencari jalan solusi terbaik. namum begitu saya mengalu-alukan sebarang bentuk diskusi matang jika anda memerlukan.
wallahu a'lam!

~Islah Nafsak Wad'u Ghairak~

Saturday, October 19, 2013

Kembara Sufi Sang Musafir Haraki, Jihad Nafsi !


Perjalanan hari ini saya bersama empat sahabat bergerak untuk pulang ke kampus tercinta. Setelah selesai menunai hajat di hati bermusafir ke Terengganu untuk bertemu dengan rakan seperjuangan yang terpaksa menangguh pelajaran setelah diuji Allah berlanggar motosikalnya dengan kereta milik hamba Allah yang lain.
Serta hasrat yang sekian lama dipendam hari ini dengan rahmat Allah ditemukan dengan insan yang disayangi jutaan manusia. Tuan Guru Ayah Chik.

Maaf bukan kali ini saya ingin berkongsi pengalaman tetapi lebih kepada gerak otak sepanjang perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu.
Sejak sebelum solat Jumaat saya disapa oleh seorang sahabat dalam "WhatsApp" saya. Mengutarakan soal pernikahan atau ringkasnya BM (Bait Al-Muslim). Perbincangan berlanjutan sehingga saya sampai di Kota Bharu. Apa yang paling menarik, saya juga belum mnghadapi perihal BM. Masih belajar secara teori dek kekangan bermacam dalam memenuhi kehendak jiwa yang sering menjerit.

Ikhwati fillah,
saya bukan yang terbaik dalam memberikan nasihat, akan tetapi kerap juga Allah menghantar sahabat-sahabat yang meminta nasihat dari saya. sedangkan saya sendiri masih ketagih nasihat dan ilmu.
kisah diringkaskan apabila sahabat ku menceritakan dia dilamar oleh seorang sahabat ku sendiri. dan diringkaskan lagi dia sedang dalam dilema untuk memilih antara 2 orang calon yang terbaik. bahkan sehingga detik ini masih belum ada kekuatan hati untuk memilih...keduanya baik dan membawa kebaikan. tidak mahu saya menceritakan secara terperinci tentang perihal gelora iman dan cintanya. cuma saya akan cuba mengupas isu yang saya lihatkan sebagai utama dalam kehidupan..

duhai para pemuda. sudah diingatkan oleh baginda Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam supaya berkahwin ketika usia muda untuk mengelakkan fitnah!

" Wahai pemuda barangsiapa antara kamu yang telah sanggup untuk bernikah maka hendaklah dia bernikah. Dan kerana dengan bernikah itu akan menundukkan pandangan (mata) dan menyelamatkan kemaluan. Dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu merupakan benteng"
(Riwayat Bukhari)
dalam keadaan dunia penih fitnah hari ini nyata bukan satu perkara yang mudah buat anak muda bertahan dengan secebis iman. buka sahaja mata pasti ada fitnah buatnya. lalu saya sendiri selaku anak muda sangat gembira saat melihat semakin ramai rakan sebaya serta adik-adik junior telah selamat diijabkabulkan. 2 jiwa telah berjaya diselamatkan daripada fitnah!
namun begitu ingin saya nasihatkan kepada yang dalam dilema supaya tidak tergesa-gesa membuat pilihan dan tidak pula terlalu takut sehingga pilihan tidak dibuat.
"Jangan takut untuk melangkah kerana Allah telah menetapkan hadapanmu.
jangan risau yang dibelakang kerana ia adalah sejarah yang hanya mampu menjadi iktibar"


terngiang dalam kepala saya saat memikirkan perihal sahabat saya ini akan pesan ibu setiap kali saya menyatakan hasrat untuk memilih sesuatu perkara atau melakukan sesuatu. sebagai contoh yang paling hampir ibu saya sedikit gusar saat saya memohon restu untuk bermusafir berkelana tika seluruh masyarakat lain merayakan Hari Raya Aidil Adha. namun bila saya nyatakan apa yang ada dalam kepala saya lantas bonda menjawab. "buatlah apa pun yang dirasakan baik. Mintalah supaya Allah menunjukkan yang terbaik!"
itulah antara jawapan yang kerap kali membuatkan saya mantap hati dalam membuat sesuatu pilihan! bahkan saya yakin saat bencana datang tika menapak langkah. pasti itu ujian Allah tanda kasih-Nya pada saya dan itulah "sekolah kehidupan" !
duhai sahabat! jangan biar masalah yang menimpa kau biar sehingga ia menimbun. masalah akan tetap datang meskipun engkau tidak mahu memandangnya. dan masalah yang melaut. dan akhirnya berpotensi menenggelamkanmu sehingga kamu kelemasan!


akhir buat kali ini, maafkan diri dek tidak tersusun dengan baik perkara yang disampaikan..kepala tidak dapat bekerja dengan baik dek keletihan bermusafir pada hari ini. esok akan disambung lagi. semoga selamat sampai. amin =)

~islah nafsak wad'u ghairak~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...