Friday, February 18, 2011

Mickey Mouse di pagi Hari...


Bismillahirrahmanirrahim…

Untuk kali pertama aku nak try buat quick post…
Awal padi tadi aku dengan bosannya menghadap tv daripada MHI sampai la Mickey Mouse…haha..lame dah aku tak tengok katun…entah kenapa tetiba pagi tadi aku terbiar plak tv 2 tanpa dialih siaran…sambil tangan pegang buku Solusi tapi mata dihalakan ke skrin tv…

Pada awalnya aku macam tak berapa sangat nak tengok..tapi ttibe aku perasan ade something yang tak kene dengan cite 2..boleh2 je ttibe kua setan yang kononnya menghasut si Pluto(anjing kuning 2 la)…teringat pulak aku kat The Arrivals…haha…

Cerita bermula apabila seekor anak gajah yang nak dibela oleh Mickey…Mula2 pluto dengan si gajah ni tak berapa kenal..dan diorang terpisah dengan hijab dinding kayu yang berlubang di bawah…gajah ni mula bermain dengan bola merah yang dihembus n disedut (gune belalai) sesuka hati masuk ke dalam lubang tersebut…Pluto ni pulak dengan tak sengajanya ternampak bola merah ni…

Dipendekkan cerita diorang bertemu bila Pluto cuba nak ambik bola 2..mula2 pluto cuba tunjuk terer dengan menyergah gajah 2..last2 dia yang lari sebab kena jerkah dengan gajah 2..aku pun tak berapa paham kenapa la gajah 2 dengan riangnya mengejar Pluto…tapi tak kesahlah…dengan berlari selembab dia lah..terus masuk ke dalam rumahnya…

Masa 2 lah baru nampak yang Mickey tengah buat rumah untuk si gajah ni pulak..lalu keluarlah setan yang berupa sebijik dengan Pluto (tp warna merah) menghasut dia dengan menyatakan bahawa gajah 2 nanti akan mengambil alih “kedudukan” Pluto kat situ..macam2 idea yang setan 2 bagi supaya Pluto dapat menyingkirkan gajah 2 dari situ(lebih kurg cm2 laa)..last2 datang satu idea pelik..iaitu bagi si gajah ni selesema dan bersin dengan cara mengibas2 daun berhabuk(benih) pada belalai gajah 2(pandai2 la korg bayang)..

Dipendekkan lagi cerita…gajah ni bersin sampai terbang semua benda…banyak kali lah dia bersin(ttbe aku trase kesian plak..haha)..memang sangat kuat sampai rumah yang mickey tengah bina untuk dia 2 last2 berkecai macam 2 je..sampai satu tahap si gajah ni berpaling ke arah rumah Pluto…haha..ape lagi…rumah dengan Pluto2 sekali terbang melayang bersama setannya…

Pluto mula berang dengan setan tadi terus menampar setan tersebut ke tanah….hancur berkecah lah setan 2 tadi…..

Moral of the story….amarah dan syaitan hanya mahu merosakkan kita….
Renung2kan dan selamat beramal dengan istiqamah…insyaAllah….

~islah nafsak wadh'u ghairak~

Wednesday, February 16, 2011

Air Mata Cinta...Dia Cintai Aku...

Bismillahirrahmanirrahim…..
Sementara menunggu azan maghrib pada malam MaulidurRasul tanpa perancangan yang teliti aku memasang mp3 pemberian kakak ku(….TQ NYAH!!!) yang disambung dengan speakaer yang baru dibeli oleh dia…Cari punya cari aku nampak lagu PemergianMu yang dinyanyikan oleh InTeam…..Lalu aku pun tekan butang play macam biasa..Tanpa semena2 hati aku tersentak…Seakan aku terlupa bahawa sudah sememangnya setiap kali aku dengar lagi ni akan ada air mata yang membasahi kelopak mata aku….Cuma belum pernah aku teresak…jadi aku bertekad untuk kongsikan sedikit ilmu yang aku peroleh sebagai iktibar kepada kita semua InsyaAllah…..








