Thursday, February 16, 2012

terus BerhijraH

Bismillahi Allahu Akbar...
Assalamualaikum buat sahabat2 yang dirindui...izinkan diri memohan maaf..jarang sekali aku dpt post kt blog nieh...maklumlah bnyk je alasan berbagai...apa2 pun trima kaseyh buat sahabat2 yg trus setia menatap blog ku ini...dan x lupa kpd2 follower2 yg baru thanx a lot...aku mengharapkan agar sahabat2 dapatlah kiranya  meninggalkan pesanan atau apa2 komen untuk post aku...



Untuk kali ini ingin sekali aku berkongsi tentang kisah hijrah beberapa insan yang muncul dalam catatan hidupku...

Baru-baru ini dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Al-Maghfirah dan Unit pendidikan Islam Kolej Matrikulasi, kami telah menjemput Ustaz Akhil Abdul Hayy Rawa..
Seperti yang diketahui umum beliau telah menjadi salah satu contoh terbaik buat insan2 yang dalam kegelapan untuk kembali mencari CAHAYA ILAHI insyaAllah...tiada apa yang mustahil..yang penting jangan pandang perkara yang lalu dalam bentuk yang negatif semata..


Aku salah seorang yang menjadi tulang belakang dalam pembikinan montaj pada Malam Motivasi dan Apresiasi Iman bersama Ustaz Akhil Hayy bersama saudara Faiz Othman..
dalam montaj tersebut kami menceritakan sedikit latar belakang Ustaz..
Beliau merupakan anak kelahiran Gopeng yang dahulunya hidup bergelumang dengan dosa..arak menjadi minumannya...kejahatan beliau pada masa itu menyebabkan beliau digelar "jalang Jantan"....Beliau pernah menyertai beberapa kumpulan rock tanah air...antara kumpulan tersebut ialah D'Riyadh...




beberapa siri kegagalan dalam hidupnya membawa beliau kembali ke kampung halaman dan mula menjadi ahli masjid dan gemar menghadiri kuliah-kuliah agama...beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk belajar di Madrasah Al-mustaufiwiyah, Sumatera Barat, Indonesia...Alhamdulillah saat kembalinya beliau ke tanah air banayk sekali sumbangan yang ditaburkan kepada anak bangsanya...
Kelebihan memiliki suara yang lunak membuatkan aku sering berasa kagum dengan penyampaian ceramah dan tazkirah beliau...Sebenarnya ini kali kedua aku menyaksikan batang tubuh kurus beliau dengan mata kepala ku sendiri...
tiada siapa mampu menghuraikan kenapa agaknya tiba2 aku teresak dan menangis kuat selepas sahaja beliau sampai dan masuk ke dalam dewan untuk melakukan "sound check" sebelum majlis berlangsung....
mungkin ada aura dalam jiwanya yang berjaya menyentuh hati ku pada ketika itu...
alangkah indahnya andai aura itu dapat aku hayati apakah sebenar maksudnya....



buat sahabat2 yang dikasihi....sefaham aku tiada lah istilah "belum sampai seru" dan sebagainya dalam meniti kasih Ilahi mencari hidayah dan cinta milik Allah yang abadi..
jangan sampai nyawa sudah sampai ke tengkuk baru nak beria2 bertaubat....
syariat agama pasti ada maslahat yang diutamakan...usahlah di persoalkan yang termaktub di dalam Al-Quran...




insyaAllah...untuk cerita insan lain akan kucoretkan pada post yang seterusnya InsyaAllah....

wallahua'lam




~islah nafsak wadh'u ghairak~

Sunday, November 13, 2011

Ini SahaBaT SyuRga KU...

Bismillah...Alhamdulillah..Selawat dan Salam keatas junjungan Muhammad s.a.w kerabatnya dan sahabat2 nya...
sekian lama akhirnya aku diberi kekuatan dan kesempatan untuk blogging lagi stelah hampir bpe bulan tahhh

kali ni izinkan aku berkongsi sedikit kisah mengenai seorang sahabat yang aku temui di KMPk terchenta...

dalam ramai2 sahabat menemui jodoh dengan ku di sini ada beberapa orang yang begitu memberi kesan kepada hidup ku....seorang daripadanya cukup baik dengan ku..tak perlu aku sebut namanya kerna aku fikir mungkin dia akan berasa tak selesa andai namanya tertera disini...cukup sekadar keindahan akhlaknya aku kongsikan semoga dapat dijadikan contoh HUSNUL KHATIMAH insyaAllah...

