Friday, March 4, 2011

HaiwaNN puN??


Bismillahirrahmanirrahim….

Alhamdulillah setelah beberapa minggu aku tak mencoret disini akhirnya Allah memberi aku kekuatan yang hampir lupus itu semula….
Semalam aku terbaca blog Muslimah Optimis….cerita yang simple tapi penuh pengajaran…Manusia sememangnya amat sinonim dengan perkataan lupa dan silap…

“Biasalah….mana ada manusia sempurna”

Inilah ungakapan yang selalu terpacul dari senjata berbisa manusia bila kita tersilap bukan??? Bukanlah aku nak argue dengan perkara ini sebab memang dah hakikat…Tapi kadang2 ia menjadi alasan bodoh untuk kesalahan zahir yang sengaja kita lakukan…Nauzubillah….

Cerita MO 2 berkaitan dengan seekor monyet yang begitu tekal memegang dahan ketika angin kencang menggegar dunianya…Namun mungkin berkhayal konon berada di tepi pantai apabila angin sepoi2 bahasa menghembus dengan ayunya membuatkan monyet itu melepaskan genggamannya pada dahan tersebut…Lalu jatuhlah monyet itu ke tanah….
Pengajaran kisah ini ialah~~ manuisa selalunya kental menahan ujuan berupa bencana dan sebagainya …tapi sanagt sukar untuk kita mempertahankan iman bila kita diuji dengan nikmat dunia yang penuh jerat  berbisa….

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku teringat peristiwa kali pertama aku memancing….WOAH!!!! seronok jugak sebenarnya kalau dapat memegang joran…Nak2 kalau kena ikan besar….hahaa…


(gambar hiasan)

Itulah yang aku rasakan pada kali pertama aku memancing…Sebagai orang amatur aku telah dianugerahkan Allah seekor keli gergasi melekat pada mata kail aku…

Dengan penuh slumber aku menggulung tali pancing aku…Bak kata seorang pemancing semi-pro “kamu ni sangkut keli besar pun macam takde perasaan je menariknya”…Aku bukan apa…Memang bukan aku lah kalau nak bertindak kelam-kabut walaupun jantung dah nak meletup berdegup macam F1…Dek kerana kejahilan aku dalam ilmu memancing…Keli yang dapat aku tarik sampai ke tepi tasik itu gagal akudapatkan….Aku tak lah terlalu menyesal sebab aku tahu bahawa sudah janji-Nya bahawa keli gergasi itu bukan rezekiku…Taka de masalah….Sudah semestinya ada hikmah dalam setiap kejadian…. Tapi yang si semi-pro ini menyatakan kekesalan dari awal sampai malam jugak lah aku ingat….Tambah2 itulah keli pertama dan terakhir yang sangkut pada mata kail ku dari pagi sampai ke petang…..

Itu pengajaran sampingan je…Yang ada kaitan dengan ujian berupa nikmat ini terpacul ketika telah masuk waktu solat….Si semi-pro ni agak banyak lah keli yang dia dapat…Aku tertunggu-tunggu pukul berapa agaknya dia nak ajak aku berhenti seketika untuk melaksanakan fardhu ain yang satu ini….Tunggu punya tunggu aku dah tak tahan…Aku cakap lah nak blah kejap…aku mencari tempat solat yang ada…Malangnya langsung tak ada…

Jadi berdasarkan pengalaman dan ilmu bahawa setiap permukaan bumi Allah ini adalah suci…Maka tanpa menghiraukan mata masyarakat yang memandang aku melaksanakan kewajipan yang diperintahkan ke atas diriku hanya beralaskan kain ‘key’ yang aku bawa…
Setelah selesai aku kembali ke port kami memancing…Aku cuba menggagahkan diri untuk bertanya sama ada dia tak mahu solatkah atau dia terlupakah….Tapi aku tak cukup kuat untuk menegurnya memandangkan aku masih dalam proses untuk menekati dirinya…Sunguh dia obses sehingga sanggup jugaklah dia berhujan dan aku sebagai insan yang mahu merapatkan diri dengannya turut berhujan bersamanya…
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lihatlah betapa ujian Allah datang kepada manusia dalam pelbagai rupa…Tapi manusia sangat lemah apabila ujian itu berupa nikmat…

Berbicara tentang pengajaran daripada haiwan aku teringat satu kisah bahawa anak Nabi Adam a.s. yang telah membunuh saudaranya belajar daripada burung untuk menguruskan mayat saudaranya yang mati akibat perebutan tersebut….

Perasan atau tidak Allah banyak mengajar manusia secara hikma melalui kehidupan makhluk lain…SubhanaAllah….Hanya dengan menjadikan binatang sebagai contoh teladan kepada manusia…..Cuma kita sahaja yang tidak mahu mengambil tahu atau buat2 tak tahu….

“Tiada suatu perkara ciptaan Allah yang sia-sia”

Aku teringat pula coretan kakak yang aku sayangi dalam blognya…Manusia melaksanakan maksiat ada yang dek kerana kejahilan dan ada pula yang kerana kekentalan iman tidak mencapai tahap piawai meskipun ilmu penuh di dada…
p/s: maafkan diriku andai kau terasa…tapi sedarlah bahawa andai kau terasa itu bermakna Allah masih memberi peluang untuk bertaubat…..
wAllahu ‘alam….

~islah nafsak wadh’u ghairak~

6 comments:

  1. seumur hidup, tak pernah lekat seekor ikan langsung jika pergi memancing.. memang tidak berbakat rasanya pancing-memancing ni..

    ReplyDelete
  2. ahyad:baca la doa ke ape2 zikir ke...x pn bce ayat seribu dinar...

    xpe laaa...adela hikmahnya yg kte x tau...

    ReplyDelete
  3. hang x ajak aku pon pi memancing....
    aku x bese r pakai joran gulung2 ni....
    bese pakai yg tradisional nye....

    betul2...bila rasa nikmat tu...
    mmg susah nak tinggal sekejap...cobaan

    ReplyDelete
  4. ak mancing pn org ajak...mne la ak nk ajak hang..=P

    2 la ujian ke berbentuk 'nikmat'...

    ReplyDelete
  5. wsalam...one ni siapa??

    btw thnx ziarah..:)

    ReplyDelete

entry sudah habis dibace,
ate komen lah ye!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...