Sunday, July 29, 2012

ni CinCiN pertunanGan ke ?..

Bismillah...
selawat dan salam atas baginda Muhammad SAW penyebar rahmat dan kasih sayang ke seluruh alam...dan dengan berkat cintanya kepada umat tercinta membawa kepada pembentukan individu muslim (fardu muslim) , keluarga muslim (baitul muslim) ehemm... dan peringkat2 seterusnya..

aduhh...Ramadan sudah berlalu 10 hari...entry yang lalu aku "revert to draft" dek kekecewaan terhadap diri dan keadaan umat...
aku seakan terlupa sahabat2 muslim ku di Malaysia ini ada yang terasa ingin menjadi hamba Allah hanya pada bulan Ramadan..dan ada yang lebih teruk menjadi hamba Allah hanya pada awal Ramadan...Nauzubillah..

ayuh beralih kepada tajuk yang aku ingin bawakan pada kali ini...dah lama peram idea ni dalam ooootaaakk.hurhur
Cincin??
mesti dalam kepala sahabat2 semua ada perkahwinan dan pertunangan...haaa takpe2...mengaku sudah...tak perlu nak berdalih...hehe..

dua kisah realiti dalam hidup aku sendiri..

kisah 1 ketika di matrikulasi..
seorang sahabatku (muslimat) mengenakan cincin di jari manisnya..kawan sekelasnya (muslimin), Min (bukan nama sebenar) bertanya kepada ku...
"ehh Muizz, Miera (bukan nama sebenar) tu dah bertunang ke?? dia pakai cincin laa"
dengan selamba aku jawab..
"tanya la dia sendiri..mana la aku tau dia dah bertunang ke belum"

beberapa hari kemudian.......
Min bertanya kepada aku
"ehh muizz..aku dah tanya dia cakap mana ada dia bertunang...hahaaa"
aku tak ingat aku jawab apa =P

.....................................................................................
kisah 2 ketika di sebuah perkhemahan,
Miq (bukan nama sebenar) terlihatkan cincin di  jari manisku...
pantas sekali persoalan berkenaan cincin terpacul dari mulut riuhnya
"Muizz!! dah bertunang ke??
macam biasa aku dengan muka tenang (yeke??)
"hahaa...mana ada...ini bukan cincin tunang syeikh.."

......................................................................................
Sahabat2 yang dirahmati Allah sekalian...
mungkinkah ada dalam kalangan kita mengingati bahawa pemakaian Cincin adalah salah satu Sunnah Berpakaian yang diperkenalkan baginda SAW..

untuk penambahan aku mahu berkongsi beberapa perkara tambahan...ramai daripada kalangan umat Islam hari ini pakai cincin ikut suka hati...haha agak2 bro!! agama Islam adalah agama yang syumul...melengkapi setiap aspek meskipun yang kecil...jadi ayuh belajar!! seronok!

ada yang suka2 pakai cincin di jari hantu...ada pula di jari telunjuk (jarang2)...

sekadar ilmu cetekku..untuk lelaki hanya 2 jari yang dibenarkan untuk memakai cincin...


  1. jari manis
  2. jari kelingking
Untuk jari manis..Rasulullah sendiri memakai cincin pada jari manis kedua-dua belah tangannya...satu sebagai cap mohor rasmi dan satu lagi yang peribadi...

Untuk jari kelingking pula Cucu baginda SAW yang memakai cincin di jari tersebut...jadi tiada masalah untuk kita pakai cincin di jari ini...

adapun untuk muslimat aku terbaca ada yang menyatakan syarat ini termasuk untuk antunna...ada juga yang menyatakan muslimat tidak termasuk dalam syarat tersebut kerena untuk perhiasan diri..
Wallahu A'lam...
apabila ada ulama berselisih...ambillah jalan keluar yang paling selamat iaitu mengikut syarat tersebut...

apa2 pun untuk kali ini aku sebenarnya nak mengajak sahabat2 bersunnah ...JoM!!
kita berhias pun dapat pahala...SERONOKNYA SUNNAH!!
hahaa...ade ke dalam agama lain pakai cincin pun dapat pahala??
tak pernah tahu sebab tak pernah tanya...hehe

ok...sebelum penutup aku nak menyampaikan apa yang aku dapat daripada :
30 MINIT USTAZ DON
ustaz don ada menyampaikan sebuah Hadis (kalau tak silap aku) yang menyatakan bahawa Allah akan menerima solat sesiapa yang melaksanakan sunnah dalam solatnya...

sebagai penutup aku mahu menyeru sebelum berakhirnya bulan yang mulia ini...
ayuhlah kita hidupkan sunnah2 baginda...

1 fardu = 70 pahala fardu pada bulan lain
1 sunnah = 1 pahala fardu pada bulan lain...

betapa spesial nya RAMADAN....Rabbana Taqabbal Minna...aminn 
wallahu a'lam

~islah nafsak wad'u ghairak~

5 comments:

  1. "ehem3 .. bertunang x bagi tau ye syeikh ... " =_=

    mmg org bertunang je boleh pakai cincin. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. erhhh...spe la yg btunang x bgtau tuhh...hehhh

      stetmen gitu hny org2 yg pk 2 kali je phmmmm...ak bc skali pn pk laen......"mmg org btunang je bole pakai cincin"

      Delete
  2. Replies
    1. sori sy x edit power2 lg ye sdare razin...so ni like button...
      bole like d post sy je =P

      Delete
  3. Assalamu'alaikum akhi font apa kah yg terdapat di gambar di blog anda ?? maksud ana yang ni ( http://1.bp.blogspot.com/-SECkS-JTJ_0/UBVw4MPI7qI/AAAAAAAAAHE/8qEoJ8uVBGw/s1600/Salam-Ramadhan-1432-Hijrah.jpg )

    ReplyDelete

entry sudah habis dibace,
ate komen lah ye!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...