Sunday, July 14, 2013

Pinjamlah! Pasti tak Mampu Membayar


Assalamu'alaikum.
antonim bagi perkataan pinjam ialah pulang. satu hari saya terfikir.Allahurabbi. kalau dah namanya makhluk mana mungkin memiliki melainkan dengan cara meminjam. dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara. sehinggakan nama saya sendiri juga dipinjam daripada keagungan Allah. kemuliaan Habibuna Sallallahu 'Alaihi Wasallam. dan sudah pasti meminjam syi'ar Islam.

Sahabat yang dirahmati Allah,
suatu ketika saya tertanya mengapa perlu kita bersikap sombong dan egois? mengapa perlu kita mengabaikan hak Allah dan Rasul-Nya ? sedangkan apabila bicara tentang hak maka pasti ada bersamanya tanggungjawab. sudah sedia maklum hak Allah dan Rasul itu terpikul amanah dan tanggungjawab kepada hamba dan umat yang fakir ini.

saya menyemak satu per satu. Nama saya bermula dengan Ahmad. Sudah pasti ayah bonda saya meminjam nama Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam untuk diberikan kepada saya. Disambung dengan Muizz. Maka nama yang membawa maksud kemuliaan ini sudah sedia maklum dipinjam daripada Pemilik Asma' Husna Al-Muizz. Ad-Din ? perkataan yang memberi maksud jalan hidup. "way of Life" . hanya ada satu yang sempurna iaitulah agama yang sarat dengan Cinta dan Kebahagiaan. Islam.

suatu hari dengan tubuh yang disarung dengan qamis, kepala yang ditutup dengan kopiah dan dililit pula dengan kain serban 'made in China'. saya melangkah keluar untuk melaksanakan fardhu 'Isya dan sunat Taraweh. sudah pasti dalam hati terdetik, masyaAllah. pakaian yang aku pakai ini hebat meskipun aku qamis ini sekadar pinjaman daripada sahabatku. terlintas di dalam dada, "hey Ahmad! sedarlah pakaianmu ini sekadar pinjaman daripada insan mulia bernama Muhammad. kalau bukan kerana sunnah Baginda pasti kamu tidak memakainya".


nota sampingan : qamis dan jubah bukan 2 nama pada 1 benda. menurut Syeikhuna Nuruddin Marbu Al-Banjari qamis itu pakaian labuh seperti jubah namun tidak berbelah sampai ke kaki. adapun jubah itu ialah yang berbelah sampai ke kaki. boleh lihat pada pakaian beliau yang sering memakai keduanya. qamis di dalam (putih) dan jubah di luar (coklat)

ayyuuhal ikhwati fil Islam,
ternyata dalam kehidupan kita sebagai seorang hamba mahu atau tidak kita mesti memperakui kefakiran kita kepada Allah dengan laungan Allahuakbar! nyata kita terlalu kerdil dan meminjam segalanya daripada Allah. dan kerana kasih dan cinta Allah kepada Baginda Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam kita terpilih menjadi umat Baginda. sedang beberapa ulama' berpendapat Allah mengurniakan Ramadhan kepada umat akhir zaman ini kerana Tuhan yang Maha Penyayang ini mahu kita memperoleh syurga.

cukup sahaja dengan membuka salah 1 surah daripada 144 surah-surah Al-Quran, Surah Ar-Rahman. terlalu banyak nikmat yang kita pinjam daripada Allah.sehinggakan jasad yang 'berada dalam genggaman' ini ternyata milik Allah..apabila tibanya ajal. jasad ini pasti akan dituntut.

menurut Ustaz Yusainie (MUDIR Maahad Tahfiz Imam An-Nawawi) 
dalam 1 hadis riwayat Imam Tarmizi R.A tentang Syurga dan Neraka

Syurga 
-makhluk yang tiada siapa memandang melainkan ingin masuk ke dalamnya
-dipagari oleh perkara2 yang dibenci oleh hawa nafsu
-Jibril A.S. menyatakan kekhuatiran tiada manusia yang mampu memasukinya

Neraka
-makhluk yang tiada siapa memandang melainkan benci untuk masuk ke dalamnya
-dipagari oleh perkara2 yang disukai hawa nafsu
-Jibril A.S. menyatakan kekhuatiran tiada manusia yang mampu lari daripadanya.
au kama Qal Habibuna Sallallahu 'alaihi Wasallam..

sebagai yang terakhir, diri yang fakir ini ingin sekali menyeru diri saya dan sahabat yang dimuliakan agar dapat menjadikan Ramadhan kali ini sebagai batu loncatan dalam membentuk diri menjadi hamba yang lebih
mendekat kepada Allah. sedar dan bergerak ke arah mematuhi setiap suruhan Allah dan berusaha meninggalkan larangan-Nya. jangan pernah terlintas dalam benak untuk menjadi 'taat dan maksiat dalam 1 masa'..takut-takut maksiat yang dilakukan memadam pahala amalan baik. 