Rasulullah….
Kau masih tersenyum mengubat lara,
Sellindung derita yang Kau rasa,
Senyuman yang menteteramkan,
Setiap insan yang kebimbangan,
Hakikatnya tak tertanggung lagi derita,
Dipangkuan isterimu Humaira,
Menunggu saat ketikanya,
Diangkat rohmu bertemu yang Esa,
Tangan dicelup dibejana air,
Kau sapu dimuka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih,
Pada umat dan akhirat,
Dan tibalah waktu ajal bertamu,
Penuh ketenangan jiwa mu berlalu,
Linangan air mata syahdu,
Ini pemergian mu..
Oh sukarnya untuk umat menerima,
Bahkan payah untuk Umar mempercaya,
Tetapi iman merelakan jua,
Bahawa manusia kan mati akhirnya,
Tak terlafaz kata mengungkap hiba,
Gerhanalah seluruh semesta,
Walaupun kau telah tiada,
Bersemarak cintamu selamanya……
Ya Rasulullah,
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya kami merindui Mu………
AHHH!!!sekali lagi….sukar sekali aku menahan perasaan hiba dan sayu…
ALLAHUMMASALLI’ALA MUHAMMAD….
Cuba kita bayangkan andai kita yang memiliki iman yang rapuh ini pun sudah terasa hiba dan sayu mendengar bait2 lagu ini dek kecintaan kita kepada Baginda s.a.w…Mana mungkin para sahabat yang maha besar kecintaan mereka kepada Rasul junjungan ini dapat menahan air mata mereka hanya sekadar nama MUHAMMAD itu meniti di bibri mereka….

Kalau tak salah antara nama2 sahabat agung yang berhijrah ke tempat lain selepas kewafatan Baginda s.a.w. yang pernah aku dengar ceritanya ialah Abdullah Mas’ud r.a..Bagaimana beliau tidak dapat meneruskan kehidupannya di Madinah selepas kewafatan Rasulullah kerana terlalu banyak kenangan beliau bersama Baginda s.a.w. di bumi barakah itu dan sama seperti sahabat2 yang lain..Bukan pula kerana mereka sengaja tidak mahu mentap di bumi Madinah….Kalau tak silap beliau berhijrah ke Pakistan..sebab itulah banyak hadis2 yang diriwayatkan oleh Abdullah Mas’ud diterima dari Pakistan…Ada satu cerita yang diriwayatkan bahawa beliau tak pernah menyebut nama Baginda s.a.w. semsa meriwayatkan hadis…Pada satu ketika semasa sedang meriwayatkan hadis terkeluar pula lafaz nama Baginda s.a.w. tanpa sengaja…lalu bergetarlah seluruh badan beliau..menitis pula air mata beliau dek teringatkan kekasihnya yang terlalu dirindui itu…….
Satu lagi cerita bukti keteguhan cinta para sahabat kepada insan mulia bernama Muhammad ini aku teringat bagaimana kisah Bilal bin Rabah r.a. yang juga telah berhijrah ke tempat lain yang aku terlupa dimana..(kalau antum tau tlg beritahu) Suatu hari beliau pulang ke Madinah dan bertemu dengan sahabat2 yang masih tinggal di Madinah..Ketika sedang menjamu selera di rumah sahabat tersebut masuklah waktu solat..Lalu para sahabat yang berada di situ meminta Bilal untuk melaungkan azan…Mereka terlalu merindui suara beliau…Namun beliau menolak..Ketika masuk pula waktu solat yang seterusnya para sahabat turut menyatakan kemahuan mereka untuk mendengar laungan azan oleh beliau..Untuk kali kedua beliau tetap menolak..Kemudian masuk pula waktu solat yang berikutnya..Para sahabat terus mendesak lalu beliau tidak berdaya menolak permintaan mereka untuk kali ketiga..Lalu beliau bersedia untuk melaungkan azan..
Tatkala bergema sahaja suara Bilal r.a. melaungkan azan, seluruh bandar menjadi senyap-sunyi..Mungkin tidak dapat kita bayangkan bagaimana keadaan ketika itu..Ketika itu mereka merasakan seperti Nabi masih hidup dek kerana suasana dan bunyi laungan azan itu sama ketika masih adanya Rasulullah s.a.w..Keadaan bumi Madinah menjadi terkedu seketika..Namun apabila sampai lafaz Syahadah kepada Nabi..Bilal r.a. tidak dapat meneruskan laungan azan..Pada lafaz Anna itu beliau sudah terhenti…Tidak mampu beliau melafazkan kalimah MUHAMMAD di bumi barakah itu..Maka dikhabarkan ketika itu seluruh bandar Madinah berlinangan air mata….Semua mereka benar2 merindui Muhammad s.a.w…ALLAH……….Menurut riwayat lagi Bilal tetap menjalankan tugas sebagai muazzin di tempat beliau berhijrah selepas kewafatan Baginda s.a.w..Cuma beliau tidak dapat melaungkan azan di Madinah…
Lihatlah betapa kehebatan rasa cinta dan rindu para sahabat kepada Rasulullah s.a.w. terlalu besar untuk dibandingkan dengan kita hari ini..Bahkan kebanyakan kita pada hari ini hanya sekadar lafaz cinta dan sayang tanpa ada apa2 erti…Sungguh sukar untuk kita menjadikan Sunnah sebagai amalan hidup kita..Ya ALLAH!! Berikanlah hidayah kepada ku dan kaumku…Amin…
Sahabat yang dimuliakan…Aku menulis untuk mengajak diriku dan antum semua untuk sama2 muhasabah diri sejauh mana rasa cinta kita kepada Rasulullah dan bagaimana pula rasa cinta kita itu membawa kita kepada amalan sunnah…InsyaAllah..Sama2 lah kita meneguhkan rasa cinta kita kepada Baginda s.a.w. dengan mengamalkan sunnahnya…Elakkanlah pertelingkahan dalam perkara khilaf yang menjadi punca kehancuran umat akhir zaman ini…InsyaAllah
p/s; aku mohon andai ada fakta mahupun jalan cerita yang aku sampaikan ini bercanggah dgn pengetahuan antum supaya antum suarakan…aku pun insan dan insan itu berasal daripada nasia yang bermaksud lupa.…
Wallahu A’lam
~islah nafsak wadh’u ghairak~