seingat aku buat kali pertama aku bertemu dengan dia ketika kami berada di masjid...indah akhlaknya..kecil molek orangnya...andai aku seorang wanita pasti dia menjadi lelaki idaman hatiku..tapi kerana Qada Ilahi aku mencintainya sebagai seorang sahabat sampai syurga nanti...amin...

setiap kali dia menemuiku(selalunya kat masjid) pasti seolah dia datang menyerbu kepada ku dan bersalam dan berpelukan dengan ku sambil belaga pipi...ya Allah..jarang sekali ada lelaki yang mengamalkan Sunnah Nabi s.a.w sepeti ini...dan aku sebagai pencinta Sunnah takkan mungkin aku menolak...yang aku tolak ialah godaan syaitan yang berbisik supaya aku merasa segan kerana memikirkan ada sahabat lain yang akan berfikiran negatif dek kecetekan ilmu mereka saat melihat kami melagakan pipi kami dengan penuh mesra....dengan penuh keyakinan aku menyatakan kepada hati ku....inilah peluangku untuk menghidupkan Sunnah dan bi'ah Islami di bumi KMPk yang penuh dengan couple ni...


suatu hari dia menjemput aku ke biliknya untuk melihat hasil seninya menggunakan DSLR kepunyaan abangnya...saat aku masuk menerjah biliknya...SUBHANALLAH....sahabatku ini benar2 melaksanakan Sunnah Kekasih kami Nabi s.a.w..aku lihat dia hanya akan tidur diatas papan katil yang beralaskan sutrah dan tilamnya diletakkan diatas katil lain...ALHAMDULILLAH...masih hidup Sunnah ini rupanya...apa yang lebih menarik tentang sahabatku ini..saat aku mengajaknya pergi lepak2...aku membayangkan kami mungkin akan pergi jenjalan kat TS maen bowling ke tengok muvi ke...sekali aku menanyakan kepadanya kemana kita mahu pergi nanti...dia kata..
                   "sok kte kua jenjalan carik masjid...ade bran?"
dalam kpale aku...ini mamat memang sahabatku dunia sampai syurga lah....AMINNN...
aku cuba bertanya agak2 apa antara aktiviti yang kita akan buat...jawabnya
                   "tahiyatul masjid then kite tadarus.."
SUBHANALLAH...alangkah indahnya andai dapat kutemukan lebih ramai insan sepertinya....pernah ke korang ajak kawan2 korang g lepak dia ajak g lepak2 kat masjid????
wallahu a'lam...aku doakan kita sama2 dapat menemukan insan2 seperti ini terutamanya dalam diri kita sendiri...lebih mudah kita mengubah diri sendiri daripada orang lain insyaAllah...yaAllah...jadikan kami para Syabab yang mencintai Sunnah kekasihMu..amin
insyaAllah cerita sahabat2 lain akan aku ceritakan pada post yang akan datang....terima kasih SAHABAT!!!! ALHAMDULILLAH....

wallahu a'lam
~islah nafsak wadh'u ghairak~

Thursday, August 25, 2011

Raye tu raye jugak...tapi...


Bismillah...Meniti hari-hari terakhir dalam Ramadhan Al-Mubarak, Alhamdulilah sekali lagi Allah mengetuk pintu jiwaku yang tiada henti meronta mengemis hidayah dan taufiqNya...Seolah-olah diminta agar jangan aku menjadi bodoh kerana tidak menyebarkan ilmu yang telah dikurniakan kepadaku..


Surah An-nur dibaca sambil cuba aku mentafsirkan bait-bait suciNya sebaik Subuh aku laksanakan..Lalu teringat aku tentang pesta percampuran jantina antara lelaki dan wanita pada tanggal 1Syawal yang berlaku dulu kini dan sehingga kiamat..Semestinya berkumpul bersama-sama saudara-mara di kampung sudah sinonim dengan sambutan Aidilfitri di Malaysia..Menurut pandangan aku tak lah tahap haram percampuran seperti ini selagi perbatasan syara' tidak dirobek..Tapi bolehlah aku perkatakan betapa bersepahnya perjumpaan haram dek kehadiran mereka-mereka yang tegar memperlihatkan apa yang haram..


