Saturday, October 19, 2013

Kembara Sufi Sang Musafir Haraki, Jihad Nafsi !


Perjalanan hari ini saya bersama empat sahabat bergerak untuk pulang ke kampus tercinta. Setelah selesai menunai hajat di hati bermusafir ke Terengganu untuk bertemu dengan rakan seperjuangan yang terpaksa menangguh pelajaran setelah diuji Allah berlanggar motosikalnya dengan kereta milik hamba Allah yang lain.
Serta hasrat yang sekian lama dipendam hari ini dengan rahmat Allah ditemukan dengan insan yang disayangi jutaan manusia. Tuan Guru Ayah Chik.

Maaf bukan kali ini saya ingin berkongsi pengalaman tetapi lebih kepada gerak otak sepanjang perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu.
Sejak sebelum solat Jumaat saya disapa oleh seorang sahabat dalam "WhatsApp" saya. Mengutarakan soal pernikahan atau ringkasnya BM (Bait Al-Muslim). Perbincangan berlanjutan sehingga saya sampai di Kota Bharu. Apa yang paling menarik, saya juga belum mnghadapi perihal BM. Masih belajar secara teori dek kekangan bermacam dalam memenuhi kehendak jiwa yang sering menjerit.

Ikhwati fillah,
saya bukan yang terbaik dalam memberikan nasihat, akan tetapi kerap juga Allah menghantar sahabat-sahabat yang meminta nasihat dari saya. sedangkan saya sendiri masih ketagih nasihat dan ilmu.
kisah diringkaskan apabila sahabat ku menceritakan dia dilamar oleh seorang sahabat ku sendiri. dan diringkaskan lagi dia sedang dalam dilema untuk memilih antara 2 orang calon yang terbaik. bahkan sehingga detik ini masih belum ada kekuatan hati untuk memilih...keduanya baik dan membawa kebaikan. tidak mahu saya menceritakan secara terperinci tentang perihal gelora iman dan cintanya. cuma saya akan cuba mengupas isu yang saya lihatkan sebagai utama dalam kehidupan..

duhai para pemuda. sudah diingatkan oleh baginda Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam supaya berkahwin ketika usia muda untuk mengelakkan fitnah!

" Wahai pemuda barangsiapa antara kamu yang telah sanggup untuk bernikah maka hendaklah dia bernikah. Dan kerana dengan bernikah itu akan menundukkan pandangan (mata) dan menyelamatkan kemaluan. Dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu merupakan benteng"
(Riwayat Bukhari)
dalam keadaan dunia penih fitnah hari ini nyata bukan satu perkara yang mudah buat anak muda bertahan dengan secebis iman. buka sahaja mata pasti ada fitnah buatnya. lalu saya sendiri selaku anak muda sangat gembira saat melihat semakin ramai rakan sebaya serta adik-adik junior telah selamat diijabkabulkan. 2 jiwa telah berjaya diselamatkan daripada fitnah!
namun begitu ingin saya nasihatkan kepada yang dalam dilema supaya tidak tergesa-gesa membuat pilihan dan tidak pula terlalu takut sehingga pilihan tidak dibuat.
"Jangan takut untuk melangkah kerana Allah telah menetapkan hadapanmu.
jangan risau yang dibelakang kerana ia adalah sejarah yang hanya mampu menjadi iktibar"


terngiang dalam kepala saya saat memikirkan perihal sahabat saya ini akan pesan ibu setiap kali saya menyatakan hasrat untuk memilih sesuatu perkara atau melakukan sesuatu. sebagai contoh yang paling hampir ibu saya sedikit gusar saat saya memohon restu untuk bermusafir berkelana tika seluruh masyarakat lain merayakan Hari Raya Aidil Adha. namun bila saya nyatakan apa yang ada dalam kepala saya lantas bonda menjawab. "buatlah apa pun yang dirasakan baik. Mintalah supaya Allah menunjukkan yang terbaik!"
itulah antara jawapan yang kerap kali membuatkan saya mantap hati dalam membuat sesuatu pilihan! bahkan saya yakin saat bencana datang tika menapak langkah. pasti itu ujian Allah tanda kasih-Nya pada saya dan itulah "sekolah kehidupan" !
duhai sahabat! jangan biar masalah yang menimpa kau biar sehingga ia menimbun. masalah akan tetap datang meskipun engkau tidak mahu memandangnya. dan masalah yang melaut. dan akhirnya berpotensi menenggelamkanmu sehingga kamu kelemasan!


akhir buat kali ini, maafkan diri dek tidak tersusun dengan baik perkara yang disampaikan..kepala tidak dapat bekerja dengan baik dek keletihan bermusafir pada hari ini. esok akan disambung lagi. semoga selamat sampai. amin =)

~islah nafsak wad'u ghairak~

No comments:

Post a Comment

entry sudah habis dibace,
ate komen lah ye!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...