Sunday, July 29, 2012

ni CinCiN pertunanGan ke ?..

Bismillah...
selawat dan salam atas baginda Muhammad SAW penyebar rahmat dan kasih sayang ke seluruh alam...dan dengan berkat cintanya kepada umat tercinta membawa kepada pembentukan individu muslim (fardu muslim) , keluarga muslim (baitul muslim) ehemm... dan peringkat2 seterusnya..

aduhh...Ramadan sudah berlalu 10 hari...entry yang lalu aku "revert to draft" dek kekecewaan terhadap diri dan keadaan umat...
aku seakan terlupa sahabat2 muslim ku di Malaysia ini ada yang terasa ingin menjadi hamba Allah hanya pada bulan Ramadan..dan ada yang lebih teruk menjadi hamba Allah hanya pada awal Ramadan...Nauzubillah..

ayuh beralih kepada tajuk yang aku ingin bawakan pada kali ini...dah lama peram idea ni dalam ooootaaakk.hurhur
Cincin??
mesti dalam kepala sahabat2 semua ada perkahwinan dan pertunangan...haaa takpe2...mengaku sudah...tak perlu nak berdalih...hehe..

dua kisah realiti dalam hidup aku sendiri..

kisah 1 ketika di matrikulasi..
seorang sahabatku (muslimat) mengenakan cincin di jari manisnya..kawan sekelasnya (muslimin), Min (bukan nama sebenar) bertanya kepada ku...
"ehh Muizz, Miera (bukan nama sebenar) tu dah bertunang ke?? dia pakai cincin laa"
dengan selamba aku jawab..
"tanya la dia sendiri..mana la aku tau dia dah bertunang ke belum"

beberapa hari kemudian.......
Min bertanya kepada aku
"ehh muizz..aku dah tanya dia cakap mana ada dia bertunang...hahaaa"
aku tak ingat aku jawab apa =P

.....................................................................................
kisah 2 ketika di sebuah perkhemahan,
Miq (bukan nama sebenar) terlihatkan cincin di  jari manisku...
pantas sekali persoalan berkenaan cincin terpacul dari mulut riuhnya
"Muizz!! dah bertunang ke??
macam biasa aku dengan muka tenang (yeke??)
"hahaa...mana ada...ini bukan cincin tunang syeikh.."

......................................................................................
Sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian...
mungkinkah ada dalam kalangan kita mengingati bahawa pemakaian Cincin adalah salah satu Sunnah Berpakaian yang diperkenalkan baginda SAW..

untuk penambahan aku mahu berkongsi beberapa perkara tambahan...ramai daripada kalangan umat Islam hari ini pakai cincin ikut suka hati...haha agak2 bro!! agama Islam adalah agama yang syumul...melengkapi setiap aspek meskipun yang kecil...jadi ayuh belajar!! seronok!

ada yang suka2 pakai cincin di jari hantu...ada pula di jari telunjuk (jarang2)...

sekadar ilmu cetekku..untuk lelaki hanya 2 jari yang dibenarkan untuk memakai cincin...


  1. jari manis
  2. jari kelingking
Untuk jari manis..Rasulullah sendiri memakai cincin pada jari manis kedua-dua belah tangannya...satu sebagai cap mohor rasmi dan satu lagi yang peribadi...

Untuk jari kelingking pula Cucu baginda SAW yang memakai cincin di jari tersebut...jadi tiada masalah untuk kita pakai cincin di jari ini...

adapun untuk muslimat aku terbaca ada yang menyatakan syarat ini termasuk untuk antunna...ada juga yang menyatakan muslimat tidak termasuk dalam syarat tersebut kerena untuk perhiasan diri..
Wallahu A'lam...
apabila ada ulama berselisih...ambillah jalan keluar yang paling selamat iaitu mengikut syarat tersebut...

apa2 pun untuk kali ini aku sebenarnya nak mengajak sahabat2 bersunnah ...JoM!!
kita berhias pun dapat pahala...SERONOKNYA SUNNAH!!
hahaa...ade ke dalam agama lain pakai cincin pun dapat pahala??
tak pernah tahu sebab tak pernah tanya...hehe

ok...sebelum penutup aku nak menyampaikan apa yang aku dapat daripada :
30 MINIT USTAZ DON
ustaz don ada menyampaikan sebuah Hadis (kalau tak silap aku) yang menyatakan bahawa Allah akan menerima solat sesiapa yang melaksanakan sunnah dalam solatnya...

sebagai penutup aku mahu menyeru sebelum berakhirnya bulan yang mulia ini...
ayuhlah kita hidupkan sunnah2 baginda...