Payah toi aku nak menaip dok gune sastera tahap cipan niehh...Haaaa aku taknaklah cerita apa jenis-jenis aktiviti yang mana halal yang mana haram...Cuma aku teringat tentang perbuatan salam bersentuhan tangan dan pertunjukan aurat antara lain jantina..Sehingga ada yang seakan-akan menghalalkan yang haram..Habeh sume sedare-mare kite nak salam....Oiiii sape ngajo nyerr???
Ingin aku ingatkan diri sendiri dan sahabat2 agar menjaga perbatasan syara'..Lalu ingin berkongsi mungkin sahabat2 siapakah yang kite tak prasan pun sebenarnya haram untuk kita sentuh kulitnya..Bukan salam je ye...Sentuh pun HARAM...


(31) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.[An-nur;31]

Ayat ni bgtau kite pasal sape yang boleh tengok aurat kecil kite...ehhh...pompuan je lahh...senang cite aurat yang mcm bile korang pakai baju t-shirt dan sluar panjang laa...yang saiz korang tau...jangan pegi bedal saiz baby plak...Haaa nanti bile tyme kumpul reramai kat kampung jangan le nk bukak tudung sukesuki ati korg je ye...


Takpe lah...Kire yang aku senaraikan lelaki2 dibawah adalah yang haram untuk korang salam + jangan nak gatal bukak tudung depan diorang yerr...:
~ayah* saudara yang bukan adik-beradik ayah n mak korang (ipar mak ayah)
~sepupu2 lelaki* yang dah baligh
~semua lelaki* yang bukan ahli keluarga dan susuan


Untuk lelaki so maknenye korg tuka je lah ayah* n lelaki* di atas kpd ibu n pompuan...(maleh punyer pasal....bhaha)


Mungkin ada yang baru tahu atau mungkin ada yang baru tersedar...Kadang2 ade yang akan kate...."Laaaaa bukan orang lain punnn...sdare sendiri jee nyee yeee punnn...". Ada jugak yang akan kate," salam 2 kaan tanda hormat kita pada yang tua.."
 Agak2 nak jawab ape kat orang macam ni??? Hmmm.. Kalau aku senang cite lah kaan...Sedare 2 sedare jugak...Kalu dah Allah kate haram 2 haram jugak....Tak payah la sebok2 nak tanya kenape2 bagai2...Allah dah meletakkan hukum yang terbaik untuk hambaNya yang tercinta...Lagipun kite ni buat2  tak nampak je ape hikmah pengharamannye...  
Hahhh yang pasal homat2 ni...Cuba korang fikir2...Kalau betul2 hormat maka kita akan fikir...Bila kita sebarkan dosa pada mereka 2 hormatkah namanya???????? Kita membiarkan lelaki kesayangan ibu saudara kita terjun ke lembah neraka 2 hormat kah??? Lagi2 apakah maruah dan dosa kita boleh diganti semata2 nak hormat mereka???? Sama2lah kita fikir2kan...


Mungkin kita tak mampu nak ubah sedara-mara kita yang jumpa pun entah setahun barang sekali mahupun dua...Tapi semampu mungkin batasilah diri dari yang haram...Semoga kita mampu menjadi ejen penyebar dan pelaksana hukum-hukum Allah...Siapa tahu andai Allah sendiri yang menjadikan diri kita sebagai wasilah hidayahNya kepada saudara-saudara kita yang lain....Alangkah indahnya.....Amin..


Akhir kalam, aku memohon ampun dan maaf zahir dan batin ku andai ada khilaf terlaku sesama sahabat-sahabat...andai ada yang terbuku dihati aku merayu agar diampunkan...dan seandai juga tidak dapat dimaafkan maka tuntutlah ia di dunia dan jangan biar aku terseksa di akhirat kelak...Dan aku mohon dikongsi ilmu-ilmu sahabat buat koreksi mahupun penambahan untuk diriku insyaAllah...sambutlah 'aid dengan penuh kesyukuran..'ala kulli hall   KULLU 'AAM WAANTUM BIKHAIR..