Ucapan sebahagian salaf berikut patut jadi renungan,

أَهْوَنُ الصِّيَامُ تَرْكُ الشَّرَابِ وَ الطَّعَامِ

"Tingkatan puasa yg paling rendah adalah hanya meninggalkan minum dan makan saja"

Selamat Berpesta Ibadah!
Selamat Mengejar Ilmu dan Hikmah!


~Islah Nafsak Wadh'u Ghairak~

Monday, July 1, 2013

Ukhwah bukan sekadar pesanan ringkas

////
“ini langkahku, yang kan ku ayun, walaupun payah, tak akan jelak..ini langkahku, kan terus melaju, setegar darah bangkitkan jihadku..” 

Telefon Amirul terus menyanyi nyanyi, suara munsyid Shoutul Harakah dengan lagu “Ini Langkahku” menjadi pilihan Amirul sebagai “alarm tone”nya. Nampak berusaha sungguh telefon itu mengejutkan tuannya. Jam menunjukkan pukul 4.30 pagi. Sudah kebiasaan baginya untuk bangun awal sebegini, mewajibkan dirinya untuk bangun menangis dalam tahajudnya. 

“Amirul, bangunlah ! telefon kau tu, memekak tak habis-habis. aku nak study pun susah” 
ujar Musa,merangkap teman sebilik dan sekelas Amirul. 

Berlainan bagi Musa, dia suka habiskan malamnya dengan duduk di hadapan laptopnya, adakalanya mengulangkaji, namun lebih banyak masanya untuk melayari internet, ilmu katanya. Amirul lalu bingkas bangun ke bilik air dan menyediakan dirinya untuk bertemu Rabbnya.

Begitulah rutin pagi bagi kedua sahabat yang tak sehaluan itu, selaku pelajar perubatan di Universiti Sains Islam Malaysia tak membuat mereka berbeza dari pelajar-pelajar lain.

*********************************************************************************
Petang itu, seusai kelas, Amirul berhasrat berjumpa dengan Ustaz Hafiz. Ustaz yang seringkali menjadi rujukannya, tempat cerita masalahnya, akademik mahupun masalah ummah dan juga sebagai murabbinya. Ustaz Hafiz yang merupakan pensyarah pendidikan islam di kampus mereka. Cukup terkenal dengan peribadinya yang cukup baik, kata-katanya yang lemah lembut, bahkan pernah sekali dia mengislamkan seorang saudara baru dari kaum cina. Ah Seng namanya, namun kini menjadi Abdullah Seng.

“Assalamualaikum, ustaz” lemah sapaan Amirul, lalu menghulur tangannya. 

“Waalaikum salam, eh! Amirul.. lama tak nampak enta, sibuk mengulangkaji ya?”

“Hehe..ustaz, ana minta maaf tak dapat hadir usrah minggu lepas, ana kena siapkan ulangkaji untuk exam minggu depan”

“Eh, tak apa, ana faham..sahabat-sahabat enta pun ada beritahu ana, enta sihat ke? Ana tengok enta macam tak ceria je”

“Ana sihat je ustaz, cuma.... boleh kita bincang di dalam kubikel ustaz?”

“Boleh-boleh apa salahnya, jom lah”

(kubikel: ruangan untuk pensyarah , seperti bilik guru)

*********************************************************************************

“Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, pada esok hari kepada sesiapa yang berkelapangan bolehlah menyertai gotong royong membersihkan masjid, marilah kita sama-sama jaga kebersihan rumah Allah ini dan ajak sahabat-sahabat lain ya” 

Suara Amirul kedengaran cukup jelas di corong-corong pembesar suara sekitar kampus. Tugasnya selaku Presiden Persatuan Islam di kampusnya tidak pernah dia abaikan. Cuma, kadang-kadang dia merasa cukup letih. Tidak cukup dengan tugasan selaku pelajar perubatan, kini dia memangku jawatan presiden pula. Tugas yang selalu ditolak oleh kebanyakan pelajar dengan alasan belajar. Namun, Amirul optimis, dia ingin mengerakkan dakwah dan tarbiyyah di kampusnya, walaupun dalam medan siasah, suatu yang diminatinya.

*********************************************************************************

“ Hmm..” Ustaz Hafiz berfikir sejenak. 

Hembusan angin dari penghawa dingin menyapu kulit kedua insan ini seakan akan tahu akan bicara mereka. Perbualan mengenai masalah yang dihadapi Amirul kedengaran serius bagi Ustaz Hafiz.