Monday, February 14, 2011

Walimatul Urus: Trendy atau Syurgawi??

Bismillahirrahmanirrahim….

Al-kisah pada hari Ahad yang lalu aku berkesempatan untuk pergi ke Majlis Walimatul Urus salah seorang yang aku kenali iaitu anak kepada sahabat ibuku..Bahkan aku juga mengenali pengantin lelakinya..Alhamdulilah..Aku lihat dan perhati majlis itu sangat grand..pencuci mulut sahaja pelbagai jenis..Cendol, bubur, rojak buah dan kuih-muih..Gift yang dihadiahkan buku agama yang bertajuk Ya Allah, Aku Tidak Layak Untuk SyurgaMu, Namun Aku Juga Takut Azab NerakaMu..Tak pernah aku jumpa dalam mana2 walimah sebelum ini yang memberikan buku kepada hadirin…

Cukup sekadar itu celoteh aku mengenai majlis tersebut…Apa yang aku nak kita sama2 fikir ialah mengenai:

TREND MAJLIS WALIMATUL URUS PADA HARI INI (ada yang dah lama jadi macam ni tapi masih kekal ke hari ini)

PAKAIAN

Tak kira si pengantin atau ibu bapanya atau saudara mara…semua nak kelihatan gempak n versetail pada hari berbahagia seperti ini…Nama pun majlis kahwin..Tak kan nak pakai ala kadar sahaja..Hatta yang dok buat kerja di dapur sekali pun tak nak kalah dengan pakaian yang molek2..
Namun apa yang aku perhatikan apa yang dimaksudkan dengan versetail bagi masyarakat KEBANYAKANNYA sudah tidak bertepatan dengan cara berpakaian menurut syara’..

Mafhum Firman Allah:

“…Janganlah mereka(perempuan) memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka……….supaya kamu BERJAYA”

SurahAn-Nur:31

Kita lihat kepada pengantin perempuan dahulu..Pakai paling2 koman mesti nak KEBAYA KETAT..Tapi yang lagi pelik kebaya yang dipakai macam bukan kebaya..Bajunya macam inner dan ditutup dengan ‘sarung’ yang jarang(spt gamba di bawah)..Kalau yang tak pakai tudung 2 lagilah teruk..Yang gemuk ke yang kurus ke….Sama semuanya…KEBAYA KETAT!!Lagi satu jenis pakaian ialah gaun yang dihasilkan untuk mengurangkan kerja bentara yang nak menyapu sampah…Apalah pandai sangat nak pakai pakaian yang macam tu..Dah la susah nak basuh..Membazir BREEZE je…

