Sunday, March 24, 2013

just 20, or already 20 ??


Bismillah..
Setinggi puji buat Allah, hanya sa nya Inayah dan Hidayah milik-Nya selamanya..
Selawat dan Salam buat pencetus perjuangan Islam, Nabiyuna Muhammad (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ)
ahbabana fil Islam,

Alhamdulillah,
semalam genap umur sahabatku mengecap 20 tahun hidup dengan rahmat Allah..Moga Allah melindungimu di mana sahaja kau berada Amirul Annuar! =)

aku bila? insyaAllah tak lama lagi..tapi kalau ikut hijri dah 20++ pun..bukanlah isu berapa umur kita yang ingin saya persoalkan..tetapi apakah yang sepatutnya kita isi dalam usia menjangkau 20-an ini..

ikhwati fil Islam,
bukan pula saya seorang yang terbaik untuk bicara mengenai isu ini..namun moga catatan ini menjadi pedoman dan 'kick start' buat saya dan sahabat-sahabat untuk melangkah maju demi Islam!
secara majoritinya kita semua sedang menghadapi umur 20 sebagai pelajar. lebih sesuai untuk saya katakan mahasiswa. apa makna mahasiswa?  "panggilan untuk orang yang sedang menjalani pendidikan tinggi di sebuah universitas atau perguruan tinggi" cik Wiki punya jawapan..
jawapan aku? kelompok manusia yang mempunyai intelektualan tahap tertinggi..

ayuh kembali kita cermin diri..dalam umur ini bagaimana kita menghiasi hidup kita? masih bersifat keanak-anakan? masih mahu bercanda bila mengusahakan pekerjaan yang serius? masih hidup dalam dunia kartun hingga terzahir ke dalam kehidupan? masih belum mengerti apa itu adab dan hormat? seperti kanak-kanak tadika yang semakin bising bila disuruh diam oleh cikgu? APAKAH DIRASA TERLALU MUDA UNTUK CAKNA SOAL KEHIDUPAN DUNIA DAN AKHIRAT ?
tepuk dada tanya iman..

ada golongan yang cuba bersuara,"saya baru 20, muda lagi kot! ". "lek luuu...malam masih muda".
aiwahh..lupakah kalian "pamuda harapan banga, pemudi tiang negara" ???
"jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah kepada anak mudanya", Dr Yusuf Qardawi..
apakah cendekiawan ini meletakkan harapan negara pada golongan yang hanya ingin libur sepanjang usia mudanya? apakah cendekiawan ini tidak memandang serius soal pembinaan negara?
semestinya tidak. bahkan mereka menyatakan perkara yang hakikat! hakikatnya masa depan negara itu terletak kepada anak muda hari ini.

"bagi la saya can nak lepak, muda lagi kot". Allahurabbi..
ayuh kita imbau sejarah pejuang zaman lampau.Usamah Zaid ditugaskan oleh Rasulullah (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) memimpin Hizbullah menentang Rom ketika umur 18. Al-Fateh merupakan gelaran yang diberikan kepada seorang manusia yang menggunakan usia mudanya menggegar Konstantinopel dengan syiar Syahadah. dialah Sultan Muhammad, memimpin Turki dalam lingkungan usia 20-an. Imam Asy-Syafie diberikan amanah untuk mengeluarkan fatwa ketika umur 15.
Allah..mengapa dalam lingkungan usia yang 'terlalu muda' mereka sudah berjaya memikul tanggungjawab yang begitu besar?? secara ringkas boleh saya katakan mereka ini golongan yang SERIUS dan IKHLAS dalam melaksanakan amanah.

"mereka sudah hebat dari sudut iman. kami lemah"..
saya ni hebat sangat kah nak sampaikan seruan ini ?? ohh jauh panggang dari api. bagai langit dan bumi. tidak lah saya katakan kita perlu hebat seperti mereka untuk menggalas tanggungjawab dan amanah menjadi anak muda Islam. namun sampai bila kita mahu tunggu diri menjadi hebat seperti mereka?
Islam tidak menuntut kesempurnaan diri untuk menjadi anak muda Islam. Islam menuntut islah dan muhasabah.. moga dengan menyahut perjuangan Islam menjadikan kita memperoleh iman sekental mereka. Amin..

Ikhwati fil Islam,
ayuh kita kembali kepada sejarah baru, anak muda Islam yang serius dalam hidup mereka. Dr. Burhanuddin al-Helmy anak kelahiran Changkat Tualang, Perak merupakan seorang pejuang kemerdekaan ketika zaman mudanya. Beliau juga berperanan besar dalam mengembangkan dakwah Islam di Malaysia ini.
Anwar Ibrahim? ayuh kita lihat dari sudut perjuangannya ketika masih bergelar mahasiswa. ketika beliau masih menuntut di UM, beliau banyak berjuang demi rakyat. sebagai contoh isu kemiskinan di Baling. beliau berjaya membuka mata pihak kerajaan. Dasar Ekonomi Baru ini hasil perjuangan ANAK MUDA!

duhai anak muda!
mengapa tika muda? bukankan tika ini fikiran kita masih belum disibukkan dengan tanggungjawab anak bini?
bukankah tika ini tahap intelektual dan kecergasan fizikal kita di tahap tertinggi? bukankan saat ini darah mudah kita memangkin semangat untuk menggalas tanggungjawab perjuangan Islam?
perlukah saya jawabkan untuk anda?
ataukah saya perlu memberikan penerangan agar tiada alasan-alasan yang tempang dikemukakan?
tepuk dada tanya iman..

"saya nak belajar!"
ohh alasan ini..apakah pejuang-pejuang agama ini lemah dari sudut pelajarannya?
apakah dia lemah kerana berjuang?

Ikhwati fil Islam,
Islamisasi sedang giat diusahakan. Qasidah yang dulu tidak diketahui kini menjadi demam buat rakyat Malaysia. kesedaran untuk kembali kepada fitrah semakin menular. kuliah pengajian kitab semakin sesak. jemaah solat 5 waktu semakin bertambah. apakah kita sekadar mahu duduk senang dan lihat? tidakkah kita teringin masuk syurga kerana menyambung rantai perjuangan Baginda (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) ?
dunia hari ini perlukan jiwa muda yang faham Islam untuk berjuang. maafkan saya.. Islam tak perlukan kita. tapi kita yang perlukan Islam.. Jadi kita perlu berjuang untuk mendapatkan Islam! Islam perlu memerintah dunia agar kita dapat merasa kehidupan Islam diamalkan ! ayuh persiapkan diri..berjuanglah!

~islah nafsak wad'u ghairak~

No comments:

Post a Comment

entry sudah habis dibace,
ate komen lah ye!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...