(cdiqfile.com)


~islah nafsak wadh'u ghairak~

Friday, August 19, 2011

^rindu padamu^


Bismillah....Sekian lama aku tidak meng'post' entry bukan bermakna aku sudah bosan mahupun ketandusan idea..akan tetapi kesibukan aku meniti dan membentuk kehidupan di kolej matrikulasi perak membuatkan aku terpaksa melupakan seketika hasrat hati untuk mencoret di sini...insyaAllah untuk post tentang PLKN ku akan disambung nanti2....


Alhamdulillah kami pelajar matrikulasi diberi cuti semester bersambung dengan cuti raya...[panjang tuhh!!!]hehe...setelah sekian lama TV Al-Hijrah diperkenalkan hanya beberapa rancangan sahaja yang dapat aku tonton...maklumlah kat matrix jarang sekali aku nak pegi hadap tv kat kafe tuhhh....sebaik aku pulang untuk cuti sem aku terus berangkat ke rumah kakak kesayangan aku di KL..[area ampang]    sampai dalam jam 1 pagi..aku lepak2 + masak nasi + online skejap then tido....


tanpa aku sangka pagi semasa aku sahur Allah kembali mengetuk pintu kerinduanku terhadap kekasiNya Muhammad s.a.w. SubhanaAllah...sempat aku menonton semasa bersahur satu realiti tv yang diberi nama LAW KANA BAINANNA (cite ni dy buat kat arab...negara mne ak xtau)...lebih kurang macam tuh laaa namanya...dan kalau nak suruh aku translate maksudnya seandainya Baginda ada bersama kita...


kalau tak silap aku konsepnya sama dengan realiti tv Cobaan yang ada AKHIL HAYY tuhh...mungkin sbenarnya sahabat2 sendiri pernah tonton kedua-dua mahpun salah satu daripadanya....tapi aku baru nak tengok yang cobaan tuh malam ni kalau ada rezeki..sebenarnya rancangan law kana ini cuba melihat sejauh mana umat Islam mengamalkan syariah dan sunnah Muhammad s.a.w. yang dirindui...


situasi pertama dipertontonkan bagaimana sifat amanah dalam kalangan muslim...seorang wanita (krew) jalan di tepi jalan then dia jatuhkan purse dia (konon-konon terjatuh)...melihat siapa yang amanah akan memulangkan kepadanya dan yang tidak amanah akan mengambil tanpa mencari siapa tuan purse tersebut..majorti daripada 'mangsa' bersifat amanah dengan memulangkan semula kepada wanita tersebut....ada beberapa orang yang tidak amanah buat-buat tak kenal siapakah yang mnjatuhkan purse tersebut..konklusinya semuan 'mangsa' yang amanah mahupun tidak akan dikejar oleh krew2 lain untuk di interview...


"tidak akan berlaku qiamat selagi ada amanah dalam kalangan muslim"
(sebenarnya ini hadith tapi aku tak ingat apa maksud yang tepat dengan matannya)


Allahuakbar!!teringat aku masa aku kehilangan wallet betul2 beberapa hari nak masuk matrix....satu hari aku balik cuti kat rumah ada sampul surat nama aku...rupa-rupanya berisi kad-kad dan IC serta lesen yang ada...walletnya entah...mujur tak ada duit dalam wallet tuhh...


situasi yang kedua pula dipertontonkan bagaimana semangat sunnah yang diamalkan dalam kalangan masyarakat...peraturan baru dibuat siapa yang tak bagi salam semasa masuk dalam lif yang dijaga oleh penjaga lif tersebut akan disuruh keluar dan gunakan tangga...memang ada tertulis jelas kat dalam lif tersebut...dan penjaga lif tuh pun ada menyuruh 'mangsa'2 ini bagi salam...untuk situasi ini memang ramai yang kantoi...membuktikan KITA SEMUA SEBENARNYA MENGABAIKAN SUNNAH RASULULLAH!!!! mungkin sunnah ini dilihat sebagai kecil...maklumlahh..bagi salam je punnnn...tapi itulah yang kita tak buat...berat sangat mulut kita ni nak bagi salam..hahhh yang taip ni punnn same!!!!arghhh!!! dosa banyak...pahala mudah taknak kutip....jangan jadi hamba yang tidak bersyukur!!! 


 وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ ﴿٧
 (Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.    
(Ibrahim;7)


justeru wahai hamba-hamba abdi....marilah kita muhasabah diri..kurangkan ego dihati..terapkan iman yang sejati..hidupkan sunnah Rasul yang dicintai...semata-mata kerana Ilahi...

