Thursday, February 16, 2012

terus BerhijraH

Bismillahi Allahu Akbar...
Assalamualaikum buat sahabat2 yang dirindui...izinkan diri memohan maaf..jarang sekali aku dpt post kt blog nieh...maklumlah bnyk je alasan berbagai...apa2 pun trima kaseyh buat sahabat2 yg trus setia menatap blog ku ini...dan x lupa kpd2 follower2 yg baru thanx a lot...aku mengharapkan agar sahabat2 dapatlah kiranya  meninggalkan pesanan atau apa2 komen untuk post aku...



Untuk kali ini ingin sekali aku berkongsi tentang kisah hijrah beberapa insan yang muncul dalam catatan hidupku...

Baru-baru ini dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Al-Maghfirah dan Unit pendidikan Islam Kolej Matrikulasi, kami telah menjemput Ustaz Akhil Abdul Hayy Rawa..
Seperti yang diketahui umum beliau telah menjadi salah satu contoh terbaik buat insan2 yang dalam kegelapan untuk kembali mencari CAHAYA ILAHI insyaAllah...tiada apa yang mustahil..yang penting jangan pandang perkara yang lalu dalam bentuk yang negatif semata..


Aku salah seorang yang menjadi tulang belakang dalam pembikinan montaj pada Malam Motivasi dan Apresiasi Iman bersama Ustaz Akhil Hayy bersama saudara Faiz Othman..
dalam montaj tersebut kami menceritakan sedikit latar belakang Ustaz..
Beliau merupakan anak kelahiran Gopeng yang dahulunya hidup bergelumang dengan dosa..arak menjadi minumannya...kejahatan beliau pada masa itu menyebabkan beliau digelar "jalang Jantan"....Beliau pernah menyertai beberapa kumpulan rock tanah air...antara kumpulan tersebut ialah D'Riyadh...




beberapa siri kegagalan dalam hidupnya membawa beliau kembali ke kampung halaman dan mula menjadi ahli masjid dan gemar menghadiri kuliah-kuliah agama...beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk belajar di Madrasah Al-mustaufiwiyah, Sumatera Barat, Indonesia...Alhamdulillah saat kembalinya beliau ke tanah air banayk sekali sumbangan yang ditaburkan kepada anak bangsanya...
Kelebihan memiliki suara yang lunak membuatkan aku sering berasa kagum dengan penyampaian ceramah dan tazkirah beliau...Sebenarnya ini kali kedua aku menyaksikan batang tubuh kurus beliau dengan mata kepala ku sendiri...
tiada siapa mampu menghuraikan kenapa agaknya tiba2 aku teresak dan menangis kuat selepas sahaja beliau sampai dan masuk ke dalam dewan untuk melakukan "sound check" sebelum majlis berlangsung....
mungkin ada aura dalam jiwanya yang berjaya menyentuh hati ku pada ketika itu...
alangkah indahnya andai aura itu dapat aku hayati apakah sebenar maksudnya....



buat sahabat2 yang dikasihi....sefaham aku tiada lah istilah "belum sampai seru" dan sebagainya dalam meniti kasih Ilahi mencari hidayah dan cinta milik Allah yang abadi..
jangan sampai nyawa sudah sampai ke tengkuk baru nak beria2 bertaubat....
syariat agama pasti ada maslahat yang diutamakan...usahlah di persoalkan yang termaktub di dalam Al-Quran...




insyaAllah...untuk cerita insan lain akan kucoretkan pada post yang seterusnya InsyaAllah....

wallahua'lam




~islah nafsak wadh'u ghairak~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...