Sunday, April 24, 2011

the return~~


Bismillahirrahmanirrahim…
dah lebih sebulan aku meninggalkan aktiviti ini..selama aku tidak mencoret di sini bukan kerana ketandusan idea..tetapi dek kerana kekuatan untuk menyampaikan sesuatu dari aku telah Dia tarik seketika.mungkin kerana mahu menguji hambaNya yang sering tergelincir dalam mengharungi titian kehidupan ini…

Alhamdulillah…kadang-kadang kita sedar bahawa Dia menjadikan diri sahabat-sahabat kita sebagai wasilah kepada hidayahNya tanpa sahabat itu sedari…terima kasih Allah..(rasa malu nak ucap…kenapa??? Hahhhh…betulkah kita sebenarnya bersyukur?? Apa buktinya??? Fikir2kan lah)

Untuk post kali ini aku ingin berkongsi tentang semangat yang telah pulih…tapi aku sendiri tak pasti sejauh mana semangat yang telah pulih ini dapat membawa aku untuk mengubah diri aku kepada yang terbaik..padahal dah berapa kali semangat aku pulih..mungkin ada yang akan berkata: manusia memang begitu.sering kali terjatuh.tapi mereka yang hebat ialah mereka yang bangun apabila mereka terjatuh…..baiklah.tapi apa masalahnya kalau kita kerap pula jatuh ke dalam dalam lohong jahanam yang sama berjuta kali???

ingatlah bahawa mereka yang beriman tidak akan jatuh ke lubang yang sama untuk kali ke-2….Tak menagapalah..itu mungkin sebahagian luahan hati aku yang mungkin sukar untuk difahami oleh sesiapa pun yang membaca…

Cerita semangatku telah pulih yang sebenarnya ialah mengenai semangat untuk membaca segala macam jenis buku terutama buku yang bermanfaat..kisah cinta antara aku dan novel dan segala macam jenis bacaan berputik subur ketika aku berumur 15 dan aku tak pernah pulak tahu umur dia berapa..kami sering bertukar pendapat..sering juga bertanya khabar..namun seingat aku mulai aku melepaskan jawatan pelajar sekolah cinta kami kian kabur,,mujur tak terkubur..padahal ada juga beberapa jenis buku yang aku beli selepas tarikh 17.12.2011..tapi haram tak baca..maafkan aku sayang!!

padahal membaca itu jambatan ilmu…kalau orang yang suka loya buruk dia akan cakap mana ada jambatan…orang macam ni baik kita humban dalam lombong je..kalau rajin kite bakor je!!(sanggup ke??haha)

Terima kasih Allah kerana menjadikan insan mulia itu sebagai wasilah yang telah memulihkan semangat aku…Novel yang dihadiahkan kepadaku semasa Pesta Buku Atarabangsa KL baru-baru ini..BUMI CINTA karya habiburrahman el-shirazy…hahhh..aku tahu penulis ini tak akan pernah menghampakan pembaca setianya..setiap kisah yang di coret pasti akan menjadi wasilah hidayah Allah insyaAllah….amin
Akhirnya novel yang aku idam-idamkan sejak sahabat aku tayang dalam blognya telah berada dalam genggaman ku…terima kasih ye akak!! aku harap sangat aku dapat habiskan semua buku-buku yang telah aku beli sebelum-sebelum ini dan novel yang terbaru ni…(ade LA TAHZAN 1000 page…hahahaaaa)

p/s:jangan sangka amalan kita yang tak seberapa tak mampu bawa kita ke syurga Allah…

~islah nafsak wadh’u ghairak~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...