Ukhuwah. 1 kata yang tampak biasa. terkandung di dalamnya seribu makna. buat mereka yang perolehnya kerana iman. cinta yang bersemi antara manusia kerana kasih kepada Allah, Rasul (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) dan perjuangan. Ukhuwah tertinggi nilaiannya pada ithar, iaitu melebihkan sahabat daripada diri sendiri. Bahkan yang terendah itu ialah salamatu as-sadr, berlapang dada.
di sampaikan kepada kami oleh Syeikhuna Dr. Harun Din. ~ al-kisah pada suatu ketika sedang dalam majlis Habibuna Muhammad (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) berbalah pula 2 sahabat kesayangan Baginda , Saidina Abu Dzar dan Saidina Bilal Al-Habasyi Radhiallahu 'anhuma. sampai satu tahap terpacul daripada mulut Saidina Abu Dzar, "diam kamu wahai anak hitam!". Lalu tersenyumlah Si Murabbi Ummah. Baginda (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) lalu berkata kepada umum, "gandum sudah melebihi gantang". Difahamilah maksud Baginda bahawa Saidina Abu Dzar sudah melampaui batas. Dengan serta-merta Saidina Abu Dzar memegang tangan Saidina Bilal. Lantas diletakkan pipinya ke tanah, lalu diminta kepada Saidina Bilal untuk dipijak mukanya sebagai tanda memohon maaf. Lalu Saidina Bilal segera mengangkat Saidina Abu Dzar lantas berpelukan mereka berdua. Lunturlah rasa bomgkak yang menjalar dalam diri Saidina Abu Dzar. Bermaafanlah mereka berdua.~
haza min fadhli Rabbi
ikhwati fillah.. sedikit perkongsian ini harapnya menjadi pegangan kepada kita bahawa ukhuwah Islami ini sangat tinggi. berterima kasihlah kepada Allah dan Murabbu Ummah kerana menganugerahkan kita dengan mereka-mereka yang menyayangi kita.. Islam tidak meletakkan nilai kemuliaan seseorang berdasarkan warna dan keturunan. bahkan taqwa juga yang menjadi penanda aras kemuliaan seseorang di sisi Allah.
akhir al-kalam.. sedarkah kita bahawa Baginda (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) sangat menyangi umatnya..tidakkah kita merasa rugi kerana tidak sayang kepada diri sendiri ?? Uhibbukum fillah!
Bismillah....Sekian lama aku tidak meng'post' entry bukan bermakna aku sudah bosan mahupun ketandusan idea..akan tetapi kesibukan aku meniti dan membentuk kehidupan di kolej matrikulasi perak membuatkan aku terpaksa melupakan seketika hasrat hati untuk mencoret di sini...insyaAllah untuk post tentang PLKN ku akan disambung nanti2....
Alhamdulillah kami pelajar matrikulasi diberi cuti semester bersambung dengan cuti raya...[panjang tuhh!!!]hehe...setelah sekian lama TV Al-Hijrah diperkenalkan hanya beberapa rancangan sahaja yang dapat aku tonton...maklumlah kat matrix jarang sekali aku nak pegi hadap tv kat kafe tuhhh....sebaik aku pulang untuk cuti sem aku terus berangkat ke rumah kakak kesayangan aku di KL..[area ampang] sampai dalam jam 1 pagi..aku lepak2 + masak nasi + online skejap then tido....
tanpa aku sangka pagi semasa aku sahur Allah kembali mengetuk pintu kerinduanku terhadap kekasiNya Muhammad s.a.w. SubhanaAllah...sempat aku menonton semasa bersahur satu realiti tv yang diberi nama LAW KANA BAINANNA (cite ni dy buat kat arab...negara mne ak xtau)...lebih kurang macam tuh laaa namanya...dan kalau nak suruh aku translate maksudnya seandainya Baginda ada bersama kita...
kalau tak silap aku konsepnya sama dengan realiti tv Cobaan yang ada AKHIL HAYY tuhh...mungkin sbenarnya sahabat2 sendiri pernah tonton kedua-dua mahpun salah satu daripadanya....tapi aku baru nak tengok yang cobaan tuh malam ni kalau ada rezeki..sebenarnya rancangan law kana ini cuba melihat sejauh mana umat Islam mengamalkan syariah dan sunnah Muhammad s.a.w. yang dirindui...
situasi pertama dipertontonkan bagaimana sifat amanah dalam kalangan muslim...seorang wanita (krew) jalan di tepi jalan then dia jatuhkan purse dia (konon-konon terjatuh)...melihat siapa yang amanah akan memulangkan kepadanya dan yang tidak amanah akan mengambil tanpa mencari siapa tuan purse tersebut..majorti daripada 'mangsa' bersifat amanah dengan memulangkan semula kepada wanita tersebut....ada beberapa orang yang tidak amanah buat-buat tak kenal siapakah yang mnjatuhkan purse tersebut..konklusinya semuan 'mangsa' yang amanah mahupun tidak akan dikejar oleh krew2 lain untuk di interview...
