Friday, March 23, 2012

P(ciK tuduNG LabuH U cik JubaH)

Bismilah..

saat ku mula menghempas batang tubuh ke atas kerusi keras di sebelah LH..sahabat ku mula bersuara..


"skang ni ramai pompuan pakai tudung labuh ngan jubah sbb fesyen jer..bkn sbb nak tutup aurat sangat pun..dah la jubah stail sendat..haihh...bkn kat cni je..kat matrik lain pun same gak"


dari segi pengamatan aku..isu hidup terikut2 dengan fesyen bukanlah suatu perkara yang perlu di beri satu penekanan dan dibincangkan dengan hebat..jenuh laaa nak mencarik dalil sat g ble kne bidas...yang penting fesyen apa yang menjadi ikutan...adakah berlandas syariat atau sekadar buat2 lepas syarat...ke suke yang sendat2??

sekadar satu perkongsian atas pengalaman..aku melihat suatu perubahan dalam diri bisa saja berlaku atas bermacam sebab...bi'ah (suasana) , kawan2, keluarga, masyarakat, ustaz ustazah, atau yang lebih sinonim dengan remaja sekarang berubah kerana orang yang dicintai a.k.a. buah hearty... kehkehhh...
syezly aku rasa kita yang dah nampak perubahan yang berlaku sama ada dalam diri kita sendiri mahupun sahabat2 yang disayangi..tak ada keperluan untuk kita korek apakah yang menjadi kick-start perubahan tersebut... yang pertama sujud syukur atas hijrah yang telah terlaksana...yang kedua sekuatnya mohon kepada Yang Memberi izin kita melihat perubahan agar istiqamah dalam kebaikan..yang ketiga terus berikan sokongan dan dokongan buat mereka yang baru dan yang ingin berhijrah...

["hang ni klu dok brubah sbb mamat tuh ape hang dapat??? dah hilang pahala sbb dah tak ikhlas"..eeehhhhh agak2 klu dy cakap dpn aku dapat gak sepuk skali aku bagi]

~bila persoalan seumpama ini yang kita tujukan pada silap2 elok dia pakai sopan tutup aurat hilang terus tudung atas kepala...haaa HANG TANGGUNG LAH DOSA DIA SKALI!!~

sahabat2 yang dimuliakan..

kalau pun seseorang itu berhijrah kerana perkara dunia..tak bererti dia akan selamanya beramal kerana dunia...
aku masih ingat kisah seorang pemuda yang pada asalnya tiadalah apa sangat tiba2 menjadi kaki masjid..tujuan asal dia hanya sekadar mahu menambat hati anak gadis tok imam..di pendekkan cerita lelaki tersebut tak dapat pun anak tok imam tersebut...tapi akibat istiqamah dalam berjemaah di masjid membuatkan dia terus beramal...senang nak bagi korg paham kreny mamat uhh dahh mula cintakan masjid n tak pk pun dah pasal niat asal dy nk dapatkn awek tuhh laaa...
saksikanlah betapa it doesnt metter what make you start..the important is what did you get after doing such good thing frequently..

jujur aku katakan kepada sang hawa berjubah bertudung labuh.... KAMU SEMUA INDAH....ciptaan ILAHI yang sangat hebat!! tapi MESTI diingati bahawa yang tertutup buat masa ini adalah perhiasan luaran mu....justeru perkayakanlah diri dengan ilmu sebagai perisai dan tiang yang mampu menegakkan dirimu agar tidak perlu kau goyah tika berdiri megah..terus menggali khazanah diri dan simpan di dalam peti.semoga hanya yang berhak akan bisa memiliki....pelihara pandangan mu kerana itu suruhan DIA Yang Satu....jaga ikhtilat mu agar kau dapat memiliki si pencinta yang sejati...
buat si jubah sendat...sedarlah bahawa kau sendiri tahu perkara tersebut H.A.R.A.M...tiada lagi masa untuk kau berdolak-dalih "mungkin esok hari terakhir aku nak merasa jubah sendat ni pakai pegi kelas"... alahai  belum pun berkahwin kau sudah tidak menunjukkan rasa hormat kepada suami mu...muhasabah lah diri bersama...semoga tidak terus tertipu dengan godaan nafsu dan syaitan...

"sesungguhnya dunia ini perhiasan dan wanita solehah itu adalah sebaik-baik perhiasan"

wallahu a'lam...

~islah nafsak wadh'u ghairak~


5 comments:

  1. Perasan jugak perkara ni dah jadi trend.Sebenarnye ana rasa,diorg ni dah sedar atau perasan,yang berjubah itu cantik,menyejukkan mata,tapi mungkin mereka ni masih dikaburi nafsu dan jahiliyyah yg bersarang dalam diri.Tu yang terjadi stail jubah sendat.mungkin.itu pendapat ana.tapi ana sokong usaha adakan entri mcm ni.sbb,
    apabila seungkap kata-kata berjaya membawa perubahan diri seseorang,Allah dah sediakan ganjaran besar.

    Rasulullah S.A.W pernah bersabda kpd S.Ali; "Apabila Allah memberi Hidayah kepada seorang manusia keranamu,maka(ganjarannya) lebih baik bagimu daripada(memiliki)unta merah."(HR Bukhari&Muslim).

    Nice post.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cn u plis elaborate what is da meanin of unta merah??
      btw thanx 4 da inspiring comment...ap pn ana sekadar melihat drpd kaca mata sendiri...tlalu jahil utk menghukum..tp tegas dalam agama itu perlu...wallahua'lam =)

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. topik perbincangan yg tidak kurang pentingnya .. perkara2 seperti ini perlu ada yang nampak, sedar dan seterusnya tegur. Mungkin bagi sesetengah pihak, perkara ini leceh,

    "sudah tutup auratkan ? ok what ? jubah lagi tu .. "

    Mentaliti begini yang wajar dikikis. Sedihnya apabila ada yang merasa begini. Namun realiti memang pahit untuk ditelan, inilah penyakit ummat kini. Islam hanya atas kad biru. Anyhow, in my opinion mereka2 yg npk bahawa berjubah ini sebagai sesuatu yg menyejukkan mata wajarlah kita sokong, bukannya agar terus menerus nawaitunya sekadar untuk berfesyen, namun sedikit sebanyak kaum adam hari ini bisa bernafas lebih tenang dengan adanya budaya berjubah ini. Dalam masa yg sama, jangan putus berdoa agar kita semua diberi hidayahNya untuk berubah kearah yang lebih baik. =)

    Sememangnya "kamu" wahai penyeri dunia merupakan ciptaanNya yang terindah. Anugerah hebat dari Ilahi. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah..addua' silahul mu'min =)

      Delete

entry sudah habis dibace,
ate komen lah ye!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...