Wednesday, July 11, 2012

nah!! ambik kau KASIH SAYANG AKU!!

Bismillah...
selawat dan salam atas kekasih agung Muhammad S.A.W..

insyaAllah malam yang dah gelap ni..ok dah pagi aku menggagahkan jemari memerah sedikit ilmu yang dianugerah Allah kepada aku sebagai perkongsian untuk sahabat-sahabat yang setia membaca celoteh jiwa sama ada secara terang mahupun senyap "silent follower"

semalam dengan rahmat Kekasih sejati yang tak pernah berkira untuk menyebarkan cintaNya telah menjemput sekumpulan umat sekitar ipoh untuk mendengar ceramah IM Asyraf di Masjid Sultan Azlan Shah,Ipoh.  alhamdulillah Allah pilih hamba yang hina ini untuk menjadi tetamu di rumahNya yang mulia..lalu apa yang mampu aku lakukan sebagai salah satu tanda syukurku ialah dengan terus menyebarkan CintaNya kepada sekalian umat Muhammad S.A.W.

untuk malam aku hanya akan kupas sebahagian daripada apa yang IM Asyraf telah sampaikan sebagai muqaddimah..Beliau berbicara mengenai sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah kepada manusia...

jangan kita sangka bahawa bukti Allah sayang kita dengan Dia memberi segala kegembiraan dan keinginan kita di dunia...Allah bagi kita sihat..Allah bagi kita makanan sedap-sedap..Allah bagi kita kereta yang boleh tahan la mewahnya...itu bukti Allah sayang kita??  hahaa....let's think for a while...adakah kita akan mengatakan bahawa Allah juga memberi kasih sayang kepada yang mensyirikkanNya?? yang mendustakanNya?? yang menentang agamaNya?? hello..materi Yahudi jauh lebih hebat daripada apa yang kita ada..sangat sihat berbanding kita...
Ini adalah sifat Ar-Rahman Allah...betapa pemurahnya Allah sanggup memberikan macam-macam kenikmatan kepada kita..termasuklah yang kufar...

tapi khas untuk yang beriman..Allah menyebarkan sifat Ar-RahimNya dengan membuat hati manusia menjadi patuh kepada arahanNya dan meninggalkan laranganNya...
seingat aku...pernah terdengar andai Allah sayang kepada hambaNya..Allah akan pastikan setiap makhluk menyayanginya ...(maaf tak ingat sumber yang tepat..kalau tak silap ianya hadis)
lalu IM Asyraf memberi contoh kasih sayang Allah telahpun dirasa setiap yang hadir dalam majlis semalam...Allah pilih hamba-hamba yang tertentu untuk duduk bersama menadah ilmu..

"apabila Allah mahukan kebaikan kepada hambaNya.Allah akan memberi kefahaman agama"

then beliau memberi contoh yang sangat cantik..tak semua yang berada dalam majlis tersebut datang dengan kerelaan sendiri...ada yang dipaksa..ada yang terpaksa..mungkin ada yang tidak merancang untuk duduk mendengar ceramah beliau..tetapi Allah pancitkan tayar motosikalnya berhampiran masjid tersebut..nak tak nak terpaksalah hamba tersebut berada dalam majlis...hahaa...Allah nak bagi kasih sayang pun boleh paksa kita terima...SubhanaAllah...hebatnya Allah...

bahkan Allah mampu memaksa hambaNya untuk menerima kasih sayangNya dengan membuatkan seorang yang semakin hanyut dengan dunia kembali menadah tangan menagih simpati Tuhan dengan menurunkan bala  yang sesuai kepada hamba tersebut...

sebagai penutup, aku kongsikan apa yang diperkatakan IM Asyraf tentang menghadiri masjid dan majlis agama...
nak tunggu ada motor laju sikit baru nak pergi masjid? nanti yang jalan kaki sampai dulu..
nak tunggu gaut sembuh?? nanti yang tak ada kaki sampai dulu..
....maap yang ni tak sempat salin sebab khusyu' mendengar sambil ketawa...

dari segi "matan"nya apa yang aku sampaikan memang tak sama dengan apa yang IM Asyraf sampaikan...tapi mesejnya InsyaAllah sama...

p/s: siang tadi ada sahabat lalu depan rumah aku elok-elok aku nak bukak pagar masuk rumah
"cantik LC baru!"
terlintas di hatiku...kalau ada superbike pun tak boleh nak bawak diri pergi masjid baik campak lombong!!
nauzubillah 

~ISLAH NAFSAK WADH'U GHAIRAK~

4 comments:

  1. Ic yg cantik tu gunakan sebaiknya.. =P
    dgn sifat RahimNya ko sampai gak ke masjid tu waIaupun first2 ko ckp xnk kan.(waktu nak ke utp)

    aku yg beria2 nak pegi x berkesempatan. maybe next time.

    apa2 pun, sebenarnya kita kene stady n berguru Iagi tntg sifat/nama2 AIIah ni. yg paIing aku tertarik n pernah dgr adaIah sifat aI-Iatif.

    e.g by penceramah: siapa yg mengajar anak ayam yg daIam teIur tu ntuk memecahkan kuIit teIur apabiIa sampai waktu ntuk menetas ?
    siapa yg mengajar bayi dIm perut ibu ntuk menendang ?
    siapa Iagi kaIau bukan AIIah. sekian. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah...ilmu maarifatullah utk mendekatkan diri pd Nya...
      ayuh cari...sape nak Allah mesti bagi punya...yg penting kte yakin dengan Allah

      Delete
  2. sangat bagus perkongsian ni. Allah mahu mendidik kita dengan pelbagai cara. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. krn Dia lebih memahami ap keperluan kte drpd diri kte sendiri,,,,makhluk kerdil

      Delete

entry sudah habis dibace,
ate komen lah ye!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...