"tidak akan berlaku qiamat selagi ada amanah dalam kalangan muslim"
(sebenarnya ini hadith tapi aku tak ingat apa maksud yang tepat dengan matannya)
Allahuakbar!!teringat aku masa aku kehilangan wallet betul2 beberapa hari nak masuk matrix....satu hari aku balik cuti kat rumah ada sampul surat nama aku...rupa-rupanya berisi kad-kad dan IC serta lesen yang ada...walletnya entah...mujur tak ada duit dalam wallet tuhh...
situasi yang kedua pula dipertontonkan bagaimana semangat sunnah yang diamalkan dalam kalangan masyarakat...peraturan baru dibuat siapa yang tak bagi salam semasa masuk dalam lif yang dijaga oleh penjaga lif tersebut akan disuruh keluar dan gunakan tangga...memang ada tertulis jelas kat dalam lif tersebut...dan penjaga lif tuh pun ada menyuruh 'mangsa'2 ini bagi salam...untuk situasi ini memang ramai yang kantoi...membuktikan KITA SEMUA SEBENARNYA MENGABAIKAN SUNNAH RASULULLAH!!!! mungkin sunnah ini dilihat sebagai kecil...maklumlahh..bagi salam je punnnn...tapi itulah yang kita tak buat...berat sangat mulut kita ni nak bagi salam..hahhh yang taip ni punnn same!!!!arghhh!!! dosa banyak...pahala mudah taknak kutip....jangan jadi hamba yang tidak bersyukur!!!
(Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu
memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi
nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya
azabKu amatlah keras.
(Ibrahim;7)
justeru wahai hamba-hamba abdi....marilah kita muhasabah diri..kurangkan ego dihati..terapkan iman yang sejati..hidupkan sunnah Rasul yang dicintai...semata-mata kerana Ilahi...
Sementara menunggu azan maghrib pada malam MaulidurRasul tanpa perancangan yang teliti aku memasang mp3 pemberian kakak ku(….TQ NYAH!!!) yang disambung dengan speakaer yang baru dibeli oleh dia…Cari punya cari aku nampak lagu PemergianMu yang dinyanyikan oleh InTeam…..Lalu aku pun tekan butang play macam biasa..Tanpa semena2 hati aku tersentak…Seakan aku terlupa bahawa sudah sememangnya setiap kali aku dengar lagi ni akan ada air mata yang membasahi kelopak mata aku….Cuma belum pernah aku teresak…jadi aku bertekad untuk kongsikan sedikit ilmu yang aku peroleh sebagai iktibar kepada kita semua InsyaAllah…..
Rasulullah….
Kau masih tersenyum mengubat lara,
Sellindung derita yang Kau rasa,
Senyuman yang menteteramkan,
Setiap insan yang kebimbangan,
Hakikatnya tak tertanggung lagi derita,
Dipangkuan isterimu Humaira,
Menunggu saat ketikanya,
Diangkat rohmu bertemu yang Esa,
Tangan dicelup dibejana air,
Kau sapu dimuka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih,
Pada umat dan akhirat,
Dan tibalah waktu ajal bertamu,
Penuh ketenangan jiwa mu berlalu,
Linangan air mata syahdu,
Ini pemergian mu..
Oh sukarnya untuk umat menerima,
Bahkan payah untuk Umar mempercaya,
Tetapi iman merelakan jua,
Bahawa manusia kan mati akhirnya,
Tak terlafaz kata mengungkap hiba,
Gerhanalah seluruh semesta,
Walaupun kau telah tiada,
Bersemarak cintamu selamanya……
Ya Rasulullah,
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya kami merindui Mu………
AHHH!!!sekali lagi….sukar sekali aku menahan perasaan hiba dan sayu…
ALLAHUMMASALLI’ALA MUHAMMAD….
Cuba kita bayangkan andai kita yang memiliki iman yang rapuh ini pun sudah terasa hiba dan sayu mendengar bait2 lagu ini dek kecintaan kita kepada Baginda s.a.w…Mana mungkin para sahabat yang maha besar kecintaan mereka kepada Rasul junjungan ini dapat menahan air mata mereka hanya sekadar nama MUHAMMAD itu meniti di bibri mereka….