1 fardu = 70 pahala fardu pada bulan lain
1 sunnah = 1 pahala fardu pada bulan lain...

betapa spesial nya RAMADAN....Rabbana Taqabbal Minna...aminn 
wallahu a'lam

~islah nafsak wad'u ghairak~

Wednesday, July 11, 2012

nah!! ambik kau KASIH SAYANG AKU!!

Bismillah...
selawat dan salam atas kekasih agung Muhammad S.A.W..

insyaAllah malam yang dah gelap ni..ok dah pagi aku menggagahkan jemari memerah sedikit ilmu yang dianugerah Allah kepada aku sebagai perkongsian untuk sahabat-sahabat yang setia membaca celoteh jiwa sama ada secara terang mahupun senyap "silent follower"

semalam dengan rahmat Kekasih sejati yang tak pernah berkira untuk menyebarkan cintaNya telah menjemput sekumpulan umat sekitar ipoh untuk mendengar ceramah IM Asyraf di Masjid Sultan Azlan Shah,Ipoh.  alhamdulillah Allah pilih hamba yang hina ini untuk menjadi tetamu di rumahNya yang mulia..lalu apa yang mampu aku lakukan sebagai salah satu tanda syukurku ialah dengan terus menyebarkan CintaNya kepada sekalian umat Muhammad S.A.W.

untuk malam aku hanya akan kupas sebahagian daripada apa yang IM Asyraf telah sampaikan sebagai muqaddimah..Beliau berbicara mengenai sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah kepada manusia...

jangan kita sangka bahawa bukti Allah sayang kita dengan Dia memberi segala kegembiraan dan keinginan kita di dunia...Allah bagi kita sihat..Allah bagi kita makanan sedap-sedap..Allah bagi kita kereta yang boleh tahan la mewahnya...itu bukti Allah sayang kita??  hahaa....let's think for a while...adakah kita akan mengatakan bahawa Allah juga memberi kasih sayang kepada yang mensyirikkanNya?? yang mendustakanNya?? yang menentang agamaNya?? hello..materi Yahudi jauh lebih hebat daripada apa yang kita ada..sangat sihat berbanding kita...
Ini adalah sifat Ar-Rahman Allah...betapa pemurahnya Allah sanggup memberikan macam-macam kenikmatan kepada kita..termasuklah yang kufar...

tapi khas untuk yang beriman..Allah menyebarkan sifat Ar-RahimNya dengan membuat hati manusia menjadi patuh kepada arahanNya dan meninggalkan laranganNya...
seingat aku...pernah terdengar andai Allah sayang kepada hambaNya..Allah akan pastikan setiap makhluk menyayanginya ...(maaf tak ingat sumber yang tepat..kalau tak silap ianya hadis)
lalu IM Asyraf memberi contoh kasih sayang Allah telahpun dirasa setiap yang hadir dalam majlis semalam...Allah pilih hamba-hamba yang tertentu untuk duduk bersama menadah ilmu..

"apabila Allah mahukan kebaikan kepada hambaNya.Allah akan memberi kefahaman agama"

then beliau memberi contoh yang sangat cantik..tak semua yang berada dalam majlis tersebut datang dengan kerelaan sendiri...ada yang dipaksa..ada yang terpaksa..mungkin ada yang tidak merancang untuk duduk mendengar ceramah beliau..tetapi Allah pancitkan tayar motosikalnya berhampiran masjid tersebut..nak tak nak terpaksalah hamba tersebut berada dalam majlis...hahaa...Allah nak bagi kasih sayang pun boleh paksa kita terima...SubhanaAllah...hebatnya Allah...

bahkan Allah mampu memaksa hambaNya untuk menerima kasih sayangNya dengan membuatkan seorang yang semakin hanyut dengan dunia kembali menadah tangan menagih simpati Tuhan dengan menurunkan bala  yang sesuai kepada hamba tersebut...

sebagai penutup, aku kongsikan apa yang diperkatakan IM Asyraf tentang menghadiri masjid dan majlis agama...
nak tunggu ada motor laju sikit baru nak pergi masjid? nanti yang jalan kaki sampai dulu..
nak tunggu gaut sembuh?? nanti yang tak ada kaki sampai dulu..
....maap yang ni tak sempat salin sebab khusyu' mendengar sambil ketawa...

