Friday, October 12, 2012

duNia HitaM

Dunia terasa pudar,
aku berdiri sendiri,
terasa goyang digoncang,
sampai suatu saat,
pasti aku akan rebah,
bila tibanya saat tersungkur,
terasa payah untuk bertatih semula,
ahh! ada iman yang perlu aku pertahankan,
ada akidah yang perlu diperutuhkan.

Dalam dunia hitam,
terlalu sukar jalan yang perlu aku tempuh,
berbekal iman yang rapuh,
dan segenap dosa yang membutakan jiwa,
aku perlu teguh,
mujur Tuhan anugerahkan aku sahabat,
mereka ini yang mahu berjuang bersamaku,
mereka ini yang mahu menggenggam tanganku saat jatuh,

Dalam dunia kelam,
harus ku gagahi agar mata bisa dibuka,
ahh!! hampir sahaja buta dalam dunia hitam,
tirai kebenaran harus aku singkap,
gelap batil itu mesti aku tumbangkan,
aku tak boleh biar ia terus membutakan aku,
aku tak mampu biar ia membutakan sahabat dan generasi hadapan,
jalan perjuangan ini harus aku tempuh,

Dalam dunia hitam.
Tuhan mengajarku erti kehidupan,
aku harus sedar yang pahit itu ubat,
belum pasti yang disukai itu baik,
jangan yakin yang dibenci itu merosakkan,
Tuhan mengajarku agar sabar dan syukur,
itu pasti meneguhkan jiwa,
jalan perjuangan ada nilai pengorbanan,
Tuhan mengajarku mesti bangkit saat rebah,
pohon ampun tika bersalah,
kerana cintaNya kepada hamba tiada berbelah.

credit: Abdullah Zahid, Raja Nurul Azhani




~islah nafsak wad'u ghairak~

Thursday, October 4, 2012

Bismillah ..Sebesar pujian buat Pengatur Alam Semesta..
Selawat dan Salam buat Mujahid Setia penyebar Cinta Allah ke seluruh pelusuk Dunia...
moga diri dan sahabat2 terus tekal dalam jalan penuh mehnah dan tribulasi ini..Alhamdulillah meski jalan perjuangan sentiasa menagih cinta dan syukur yang menggunung.Allah masih memilih kita untuk sabar dalam rahsia hikmahnya..

Sahabatku yang di cintai,
Cinta High Class.Cintaku Kerana Agamamu.Dengan izinNya aku berjaya mengkhatamkan novelet tarbiah 2 dalam 1 ini dalam masa minggu orentasi di UniMAP! Subahanallah..Pengarang yang sememangnya terkenal dengan nama Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi ini masih utuh dalam perjuangan menyebar kesedaran terutama buat jiwa remaja yang dahaga kasih sayang..
~this is what I get from the novels~

"sesungguhnya Allah lebih sayang kepada hambaNya, melebihi sayangnya ibu ini kepada anaknya"
(riwayat 2 Imam)

ohh masalah hati~ fitnah hati~ lelaki perempuan~ ikhwan akhawat~ fitrah kot!!

marah.malu.suka.cinta.benci.rindu. semua itu fitrah.. fitrah mampu berubah menjadi fitnah apabila gagal diurus oleh iman dan taqwa..
"come on! Islam xpernah menghukum fitrah"..segelintir masyarakat bersuara sedemikian saat ditanya mengenai masalah couple..YA! islam tak pernah menghukum fitrah..tapi islam sudah bersedia dengan jalan keluar daripada fitnah yang berasal daripada fitrah ini..
ohh my! fitrah fitnah...fenin baca

untuk kali ini aku sangat tertarik untuk berkongsi tips untuk menjaga hati terutama buat sahabat2 yang sangat biasa bersosial a.k.a bermuamalat dengan berlainan jantina..maklum sahaja..budak U lah katakan...yang lelaki pasti banyak alasan untuk berhubung dengan perempuan.yang perempuan pun kadang-kadang ada jugak yang jenis macam ni..SMS..call..private message (pm) di FB o tweeter..Allah.kewujudan alat dan alam maya ini pasti memberi cabaran besar buat aku dan sahabat2 semua..
hebatnya syaitan mengemudi nafsu bila ia memberi idea kepada manusia.mula2 tanya pasal kerja yang pensyarah bagi..pastu tanya tadi apa pengisian di surau..pastu tanya semalam bagun qiam ke tak.pastu tanya tadi dah makan ke belum.. AMBOI BANYAK NYER KO TANYER KAANN!!
rasa pelik ke kenapa selalunya lelaki ni ada2 je alasan nak contact perempuan?
tak pelik beb!..
Allah cipta lelaki dengan 1 nafsu = perempuan
Allah cipta perempuan dengan 9 nafsu= lelaki, barang kemas, pinggan mangkuk dan segala macam lah~

takpe..biar aku kongsi dulu apa yang perlu kita buat untuk mengawal masalah ini supaya setidaknya masalah hati dapat dikawal..