(guna gambar model utk elak fitnah)


Kita lupa atau buat2 lupa bahawa arahan Allah untuk menutup aurat itu punya cara sendiri dan bukannya ikut suka nak buka di mana nak tutup di mana..Hatta Allah telah menjelaskan dengan tepat bahawa yang perlu ditutup itu sehingga menutupi belahan leher baju…Dan yang paling penting tudung itu mesti melepasi dada..Tapi kebanyakan pengantin meskipun memakai tudung memasukkan tudungnya ke dalam baju…Lalu menampakkan apa yang haram..

Aku pernah pergi ke satu majlis walimah yang aku rasakan…SubhanaALLAH… Memang yang inilah baru dikatakan perkahwinan yang diberkati InsyaAllah..Si pengantin perempuan tetap memakai kebaya(tak silap aku la) tapi yang sempurna pada syara’(pada pandang mata aku)..Memang langsung tak nampak ketat…Tak nampak bentuk tubuh badan…Itu yang paling penting..Tapi yang lagi best aku nampak dia tak tinggal stokin..Alhamdulillah..Semoga kita dapat mencari isteri solehah seperti ini..Amin…

..inilah orang yg aku maksudkan..


Pakaian pengantin lelaki sehingga hari ini aku tak pernah jumpa yang memakai pakaian tak menurut syara’..Tapi kalau tak silap aku masa aku kecik2 ada jugak pengantin yang pakai perhiasan emas..Yang paling ketara ialah rantai panjang emas yang dipakai(dah lame tak nampak)..Kalaupun celup perbuatan macam tu dah boleh mendatangkan fitnah..Sedangkan kita sepatutnya mengelakkan diri daripada fitnah..

Untuk yang saudara-mara..Alhamdulillah la jugak…Kebanyakannya yang lelaki pakai baju melayu..Paling2 tak smart pun t-shirt biasa sebab nak buat kerja..Jarang aku jumpa yang pakai seluar pendek..Tapi ada jugak bila kat tempat membasuh pinggan yang tarik seluar macam nak tayang peha…Nak kata besar macam Malik Noor tak pun…Tarik sekadar bawah lutut pun sudah memadai…InsyaAllah tak basah seluar nya…Kalau rasa tak nak basahkan seluar yang mahal tu pakailah seluar track suit..

Yang perempuan ni ramai yang berbaju kurung sopan..Alhamdulillah…alahai..taste ana raffali tuh…baik la dia yang dijadikan idola daripada artis2 yang entah terlalu MISKIN terpaksa beli baju saiz adiknya…(jangan bab tak bertudung korang ikut sekali sudah)..Tapi aku lihat ada jugak yang jenis berkebaya ketat juga dalam kalangan saudara-mara…Hatta mak pengantin pun kadang2 perasan muda nak pakai kebaya ketat macam anaknya…tudung kadang2 nampak macam dah nak sempurna..Tapi selalunya tak cukup syarat juga..Bicara pasal tudung..Aku malas nak masuk kan sekali..Kalau tak alamatnya berjelalah antum nak baca….

HALWA TELINGA

Alhamdulillah..Akhir2 ni(dah jarang pergi kenduri kahwin sebenarnya) aku rasa halwa telinga pada majlis walimah lebih kepada yang baik2..Kebanyakannya lagu MAHER ZAIN..Alhamdulillah..terima kasih MAHER ZAIN..Sebelum ini aku pun tak tahu doa Rasulullah untuk pengantin baru…”Barakallahulakuma wa jama’a bainakuma fi khair”…Tapi kadang2 ada yang masih nak mainkan lagu2 yang melalaikan..Lagu jiwang2 yang slow aku tak kisah sangat…Tapi bila masuk lagu yang membingitkan telinga…Aku rasa nak pergi hentak je laptop brader DJ yang bertugas tuh…

Mungkin kita kata ini bukan salah kita..Si DJ 2 yang pasang lagu..Alasan macam ini memang aku nak marah..Yang bayar adalah tuan rumah..jadi tuan rumah memang sangat berhak menentukan lagu apa yang akan dimainkan..lagi satu masalah berkaitan lagu2 ialah timing..Agak2 dah dekat nak masuk waktu solat rehatkan lah speaker yang dah memekak sekian lama dalam setengah jam..Hormati azan dan jiran2 yang nak tunaikan kewajipan..