“Macam mana ustaz? Ana rasa cukup tak tahan, ana rasa macam tiada siapa-siapa belakang ana, macam berjuang seorang diri”

“Enta tak boleh kata macam tu, enta ada banyak sahabat-sahabat, Musa, Muiz, Fadhli, Farid, Nas dan ramai lagi. Mereka semua menyokong enta, semua sayang kat enta. Semua rela bantu enta”

“Tapi ustaz….” 

Amirul tak mampu berkata lagi. Kelu lidahnya, berat mulutnya ingin bertutur, amanah yang dipikul terasa bagai gunung yang menghempap, apatah lagi seakan-akan dia seorang sahaja yang memikulnya.

*********************************************************************************

Laju jari-jemari Amirul menari di papan kekunci laptopnya. Assignment Anatomi yang baru diberi oleh Doktor Amran tadi telah dimulakannya.

“Oi Amirul! Kau buat apa tu?” Kedengaran suara Musa.

Amirul menoleh sekilas.

“Assignment” Jawabnya ringkas.

"Assignment Doktor Amran tu ke?” Musa melangkah masuk, meletakkan dirinya di sisi Amirul.

"Ha ah” Terbeliak mata Musa melihat Annuar telah siap menaip satu muka surat penuh.

"Fulamak! Skema la kau. Awal betul buat, kan kena hantar minggu depan. Enjoy la beb!” Bahu Amirul ditepuk kasar.

Amirul menghela nafas berat. Musa memang terkenal dengan sikap sambil lewanya.

"Aku banyak kerja lain lagi nak kena buat. Lagi pun, program-program dakwah dan tarbiyyah banyak minggu ni.Aku tak nak sebab program-program tu amanah aku sebagai mahasiswa terabai. Nanti jadi fitnah pada Islam” Amirul cuba menjawab setenang mungkin.

Musa tergelak. Tubuhnya dihempas ke atas katil. Matanya perlahan-lahan tertutup. Penat dan mengantuk, semalaman tak tidur. Amirul menoleh lemah, dia tahu dia perlu siapkan kerjanya awal, kerana banyak kerja-kerja dakwah yang menantinya. Ummah perlukan dia untuk terus kuat. Dia tahu.

*********************************************************************************

“Ok, hari ini ana nak cerita mengenai seorang sahabat yang cukup hebat. Siapa kenal Muaz bin Afraq?” suara ceria Farid mengendalikan usrahnya. 

Kelihatan semua sahabat usrahnya hadir. Fadhli, Nas, Muiz, Musa,dan juga Amirul. Malam itu ustaz Hafiz tidak dapat hadir kerana berceramah di masjid kampungnya, sesi usrah diambil alih oleh Farid, ketua usrah mereka.

Semua diam. Tidak pernah mereka mendengar nama Muaz bin Afraq, biasanya Muaz bin Jabal. Tiba-tiba, Nas bersuara.

“Ana tau..” sambil tersenyum. Sahabat lain tercengang. Musa buat muka tak kisah.

“Wah, hebat enta, siapa dia” tanya Muiz ingin tahu.

“Dia sahabat yang berlawan dengan Abu Jahal kan, meski baru berumur belasan tahun. Dia dan sahabat dia dengan berani meluru kearah Abu Jahal dalam perang Badar dan menghayunkan pedangnya. Hingga satu ketika, Abu Jahal berjaya mencantas tangan kirinya. Namun, belum berjaya memutuskan tangannya. Muaz bangun, dia sedar tangannya akan melambatkan pergerakannya untuk menentang musuh Allah, lalu dia memijak tangannya dan memutuskan tangannya sendiri dan terus menambung pertempuran dengan Abu Jahal. Akhirnya mereka berjaya mencederakan Abu Jahal”

Sesi usrah di akhiri dengan doa rabithah. Amirul kelihatan kelam dan membisu. Farid menyedari ada yang tidak kena dengan sahabatnya itu. Dia berfikir bagaimana caranya dia ingin membantu Amirul. Buntu.

*********************************************************************************
“Trutt….trutt…” telefon Amirul bergetar. Amirul bergegas mencapai telefonnya. Dibuka fail “inbox”nya. Dia menerima sebuah pesanan ringkas daripada sahabatnya, Farid.

“Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutmu,
teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu,
teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu,
tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu,
salam perjuangan akhi”

“Syukran akhi” balas Amirul ringkas.

“Alhamdulilah..” ucap Farid. Dia merasakan dia telah berjaya memujuk hati Amirul, kalam-kalam dari pesanan ringkas yang baru dihantarnya diharap dapat memberi semangat baru buat Amirul.

*********************************************************************************

"Farid!” Laungan suara daripada belakang membuatkan pergerakan kaki Farid yang baru keluar dari kelas terhenti. Farid menoleh.

