Monday, May 2, 2011

bukan ini yang diimpikan.....


Bismillahirrahmanirrahim….
Setelah sekian lama aku memendam perasaan serta menunggu hidayahNya untuk menggerakkan jemariku mencoret pengalaman yang begitu berharga dan eksklusif ini sebagai entry kali ini….Hahhh…program Latihan Khidmat Negara a.k.a PLKN..Ada anak muda yang mengharapkan agar mereka terpilih untuk menyertainya dan ada jugayang mahu membina dinding umpama The Great Wall antara diri mereka dengan program ini….

“Mungkin kamu menyukai sesuatu tetapi ia tidak baik untuk dirimu,
dan mungkin kamu tidak menyukai sesuatu tetapi ia baik untukmu”

Pengalaman ini bukanlah yang aku pinta, akan tetapi anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih dan “terpilih” ini…
Belum pun aku menjejakkan kakiku ke Kem PLKN Sinaran Suria, Sungkai aku sudah peroleh pengalaman yang memaksa kotak memoriku untuk merakamnya…Ketika aku berbaris mendaftar di perkarangan  Stadium Sultan Azlan Shah aku dipau oleh seorang gadis yang berbaris di belakangku..”Wehh!! Ade tisu tak?”lebih kurang macam tu lah kot soalan yang dia tanya pada aku…Alahh…aku bukannya kedekut sangat…dipendekkan cerita aku bagi je…(tau2 je minah ni yg aku ade tisu)

Takpe lah…Aku bukan nak buat diari PLKN pun…nak cerita apa yang patut + pengajaran yang aku dapat sepanjang 2minggu aku ber’kem’ kat sana je…
Cuba kita tanya sahabat-sahabat yang dah merasai pengalaman di’basuh’ setiap hari di kem masing-masing…Aku boleh yakin ramai yang akan cakap PLKN ni best…Kalau tanya aku pun aku akan bagi jawapan lebih kurang tu lah jugak….Sebab jujurnya aku cakap antara perkara yang best dalam hidup kita ni pun ialah mendapat kawan..Nak-nak yang berlainan jantina…Tipulah kalau cakap tak best…Tapi memang banyk sebenarnya pengalaman yang best masa program ni..

Mungkin ada sahabat-sahabat yang meniti kehidupan di kem selama hampir 3 bulan dengan hanya ‘mempatungkan’ diri..sentiasa menurut setiap arahan dan perintah tak kiralah daripada setinggi-tinggi jawatan Kem Komanden, Ketua Jurulatih dan sekutu-sekutunya sehinggalah serendah-rendah jawatan Ketua Kompeni dan penolongnya serta sekutu-sekutu mereka tanpa menjadikan akal waras sebagai ‘kitab’ untuk berfikir dan mencari jawapan apakah yang sepatutnya mereka peroleh daripada setiap arahan yang diberikan….

Alhamdulillah ..Walaupun Allah hanya memberikan aku peluang selama dua minggu sahaja untuk mengisi tangki pengalamanku itu sudah cukup memberikan aku ilmu dan pengajaran yang berguna untuk diriku insyaAllah…Buat sahabat-sahabat yang bakal menyertai program ini pada pertengahan bulan ini atau pada masa akan datang…Coretan ini mugkin berguna untuk kalian bersiaga dari segi mental dan spiritual terutamanya…
 
Baiklah..Biar aku mula dengan kehidupan di kamar asrama instead of classroom..Mungkin sesetengah sahabat pernah merasai hidup sebumbung dengan lain-lain kaum..Tapi bagi aku inilah pengalaman pertamaku…perasaan??macam-macam…best memang lah best…tapi bila mengenangkan segalanya…Ada beberapa perkara yang tak kena..maaf bukan aku mahu bersikap perkauman ke apa…sekadar mahu kita semua buka minda dan hati…Bagi aku kaum yang aku sayangi inilah antara yang paling banyak terpengaruh daripada mempengaruhi…

Aku masih ingat perkataan “sohai” antara ‘zikir’ yang diterap dalam bilik aku dan bilik sebelah(kompeni yang sama)… Mungkin tidak begitu kerap..Tetapi perkataan ini yang menjadi penguat ikatan antara kaum dalam bilik aku dan bilik sebelah...Macam lah tak ade perkataan lain!!! Dalam sehari memang banyak lah kalau nak dikira..Alhamdulillah aku mampu mengawal lidahku daripada menjamah perkataan ini….

Sememangnya kerap kali aku tunduk malu dan sedih dengan sikap kita…Kadangkala kita sama berapi bila berbicara yang maksiat…Kadangkala kita sama terkinja untuk konon mencuci mata melihat dibalik tabir zink biru itu(aku tak paham yang dilihat itu sekadar pakaian dalam)…Kadangkala kita bersama sahabat berlainan jantina bersembang lebih mesra berdua atau bertiga…Konon kalau berdua terlalu menonjol…Mana iman kita?? Mungkin terbit di dada sahabat yang lain itu bahawa dalam Islam, ini semua tak salah…Maka agama mereka lebih baik barangkali…Nauzubillahimin zalik…
Bukan tiada perkara baik dalam melayari kehidupan sebumbung dengan mereka…aku masih ingat saat dimana seorang sahabatku mempertikai ‘ulama’nya dek terlalu nyata pembohongan yang dilakukan…


~bersambung~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...