Kalau tak salah antara nama2 sahabat agung yang berhijrah ke tempat lain selepas kewafatan Baginda s.a.w. yang pernah aku dengar ceritanya ialah Abdullah Mas’ud r.a..Bagaimana beliau tidak dapat meneruskan kehidupannya di Madinah selepas kewafatan Rasulullah kerana terlalu banyak kenangan beliau bersama Baginda s.a.w. di bumi barakah itu dan sama seperti sahabat2 yang lain..Bukan pula kerana mereka sengaja tidak mahu mentap di bumi Madinah….Kalau tak silap beliau berhijrah ke Pakistan..sebab itulah banyak hadis2 yang diriwayatkan oleh Abdullah Mas’ud diterima dari Pakistan…Ada satu cerita yang diriwayatkan bahawa beliau tak pernah menyebut nama Baginda s.a.w. semsa meriwayatkan hadis…Pada satu ketika semasa sedang meriwayatkan hadis terkeluar pula lafaz nama Baginda s.a.w. tanpa sengaja…lalu bergetarlah seluruh badan beliau..menitis pula air mata beliau dek teringatkan kekasihnya yang terlalu dirindui itu…….
Satu lagi cerita bukti keteguhan cinta para sahabat kepada insan mulia bernama Muhammad ini aku teringat bagaimana kisah Bilal bin Rabah r.a. yang juga telah berhijrah ke tempat lain yang aku terlupa dimana..(kalau antum tau tlg beritahu) Suatu hari beliau pulang ke Madinah dan bertemu dengan sahabat2 yang masih tinggal di Madinah..Ketika sedang menjamu selera di rumah sahabat tersebut masuklah waktu solat..Lalu para sahabat yang berada di situ meminta Bilal untuk melaungkan azan…Mereka terlalu merindui suara beliau…Namun beliau menolak..Ketika masuk pula waktu solat yang seterusnya para sahabat turut menyatakan kemahuan mereka untuk mendengar laungan azan oleh beliau..Untuk kali kedua beliau tetap menolak..Kemudian masuk pula waktu solat yang berikutnya..Para sahabat terus mendesak lalu beliau tidak berdaya menolak permintaan mereka untuk kali ketiga..Lalu beliau bersedia untuk melaungkan azan..
Tatkala bergema sahaja suara Bilal r.a. melaungkan azan, seluruh bandar menjadi senyap-sunyi..Mungkin tidak dapat kita bayangkan bagaimana keadaan ketika itu..Ketika itu mereka merasakan seperti Nabi masih hidup dek kerana suasana dan bunyi laungan azan itu sama ketika masih adanya Rasulullah s.a.w..Keadaan bumi Madinah menjadi terkedu seketika..Namun apabila sampai lafaz Syahadah kepada Nabi..Bilal r.a. tidak dapat meneruskan laungan azan..Pada lafaz Anna itu beliau sudah terhenti…Tidak mampu beliau melafazkan kalimah MUHAMMAD di bumi barakah itu..Maka dikhabarkan ketika itu seluruh bandar Madinah berlinangan air mata….Semua mereka benar2 merindui Muhammad s.a.w…ALLAH……….Menurut riwayat lagi Bilal tetap menjalankan tugas sebagai muazzin di tempat beliau berhijrah selepas kewafatan Baginda s.a.w..Cuma beliau tidak dapat melaungkan azan di Madinah…
Lihatlah betapa kehebatan rasa cinta dan rindu para sahabat kepada Rasulullah s.a.w. terlalu besar untuk dibandingkan dengan kita hari ini..Bahkan kebanyakan kita pada hari ini hanya sekadar lafaz cinta dan sayang tanpa ada apa2 erti…Sungguh sukar untuk kita menjadikan Sunnah sebagai amalan hidup kita..Ya ALLAH!! Berikanlah hidayah kepada ku dan kaumku…Amin…
Sahabat yang dimuliakan…Aku menulis untuk mengajak diriku dan antum semua untuk sama2 muhasabah diri sejauh mana rasa cinta kita kepada Rasulullah dan bagaimana pula rasa cinta kita itu membawa kita kepada amalan sunnah…InsyaAllah..Sama2 lah kita meneguhkan rasa cinta kita kepada Baginda s.a.w. dengan mengamalkan sunnahnya…Elakkanlah pertelingkahan dalam perkara khilaf yang menjadi punca kehancuran umat akhir zaman ini…InsyaAllah
p/s; aku mohon andai ada fakta mahupun jalan cerita yang aku sampaikan ini bercanggah dgn pengetahuan antum supaya antum suarakan…aku pun insan dan insan itu berasal daripada nasia yang bermaksud lupa.…