dari segi "matan"nya apa yang aku sampaikan memang tak sama dengan apa yang IM Asyraf sampaikan...tapi mesejnya InsyaAllah sama...

p/s: siang tadi ada sahabat lalu depan rumah aku elok-elok aku nak bukak pagar masuk rumah
"cantik LC baru!"
terlintas di hatiku...kalau ada superbike pun tak boleh nak bawak diri pergi masjid baik campak lombong!!
nauzubillah 

~ISLAH NAFSAK WADH'U GHAIRAK~

Tuesday, June 19, 2012

SeminaR FiQh dakWah (pt 2)

Di mula dengan Bismillah.. Selawat dan salam ke atas Baginda SAW, keluarga dan sahabat yang menjadi generasi pemula kepada sebuah perjuangan suci menyebarkan Rahmat Islam di atas muka bumi yang penuh kehinaan ini… Dengan berkat usaha suci pejuang-pejuang terdahulu membawa kepada perjuangan generasi hari ini yang terus berlari mengejar cinta Ilahi..InsyaAllah..

Manusia hari ini ada yang berlumba mencari ketenangan dan kebahagiaan...ada yang berusaha dengan cuba sekeras daya mencari harta kekayaan dunia kerana terlintas di kotak minda dengan harta segalanya boleh dibeli...ada yang sekadar berfikir dalam ruang kotak sempit cukup sekadar menjadi hamba yang melaksanakan kewajipan fardi (individu) ex: Solat, puasa zakat haji bc quran pasti dapat membawa kebahagiaan...

aduss...sebenaqnya aku nak tulis pasal isu "Perbandingan Agama" yang dibawa oleh Bro Lim as sambungan dan menunaikan janji untuk menyambung bicara yang lalu...okeh lets see what we have here...


Bismillah.. 

ayuh sahabat2 kita lihat sejenak apa yang sedah berada dalam fikiran nenek moyang sebelum sampainya Sinar ISLAM kepada mereka..mereka percaya akan wujudnya 1 atau lebih kuasa Ghaib yang sentiasa mempengaruhi kehidupan seharian mereka...apa bukti nya???
  1. pemujaan laut.
  2. pemujaan pokok
  3. pemujaan kubur
  4. dan segala jenis pemujaan yang lain
alahhh macam yang kite dah blajar dalam kitab SEJARAH tingkatan 123345 LAH!  ayuh kita lihat apa Firman Allah dalam awal ayat surah Al Baqarah (2:3)

(الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ ﴿٣
"dan yang beriman dengan yang ghaib, dan melaksanakan solat, dan menginfakkan apa yang kami beri kepada mereka"

mari kita lihat bersama apa persamaan kita sebagai orang Islam dan nenek moyang yang tak sempat pun nak merasa Nur Islam...
sape dah nampak sila ANGKAT tangan macam saya =P  okeh..Alhamdulillah hati hitam pun sepatutnya boleh nampak andai ada kesedaran untuk 'polish it back'.. the similarity is beriman dengan PERKARA GhaiB!..   Allah...sape pernah nampak Allah??? just don't tell anybody bcoz we will send you to the psychatrist..betul ke ejaan??huhu Allah itu ghaib...
but, what are the differences between us and them?? nampak?? sambungan ayat tersebut..SOLAT dan ZAKAT... tapi tak bermakna dengan hanya 3 perkara tersebut sudah cukup menjadi bukti kita seorang MUSLIM.
cukup kot sebagai Intro..
Now lets move to the point that I have from All Bro's semasa Seminar Fiqh Dakwah yang lalu..
Apa yang dapat aku kutip sebenarnya All The Bro's nak ajak semua sama-sama berfikir kearah pemantapan aqidah..percaya kepada Al-Ahad membawa kepada kepercayaan kepada Nabi Akhir Zaman S.A.W dan lain-lainnya..seterusnya menolak BULAT2 tanpa sebarang keraguan atas agama lain yang BANYAK sangat lah perkara yang ridiculous untuk diimani..

