Monday, November 4, 2013

Musafir mengajar erti kehidupan

Bismillah. Alhamdulillah akhirnya Allah memberi kekuatan buat saya untuk berkongsi pengalaman bermusafir pada Aidil Adha yang lalu. 

"Kita merencana dengan cita-cita, Allah merencana dengan Cinta"


Pada awalnya saya sekadar memberitahu bonda tentang hasrat menziarahi seorang sahabat di Kuala Terengganu. Sahabat yang sudah lama tidak ketemu kerana beliau direhatkan oleh Allah di rumah setelah mengalami kecelakaan jalan raya. Hancur luluh hati ini saat pertama kali mendengar berita itu pada Aidil Fitri yang lepas. Mujur Allah tahu saya sahabatnya takkan keruan andai seusia ini saya kehilangan dia.
Pada awalnya bonda menolak hasrat saya kerana memikirkan belanja untuk pergi ke sana bukannya sedikit. Namun, takdir Allah jua yang lebih benar. Bonda beraya di rumah abang di kuantan untuk menyambut kelahiran cucunya yang ke-5..Alhamdulillah cucu lelaki pertama Lantas saya memohon keizinan untuk bermusafir ke Kelantan dan Terengganu. Dengan alasan kepingin menziarah Murabbi Agung rakyat Malaysia. Alhamdulillah bonda lebih memahami gelora rindu dijiwa.
Adapun pengalaman bermusafir bersama sahabat itu sangat bermakna terutama dalam memaknakan
"Bertaaruf itu sampai ke hujung nyawa"


Tiada yang mampu diungkap melainkan memohon kepada Penganugerah Cinta semoga ukhuwah yang terbina membawa dan bersambung ke syurga.
"Sesungguhnya Kami ciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa dalam kalangan kamu" (Al-Hujurat : 13)
Subhanallah. Saya dan sahabat disambut dan dilayan dengan baik sekali. Tidak perlu kami mencari bilik sewa dek kerana besarnya hati-hati yang menerima tarbiyah langsung daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. 
Hari pertama tiba di Kelantan saya langsung tidak berasa asing. Dilayan seperti keluarga sendiri. Seolah rabitah hati sudah lama terkunci. Segalanya disediakan. Sehingga kami dibawa untuk solat berjemaah hampir tiap waktu solat. Dan yang paling menggembirakan hati apabila kami dibawa untuk solat subuh di Kg Pulau Melaka. Allahuakbar. Hilang rindu untuk bertemu dengan TGNA setelah pertemuan pertama di masjid berhampiran rumah saya. Dan sekali lagi kami bertemu dan bersalam dengan beliau selepas beliau menziarahi perkuburan usai solat Aidil Adha.



Belum usai perihal layanan baik yang diterima sepanjang berada di sana. Dan yang paling saya terkejut apabila saya menerima ugutan, "Kalau enta tak datang iftar di rumah ana malam ni ana akan bersalah seumur hidup". Sampai ke satu tahap bonda sahabat saya sendiri menelefon dan menghantar mesej kepada saya bertanyakan keadaan kami.
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat hendaklah dia memuliakan tetamu" (Hadis Muttafaqun 'Alaih)
Tiada kami menerima tolakan daripada sahabat-sahabat apabila bertanya untuk datang beraya mahupun menumpang mabit (bermalam).
Sahabat yang dimuliakan, Sesungguhnya benarlah bahawa bermusafir mampu mengajar manusia erti sebuah kehidupan.. Dan Islam hanya 1 jalan kehidupan terbaik. Saya sendiri melihat sendiri bagaimana aplikasi teori adab sebagai tetamu yang diajar dalam Islam sangat baik. Apabila datang berziarah para tamu hendaklah memohon izin tuan rumah jika ingin pergi ke ruang rumah yang lain. Contohnya tandas ataupun dapur. Dan saya sendiri melihat terkadang anak muda masa kini masih kurang aplikasi adab berbicara dengan generasi terdahulu. Ya! Masih banyak yang perlu diperbaiki! "Barangsiapa yang tidak mengasihi dia tidak akan dikasihi"
akhir buat kali ini, berjuta terima kasih saya ucapkan buat 4 keluarga di Kelantan yang sudi menerima kehadiran kami sebagai tetamu. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. Jazakumullahu Khairan Jaza'. Moga hasrat hati memperoleh sebuah keluarga di sana sama seperti suratan takdir Ilahi.amin
InsyaAllah jika berkelapangan akan ada sambungan buat kali ini.

~Islah Nafsak Wad'u Ghairak~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...