Aku masih ingat ada satu lagu yang cukup menyakitkan hati aku ketika aku makan di majls walimah…Lagu Elyana-Kalis Rindu (ye la kot)..Dah la tiba2 DJ tuh bagi budak perempuan kecik menyanyi pulak..Masalah lain pulak timbul…Kecik2 dah ajar anak menyanyi lagu mengarut2..Manalah hati anak 2 nak tenteram..Nak jadi anak solehah…Allah….Cuba la ajar anak 2 nyanyi lagi MZ ke Sami Yussuf ke…Kumpulan2 nasyid macam Raihan ke…Baru lah bersih sikit hati anak 2…Paling2 pun ada jugak sebut nama Allah dan Nabi…

Dalam membicarakan kesilapan dan kesalahan dalam majlis walimah ada pula yang pandai menjawab “ahh!!! Benda ni buat sekali seumur hidup…biarlah nampak gempak dan versetail..biar majlis ni jadi yang diingati oleh pasangan dan orang lain”…Baiklah!! Andai ini jawapan yang diberikan pada aku maka aku aku akan mempersoalkan…Apakah majlis yang kita nak jadikan sebagai ingatan sepanjang hidup kita ini sebagai salah satu majlis yang tiada keberkatan???Majlis yang dimurkai Allah dan seluruh isi langit serta bumi??majlis yang dipandang hina oleh sekalian masyarakat beriman??Dek kerana kita nak ikot trend (konon) akhirnya majlis kita menjadi majlis maksiat…Hukum menghadiri majlis walimah yang pada asalnya wajib telah menjadi haram…adakah ini yang kita mahukan??? Nauzubillah… FIKIRKANLAH BERSAMA…

Sebelum aku mengakhiri celoteh aku..Ada beberapa perkara yang aku nak peringatkan kepada diri aku dan antum semua..

Kepada sahabat2 muslimah..jadikan apa yang telah berlaku sebagai pengajaran dan bila tiba masa antunna nanti pakailah sekadar yang dibolehkan syara’..Tentu majlis yang diadakan menjadi majlis yang diredhai Allah…Amin..Kalau si BAKAL suami tak setuju antunna nak pakai menurut syara’ aku sarankan tinggalkan sahaja lelaki macam ini..Silap2 bila dah kahwin macam2 benda wajib lagi yang dia suruh tinggalkan..

Kepada sahabat2 muslim..pastikanlah wanita pilihan kita tiada masalah untuk mematuhi arahan kita yang pertama sebagai isteri solehah..Andai si isteri ini berdegil..Jangan pula terus tinggalkan mereka kerana memang tugas kita membimbing mereka..InsyaAllah…Andai ada halangan daripada ibu bapa sekalipun cubalah sehabis baik untuk berbincang…Kalau kata putus ibu tidak berpihak kepada kita maka yang wajib dipatuhi itu adalah ibu…

Kita sendiri lebih tahu untuk menilai keadaan kita ketika itu nanti..Buatlah pilihan yang terbaik demi cinta kita kepada Allah..

Untuk yang terakhir…Mungkin antum tidak termasuk dalam golongan yang aku katakan di atas…Tapi perkara ini berlaku pada diri kita semua saban..Sejauh mana keberanian kita untuk menegakkan agama kita tak mahu aku persoalkan kerana aku sendiri masih mencari kekuatan…sama2 lah kita menguatkan antara mujahid untuk membenarkan apa yang benar dan menolak kefasadan dan maksiat InsyaAllah….Yang lebih penting jangan kita menjadi pencetus perkara2 di atas…Mungkin kita boleh menyendeng dalam mesyuarat keluarga untuk menjadikan majlis walimah keluarga kita lebih baik daripada apa yang akan terjadi tanpa pandangan kita…InsyaAllah…

“..dan salah satu daripada hak muslim ke atas muslim yang lain ialah apabila dijemput ke walimatul urus,maka wajib dipenuhi..”

Wallahu A’lam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...