~berhubung hanya bila ada URUSAN yang TERDESAK
okeh lets me explain this..menurut apa yang pernah diterangkan oleh Ustazah Fatimah Syarha.urusan bermaksud perkara yang kita boleh hujahkan dan terangkan pada Yang MAHA Mengetahui apa yang berada dalam hati manusia apabila tiba waktu disoal nanti!
terdesak pulak? erhhh..Allah bukan cipta anda seorang sebagai kaum adam atau hawa yang rajin..masih terngiang di telinga aku bila ada sahabat bersuara, "selalunya lelaki memang suka contact perempuan.kalau diorang tanya antara lalaki sendiri memang tak ada yang tahu.semua harapkan perempuan."
maaf nak cakap..aku rasa selama aku di UniMAP ni aku rasa tak pernah lagi aku tanya perempuan pasal assignment or notes ke apa ke..wujud je sahabat lelaki yang always alert about all this! hahh alasan cantik kaw pakai semata2 nak contact dia kaann!
==> tapi setiap orang ada kondisi berbeza..bila masalah timbul.mintalah fatwa dari hati..


 "Mintalah fatwa dari hatimu sendiri. Kebajikan itu ialah yg jiwa menjadi tenang padanya-di waktu melaksanakan dan setelah selesainya, juga hatipun tenang pula merasakannya, sedang dosa ialah apa2 yg engkau bimbang dlm jiwa serta bolak balik yakni ragu dalam hati"
(Ahmad, AdDarimi)

~banyakkan istighfar..
"barang siapa memperbanyakkan istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka"
(Ahmad,Abu Daud,Ibnu Majah)
bukan bermakna berhubung itu suatu maksiat..tapi sekadar mengukuhkan ikatan hati dengan Allah supaya tak mudah terdetik di hati untuk memikirkan perkara yang membawa fitnah...ello aku pun manusia..so ak tau apa korang rasa..moga istighfar ini dapat menyelamatkan kita daripada mudah dipengaruhi syaitan.

~pelihara pandangan..

"katakanlah kepada lelaki yang beriman agar mereka menjaga pandangan"
(An-Nur 24:30)
ayat ini turut bersambung dengan peringatan buat perempuan beriman pula..which means lelaki ke.perempuan ke.jaga pandangan 2 semua kena buat! bukan nak kata tak boleh pandang langsung.tapi pandang hanya bila perlu..bukankah itu lebih sopan?? tanya iman sendiri.. yang pasti perbuatan ini dapat mengurangkan fitnah hati dan redha Allah sentiasa bersama mereka yang mengamalkannya..


~jaga yang perlu..
yang ni penting!!
haha yang ni biar korang baca sendiri petikan daripada Cinta High Class
Qaniah : lepas ni kalau jumpa lelaki Qaniah nak buat muka garang
Kakak : tak perlu. nuat muka biasa.tapi jangan layan
Qaniah : kalau ada urusan?
Kakak : cakap macam biasa.macam cakap dengan konduktor bas.pakcik jual ikan dan pakcik teksi. kalau perlu bincang. bincang dengan profesional
Qaniah : kalau dia usik?
Kakak : JANGAN RENDAHKAN AKHLAK KITA dengan marah-marah dia. jaga akhlak muslimah yang sopan, lemah lembut, hikmah, tiada cakap kotor dan tidak tengking-tengking.

~bila MELAMPAU apa nak buat??
masalah ini memang wujud.bila dah terlalu kerap mesej. kita akan sedar semakin hari benda yang tak perlu mesti akan beranak-pinak..so what 2 do??
ayuh sahabat2 muslimin muslimat...ini adalah kerja mereka yang sedar!! sedar bahawa setiap insan beriman itu berhak menerima teguran dan nasihat...
~~ nyatakan prinsip kita bahawa kita hanya akan berhubung dengan mereka bila keperluan itu mendesak..terangkan kepada mereka bahawa perbualan ini banyak melalaikan hati daripada Allah..dia sendiri boleh mencari sahabat sejantina andai mencari maklumat itu menjadi alasan berhubungan...andai mereka taknak faham..it must come to an end!! dia tak menghormati kita..

saudaraku yang dicintai Allah..

sebenarnya andai mahukan solusi tentang masalah muamalat lelaki perempuan ini terlalu banyak sumber solusi yng boleh dicari..tapi aku rasa apa yang xtra yang aku boleh berikan ialah point yang terakhir di atas..point ni jarang ada orang cerita..aku sendiri dapat pun daripada novel yang dah aku khatam ini..

(credit : cik beruang)

aku sendiri terlalu banyak bermuamalat dengan perempuan...moga entry ini dapat menjadi peringatan untuk aku dan sahabat2 dalam memelihara hati..jangan sampai fitrah menjadi fitnah!
kebesaran Islam tersinar saat semua masalah itu ada jalan penyelesaian...

akhirul kalam..ketahuilah KASIH SAYANG ALLAH ITU MAHA LUAS!


wallahu a'lam
~islah nafsak wadh'u ghairak~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...