kali ini aku nak bawak salah 1 isu yang perkara yang disebut dalam bible sendiri iaitu Jesus Christ telahpun mengorbankan dirinya demi menanggung dosa manusia yang beriman dengannya..
TAK PELIK KE??? mereka memperakui bahawa he is son of God..kenapa Tuhan perlu mengorbankan milik kesayanganNya untuk memberi keampunan kepada seluruh manusia bodoh yang mencari jalan gelap bermaksiat pagi petang...dah la ingkar...free2 dapat keampunan Tuhan..tapi Tuhan terpaksa korbankan anakNya untuk dosa para 'aasi...KARUT!!

ayuh sahabat kita teguhkan hati usah goyang dengan hujah penuh sangsi daripada pendakyah yang terus berusaha menyesatkan kita dan sahabat2 yang lain..kadang-kadang bila difikirkan semula apa yang mereka dapat dengan menyesatkan kita pun macam tak bermanfaat je...kalau ada sesiapa yang tahu sila kongsi ye...nak tahu gak apa ganjaran mereka menyesatkan orang ni...

Kalau kita sebagai pendakwah sememangnya wajib menyampaikan Risalah Islam...Sabda Habibi S.A.W. :
"barangsiapa yang mengucapkan Laa Ilaha Illa Allah, maka dia adalah da'e"
au kama Qal..
dan bila berbicara soal ganjaran yang akan kita peroleh...SubhanaAllah.. SORGA...ada sesiapa yang tak mahu???
ayuh kita renungkan Ayat Allah..surah AnNisa' (4:157)
وَمَا قَتَلُوهُ وَمَا صَلَبُوهُ وَلَـٰكِن شُبِّهَ لَهُمْ
" Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa) " 
ayat seingat-ingat aku terlalu kerap diulang oleh Bro Lim..sampai melekat la jugak dalam hati ni..

Sahabat yang dimuliakan Allah...
sebenarnya sangat banyak perkara yng boleh kita lihat untuk membandingkan Islam dengan agama lain..kerana Islam tiada tolok bandingnya
"Islam ya'lu wala yu'la 'alaih"
Islam itu tinggi dan tiada yng lebih tinggi daripadanya

andai mata hati kita buka seluasnya..cukup sekadar melihat yang terzahir dalam amalan seorang Muslim sudah cukup membuktikan kehebatan dan kebenaran Risalah yang diamanahkan Habibi S.A.W kepada kita..betapa syumulnya Islam...nak tidur pun ada cara sendiri...

Finally, izikan aku membawa sahabat menelusuri sedikit betapa hebat dan suci nya Islam...

Islam datang untuk memelihara maslahat (kebaikan) manusia..5 perkara maqasid syariah mengikut herarki:
  1. kepercayaan dan kesucian Agama Islam sendiri
  2. jaminan keselamatan nyawa dan anggota tubuh
  3. pelihara kewarasan akal dan murni fikiran
  4. menjaga maruah dan kehormatan diri
  5. menjamin pemilikan harta 

 p/s: sebenaqnya aku agak takut BANYAK nak berkongsi bab Aqidah nii...maklumlah ilmu dalam dada terlalu sedikit dan iman kerap goncang berbanding tenang...tapi aku kuatkan hati inilah masanya untuk aku berpesan pada diri sendiri dan sahabat2 yang dahaga ilmu...

~islah nafsak wad'u ghairak~

Wednesday, May 16, 2012

B A FIGHTER !

Salamullahi 'Alaikum Warahmatuhu Wabarakatuh...
In The Name Of Allah...
Peace be upon Prophet Muhammad.His Family and Companion..

okeh bukan nak entry english pung...insyaAllah lepas ni aku try tunaikan janji utk post the 2nd part about the previous topic..tp untuk kali ini aku teringin sangat-sangat nak share tentang perjuangan...sebuah sajak yang di sampaikan oleh Oki Setiana Dewi.Pelakon Ketika Cinta Bertasbih..yang mana aku difahamkan dia merupakan seorang Mahasiswi Al-Azhar Mesir..dalam sebuah karangan beliau yang ditulis sendiri...