MasyaAllah, akhi! Lama tak nampak?” Farid mengukir senyuman apabila melihat sekujur tubuh Asyraf yang tegap. Sahabat yang dikenalinya semenjak sesi taa’ruf di kolejnya, seorang yang banyak benar membantunya daripada sudut rohani dan jasmani. 

"Ha, tu lah enta, sibuk mengalahkan Perdana Menteri sampai tak sempat nak menjenguk ana di bilik. Kat masjid pun boleh tak perasan ana.”

Asyraf menggeleng-geleng kepala.Tangan dihulur dan Farid menyambut.

"Allah… ‘afwan, ana bukan sengaja tak perasan tapi enta tu kecik sangat.”

Asyraf tergelak.

"Ha, dah alang-alang jumpa ni, marilah minum sama-sama. Enta ada kelas lagi ke lepas ni?”

"Alhamdulillah, tak ada dah. Bolehlah nak duduk berbual dengan enta. Lama betul tak berbual.” 

"Jomlah”

*********************************************************************************

“Mau order apa?” tanya mamak pemilik restoran itu.

“Saya nak milo dan roti kosong ya, dia ni pula bagi teh ais dan mi goreng” balas Asyraf pantas sambil tersenyum ke arah Farid. Dia cukup kenal dengan Farid, hinggakan makanan kegemaran Farid pun dia tahu.

“Ok” balas mamak.

“Eh kejap, milo boikot. Saya punya air tukar dengan horlick ya”

“Ok, siap” balas mamak itu lagi.

Farid melepaskan satu keluhan berat.

"Akhi, ahli usrah ana ada masalah la”

“Kenapa?”

“Amirul… Ustaz Hafiz cerita kat ana dia rasa tak larat degan tugasan-tugasan yang dia ada. Tugas selaku mahasiswa. Dan enta tau kan. dia tu presiden, ana kesian sangat kat dia akhi” balas Farid perlahan.

Horlick dan teh ais sampai.

Asyraf menghirup sedikit. Tenang dia mendegar masalah sahabatnya. 

“Habis, enta buat apa akhi?”

“Ana dah hantar sms dah, kata-kata semangat dan nasihat. Ana forward jugak sms enta kat ana pasal abnaul haraki tu”ujarnya bangga.

“Lagi..?” tanya Asyraf.

Farid diam. Dia tau dia tak buat apa-apa sangat untuk bantu sahabatnya.

Asyraf melepaskan keluhan. Sedar akan kecuaian Farid. Mungkin kerana kurang cinta antara mereka. 

“Enta tau nak tau tak?” tanya Asyraf.

“Apa dia?”

“Ukhwah bukan sekadar pesanan ringkas tau.”

Roti canai dan mi goreng mamak sampai. Mereka berpandangan. Farid memeluk Asyraf, dia sedar kesalahannya. 

***************************************************************************
Keesokannya, kesemua ahli usrah mereka menziarahi Amirul. Mereka membantu menyiapkan kerja-kerja Amirul, menolong mengemaskan biliknya dan sama-sama memberi kata-kata semangat. Itulah ukhwah orang beriman.

“Dan yang mempersatukan hati mereka orang-orang beriman,
walaupun kau membelanjakan semua harta yang berada di bumi,
nescaya kau tak dapat mempersatukan hati mereka,
bahkan Allah lah yang telah mempersatukan hati mereka,
sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana.”

Pesanan: Hargai sahabat kita sebaiknya, dialah yang akan temani kita saat susah dan senang. Ukhwah menuntut pengorbanan, apa yang kita sanggup korbankan demi sahabat kita. Kalau sekadar sahaja-sahaja, bukanlah ukhwah sebenar. Sayangi dia, peluk dia kuat-kuat dan katakan padanya 
“ana sayang enta fillah, akhi”
////
kisah ini berjaya mengalirkan air mata ku. sekadar niat dihati ingin berkongsi dengan seluruh sahabat di luar sana. moga-moga Allah mengizinkan kita mengecap halawatul ukhuwah (kemanisan ukhuwah).
karangan seorang sahabatku yang terpaksa meninggalkan aku demi sebuah perjuangan mengejar ilmu Allah di bumi Anbiya. pasti dia sedar aku terlalu rindu mendakap tubuhnya yang gempal itu. moga Allah redha dengan penulisanmu sahabat =)
(sori la boss sy tuka nama-nama yang boss guna atas sebab-sebab yang saya tak nak bagitau sapa-sapa..its my blog okeh =P )

ramai yang tahu tapi tak ramai yang sedar. Moga Allah menjadikan persahabatan ini kekal ke syurga. Amin


"Islah Nafsak Wadh'u Ghairak"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...