Thursday, February 14, 2013

time to DeTerMine!

Bismillah..
Assalamu'alaikum.
setinggi pujian buat Sang Pencipta yang sudi menganugerahkan Kekasih Abadi Muhammad S.A.W kepada seluruh penduduk bumi. yang dengan kehadirannya kita bisa merasai nikmat cinta Allah dan Rasulnya. dan cinta hambanya yang lain.
izinkan buat kali ini hamba berterima kasih kpd sahabat2 sudi membaca celoteh jiwa kosong ini..

"Allah bertindak menurut sangkaan hambanya"

ikhwati fillah,
izinkan hamba berkongsi 2 cerita yang barangkali mampu menjadi santapan jiwa kita supaya mujahadah kita kepada Cinta Allah terus subur.

cerita 1

masih aku ingati pada zaman sekolah dulu Allah memperkenalkan aku dengan seorang jejaka.Katanya bersekolah di sebuah sekolah terkemuka di Ipoh. Aku sendiri tahu sedikit sebanyak mengenai sekolah tersebut. sekolah agama.ya aku pula sekolah biasa.sedikit luar biasa kerana semua pelajar perempuan. berkenalan dalam masa singkat, ayah mula menghidu sesuatu. demi menjadi anak yang taat aku turutkan perintah ayah untuk tidak lagi menghubunginya sehingga taman persekolahan.

2 tahun kemudian, tanpa diduga dia kembali menghubungiku. bertanya ke mana arah hidup seterusnya. tanpa aku sangka Allah mempertemukan kami. belajar di IPT yang sama. Ya Allah. apa yang sedang kau aturkan buat ku?  dapat aku rasa sedikit perbezaan dalam corak kehidupan kami. apa yang aku tahu dia lebih dekat dengan Allah. aku pula? barangkali sedikit jauh. mungkin perbezaan "bi'ah" (suasana) yang membentuk kelainan tersebut. Alhamdulillah aku tekad untuk mencari sesuatu yang dapat mendekatkan aku dengan Allah sebelum aku melangkah keluar dari sini. ayah pula seakan memahami gerak hati ku dengan menghadiahkan 2 helai tudung yang janggal buatku. orang panggil "tudung labuh"

Allah. masih belum ada kekuatan untuk aku menyarung tudung tersebut. aku perlu melakukan perubahan secara perlahan. masih terngiang di telinga, ketika itu ada suara-suara merdu yang terus mengasakku melakukan perubahan. "jangan difikirkan sangat apa kata orang. ajal tak tunggu bila kita berubah dulu baru dia datang". "jangan risau, buat je perubahan luaran, insyaAllah dari luar kita tarik dia masuk dalam". "biarla apa orang nak kata, tudung labuh tapi perangai buruk, janji sebagai seorang muslimah ko dah jaga zahir ko. yang dalaman itu kita sama-samalah perbaiki. bukan semua budak tudung labuh itu baik. tapi budak baik mesti nak pakai tutup aurat, kan? " begitulah antara suara merdu yang sangat aku rindui. terus memberi motivasi ke arah kebaikan meski diri sendiri pun masih kekurangan.

tak kurang juga suara yang terlalu sumbang, pic langsung tak cantik. "aku dah tengok ramai orang macam kau ni. mula-mula beria-ia nak berubah. pakai tudung labuh. last-last ke laut jugak." "kita kalau nak berubah kena ikut urutan. buat yang basic dulu. betulkan solat. akhlak. lepas itu baru la pakai tudung labuh. tak la mencemarkan nama baik Islam". "ko tak payah la nak poyo pakai tudung labuh sekejap-sekejap. ko dengan aku lebih kurang je. bukan baik sangat". wah! rasa teringin sekali menempel cili api dalam mulut berduri ni.

Alhamdulillah mujur juga Allah mempertemukan aku dengan dia. Dia banyak memberi motivasi kepada ku. kerap pula dia bertanya tentang hubungan seharianku dengan Allah. dia juga turut mengheret aku menjadi ahli jawatankuasa surau. katanya bersahabat dengan mereka dapat mendekatkan aku dengan Allah. InsyaAllah!

dalam meniti kehidupan setelah menjalani transformasi, banyak juga ujian yang Allah sediakan sebagai hadiah buatku. antara ujian yang paling berat buatku adalah dirinya. ditakdirkan Allah menguji kami berdua. dia sebagai da'e dan aku sebagai mad'u. masalah hati remaja yang kurang kasih sayang. dan kurang pula kasihnya kepada Allah.. mujur Allah masih sayangkan kami. akhirnya Allah membuka jalan keluar. doa sentiasa dipanjatkan agar Allah memberikan kami kekuatan agar cinta utama adalah Allah!
* jagalah niatmu sebelum, semasa dan selepas berbuat sesuatu!~

cerita 2

melangkah ke sebuah IPT yang menjadikan kejuruteraan sebagai kos utama bukanlah suatu yang pernah termaktub dalam mindaku. namun iman yang tergoncang pantas diingatkan kepada janji Allah.

"Allah adalah sebaik-baik perancang"
Allah lebih tahu apa yang terbaik buatku. rupanya kolej kediamanku agak hampir dengan tempat-tempat yang biasa menjadi taman syurga. majlis ilmu setiap minggu akan diadakan di sana. Alhamdulillah. masih hidup hatiku dengan ilmu agama insyaAllah.

satu hari sahabatku mengajakku ke sebuah majlis ilmu. katanya dia tahu tempat tersebut. aku sendiri kurang pasti lokasinya. namun nama tempat itu sudah berkali-kali bermain dilidahku dan sahabat lain. masa yang ditunggu sudah tiba. azan maghrib hanya lagi beberapa minit. namun sahabatku bereras untuk maghrib di sana sahaja. aku serah semua kepada Allah. moga Allah permudahkan.. Allahumma yusahhil!

motosikal yang ditunggang meluncur laju melalui tengah bandar. itu sahaja jalan yang dia tahu. maghrib semakin hampir. hatiku semakin gusar. dengan yakin sahabatku memasuki satu simpang. dia sendiri tidak pasti apakah simpang itu jalan sebenarnya. astaghfirullah! salah! semakin gusar hatiku. Ya Allah! izinkan kami! dia mencuba simpang yang seterusnya.. masih belum nampak bahawa jalan yang dipilihnya betul. namun dia tetap terus. tidak patah semula ke belakang seperti simpang tadi. beberapa meter ke hadapan akhirnya nampak sudah papan tanda destinasi kami. "taman jali" !

Alhamdulillah. Allah izinkan kami! dalam keadaan samar-samar dia menoleh ke belakang untuk menyatakan sesuatu kepadaku. "kalau kita mahu Allah akan bagi".

ikhwati fillah,
2 kisah ini adaptasi dari kisah benar. usah ditanya siapakah gerangannya. yang penting apa isinya.
~tekadlah untuk memperoleh sesuatu yang baik
~serahlah urusan kepada Allah
~always positive towards Him
~terus mendongak dan melangkah memburu redha Allah!

aku bukanlah yang terbaik untuk memperkatakan tentang ini. namun barangkali yang yang membacanya mampu mengamalkannya dengan lebih baik.

wallahu a'lam
~islah nafsak wadh'u ghairak~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...