Kehidupan di dunia adalah sebuah perjuangan tanpa henti,
Sejak lahir hingga akhir hayat,
Semua dari kita berjuang,
Tengok saja seorang bayi mulai berjuang,
Untuk mulai membiasakan diri dengan lingkungan asing,
Yang belum pernah ia kenal sebelumnya,
Seorang ibu berjuang untuk mendidik anak-anaknya,
Untuk menjadi generasi yang tangguh,
Seorang ayah berjuang bermati-matian untuk menafkahi keluarganya,
Seorang pelajar berjuang untuk meraih ilmu,
Yang miskin berjuang untuk bisa mendapatkan kehidupan yang layak,
Yang sedang jatuh cinta berjuang untuk menahan rindu,
yang baru bertudung berjuang untuk tidak membuka tudungnya,
Suami isteri berjuang mengharungi bahtera rumah tangga,
Yang terkena musibah atau orang yang ditinggalkan oleh orang yang dikasihi,
Berjuang dengan sabar dan tabah menjalani kehidupannya,
Yang berselisih berjuang untuk berdamai,
dan SETIAP HAMBA ALLAH berjuang untuk kembali kepada Allah,
Serta memiliki tugas untuk memperjuangkan agama Allah,
Menyebarkan kebaikan dan kasih sayang,
Kepada seluruh makhluk bumi...



maaflah sebab tak sempat nak copy nama buku masa beliau menyampaikan sajak ini di KTC, Kota Baharu.. tapi aku sangat tertarik bila berbicara tentang perjuangan..
sedarilah wahai sahabat2 yang aku sayangi..hakikat hidup seorang manusia ialah seorang PEJUANG!
walau apa pun yang kita lakukan kita merupakan seorang pejuang..setiap pilihan yang kita lakukan dalam setiap cabang hidup kita memerlukan pengorbanan...YESYES... kewajipan seorang pejuang ialah berKORBAN..
masih segar dalam ingatan aku bahawa 10 rukun baiah perlu menjadi asas pegangan para duat..kalau tak silap aku asas ini disebut dalam kitab Apa Ertinya Saya Menganut Islam karya Ustaz Fathi Yakan..
  1. faham                                                           6.taat
  2. ikhlas                                                           7.thabat
  3. amal                                                             8.tajarrud
  4. jihad                                                            9.ukhuwah
  5. tadhiyah                                                     10. thiqah
nyata dalam gerakan dakwah seharusnya kita perlu bersedia berkorban..dalam bahasa Arab tadhiyah..ayuh sahabat!!Islam tak memerlukan kita!! kita yang memerlukan ISLAM!!! andai kita tak mahu berjuang untuk agama Allah..Allah akan gantikan kita dengan kaum yang lebih baik...wallahu a'lam

Ya Allah...terimalah setiap amalan kami sebagai suatu pengorbanan dalam perjuangan yang engkau redhai...amin

p/s: ayuh kita bersedia untuk berkorban demi perjuangan menegakkan SYIAR ISLAM...insyaAllah

~islah nafsak wadhu ghairak~

Thursday, May 3, 2012

seMinarR FiqH DakWah MahasiSwa

Bismillah...entah berapa kali kita tewas dengan dunia...tapi Allah tak pernah berhenti menyebarkan kasih tersembunyi dalam asma' ArRahman buat seluruh alam dan ArRahim buat kekasih2 yang Dia sayangi...SubhanaAllah...terasa hina diri ini...

Errhh..baCk 2 our topic here...secara haknya seminar ni berlangsung pada Mac yang lalu di UTP...harap tak terlalu lewat untuk ber story about this..ikut hati macam taknak tulis pasal ni..tapi mengenangkan ad sahabat aku yang dah pesan siap2 sebelum bergerak ke UTP untuk kongsikan apa yang dapat so...tepuk dada...tanya iman...bukan hati..insyaAllah..


Introduction..
Awwalan...mari perbetulkan persepsi kita...mungkin ada yang mentafsir bahawa seminar ini berkaitan cara2 daie' di Malaysia untuk memantapkan usaha terutama dalam usaha dakwah dan tarbiyah ke atas anak muda..well...we were wrong actually...it's about the dakwah towards the non-Muslim...masa kitorang baru sampai...majlis perasmian baru je nak bermula..Ustaz berbangsa Melayu Indon yang merasmikan...(maap xsempat nak catit nme dy)
Beliau menceritakan peristiwa asbabun nuzul ayat "La Ikraha Fiddin"...
pada zaman Rasulullah s.a.w.  ada seorang pemuda yang dipaksa untuk memeluk islam oleh bapanya tanpa dia mengetahui "ma hua al_Islam???"
don't2!!! as a muslim we must not do that okeyh??!!..

Isi
let's move 2 the presenters::
Brother Lim Joui Soon..
Brother Wong Wei Hong..
Ustaz Amin...
(sori klu salah eja nme..)
all of them from PerkiM...nak tau apa itu perkim??? search sendiri =P
err...sblm ad yg tsalah anggap...they are all MuslIm =)

Ok..1stly..Brother Lim present about the importance of knowing the differences between religion..suatu yang aku sendiri tak pernah terfikir sepanjang hidup aku.."WHY SHOULD WE KNOW THAT???? cukup sekadar kita tahu bahawasanya Islam is the HAQ!! "...maybe this quote will go around your mind..sama lah macam aku masa mula2 Brother nak bentangkan....

Yang paling aku ingat ialah perkara ini tersangat penting kepada kita supaya kita menjadi HAMBA YANG BERSYUKUR!!!  kita takkan pernah tahu esok lusa kita masih Islam..cuma kita mampu berdoa...HIDUP MATI BERSAMA ISLAM...amin...terlalu ramai insan2 yang masih tercari2 agama yang HAQ..even Brother Lim sendiri converting from buddha 2 christian before he find the TrutH of Islam...apa2 pun...yang paling penting...dengan cara perbandingan agama...mampu memperkukuhkan iman kita kepada Allah..beliau juga ada berkongsi pendapat dan fakta yang terbaik tentang perkara2 syirik dalam sistem pelajaran kita...

  • alam semulajadi
  • sun rise
  • sun set
all this terms are very dengerous...alam semulajadi???Allah mencipta langit dan bumi dan apa yang berada antaranya dalam 6 masa...bukan semulajadi...and the other 2..lets think..jangan semua kena disuap...huhu


pada Awalnya Brother cuba membuka mata kami dengan beberapa persoalan yang agak bodoh yang sering bermain dalam otak kita..."Quran pun tak habis faham dah nak baca Bible"...dush dush...(kne fire ak)
beliau terus menerus untuk menegaskan...jangan pernah percaya dengan perkara karut marut...takkan boleh goyang kalau setakat baca Bible punnnn kalau secara HAQnya kita yakin dan faham kalimah LAA ILAAHA ILLA ALLAH...


kalau boleh aku rangkumkan semua...its all ridiculous things written in the bible...impossibly its from God.. thats the main point kenapa beliau terlalu yakin untuk ajak kami sama2 bedah bible pada hari tersebut..
 ok..antara point yang aku ingat kenapa kita sangat yakin bahawa...bible is PORN book!!! thats is why IT IS NOT FROM GOD!!
ada cerita bagaimana seorang Nabi yang dimabukkan oleh 2 orang anaknya sendiri untuk dirogol....(dont remember what chapter is it)  hehh..thats why jangan pelik kalau ada kes perempuan rogol lelaki...
(errgghhhh...teringat cte Senario plak dah...)
when we talk about christian..1 of the important concept is TRINITY...
they have 1 God..but 3...????erhhh...pening takk?? itu lah yang ada dalam bible...rificulous..
they said that...it is 3 in 1...bhahaha....MILO lagi best...mereka menyatakan Tuhan itu 1 tapi tiga...Allah, Jesus, dan Ruh AlQudus (Jibril)....malangnya mereka tiada hujah bila bercakap tentang kematian Jesus..tapi Tuhan masih ada...
mereka menerangkan umpama seorang yang punyai 3 pangkat...seorang lelaki..is a father..also is a son..also is a husband..haha..saya mahu bertanya..adakah bila seorang lelaki yang bergelar ayah mati...dia yang menyandang jawatan sebagai anak lelaki itu masih hidup???.seee???? ridiculous..they dont have the right 2 say that bible is from God...


CONCLUSION
aku harap sedikit maklumat yang aku kongsi ni dapat memperkukuhkan iman sahabat2 pembaca kepada agama ISLAM...ya'lu wala yu'la 'alaih...tertinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya...

seandai ada yang cuba menggugat..saksikanlah bahawa...2 perkara..
LIGHT-we can walk straight
DARK-erghh...we can't even walk..

andai mungkin perdebatan mu memanjang...ingatlah...berdebat bukan untuk menang...tapi untuk mencari kebenaran...
Wallahu a'lam..

p/s- mintak maap bebanyak...nampak isi macam bercelaru..klu ada yang mengelirukan tolong tanya....hari ni penat sket =(

~Islah nafsak Wadh'u ghaiRaK~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...