~islah nafsak wadh'u ghairak~

Monday, May 2, 2011

bukan ini yang diimpikan.....


Bismillahirrahmanirrahim….
Setelah sekian lama aku memendam perasaan serta menunggu hidayahNya untuk menggerakkan jemariku mencoret pengalaman yang begitu berharga dan eksklusif ini sebagai entry kali ini….Hahhh…program Latihan Khidmat Negara a.k.a PLKN..Ada anak muda yang mengharapkan agar mereka terpilih untuk menyertainya dan ada jugayang mahu membina dinding umpama The Great Wall antara diri mereka dengan program ini….

“Mungkin kamu menyukai sesuatu tetapi ia tidak baik untuk dirimu,
dan mungkin kamu tidak menyukai sesuatu tetapi ia baik untukmu”

Pengalaman ini bukanlah yang aku pinta, akan tetapi anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih dan “terpilih” ini…
Belum pun aku menjejakkan kakiku ke Kem PLKN Sinaran Suria, Sungkai aku sudah peroleh pengalaman yang memaksa kotak memoriku untuk merakamnya…Ketika aku berbaris mendaftar di perkarangan  Stadium Sultan Azlan Shah aku dipau oleh seorang gadis yang berbaris di belakangku..”Wehh!! Ade tisu tak?”lebih kurang macam tu lah kot soalan yang dia tanya pada aku…Alahh…aku bukannya kedekut sangat…dipendekkan cerita aku bagi je…(tau2 je minah ni yg aku ade tisu)

Takpe lah…Aku bukan nak buat diari PLKN pun…nak cerita apa yang patut + pengajaran yang aku dapat sepanjang 2minggu aku ber’kem’ kat sana je…
Cuba kita tanya sahabat-sahabat yang dah merasai pengalaman di’basuh’ setiap hari di kem masing-masing…Aku boleh yakin ramai yang akan cakap PLKN ni best…Kalau tanya aku pun aku akan bagi jawapan lebih kurang tu lah jugak….Sebab jujurnya aku cakap antara perkara yang best dalam hidup kita ni pun ialah mendapat kawan..Nak-nak yang berlainan jantina…Tipulah kalau cakap tak best…Tapi memang banyk sebenarnya pengalaman yang best masa program ni..

Mungkin ada sahabat-sahabat yang meniti kehidupan di kem selama hampir 3 bulan dengan hanya ‘mempatungkan’ diri..sentiasa menurut setiap arahan dan perintah tak kiralah daripada setinggi-tinggi jawatan Kem Komanden, Ketua Jurulatih dan sekutu-sekutunya sehinggalah serendah-rendah jawatan Ketua Kompeni dan penolongnya serta sekutu-sekutu mereka tanpa menjadikan akal waras sebagai ‘kitab’ untuk berfikir dan mencari jawapan apakah yang sepatutnya mereka peroleh daripada setiap arahan yang diberikan….

Alhamdulillah ..Walaupun Allah hanya memberikan aku peluang selama dua minggu sahaja untuk mengisi tangki pengalamanku itu sudah cukup memberikan aku ilmu dan pengajaran yang berguna untuk diriku insyaAllah…Buat sahabat-sahabat yang bakal menyertai program ini pada pertengahan bulan ini atau pada masa akan datang…Coretan ini mugkin berguna untuk kalian bersiaga dari segi mental dan spiritual terutamanya…
 
Baiklah..Biar aku mula dengan kehidupan di kamar asrama instead of classroom..Mungkin sesetengah sahabat pernah merasai hidup sebumbung dengan lain-lain kaum..Tapi bagi aku inilah pengalaman pertamaku…perasaan??macam-macam…best memang lah best…tapi bila mengenangkan segalanya…Ada beberapa perkara yang tak kena..maaf bukan aku mahu bersikap perkauman ke apa…sekadar mahu kita semua buka minda dan hati…Bagi aku kaum yang aku sayangi inilah antara yang paling banyak terpengaruh daripada mempengaruhi…

Aku masih ingat perkataan “sohai” antara ‘zikir’ yang diterap dalam bilik aku dan bilik sebelah(kompeni yang sama)… Mungkin tidak begitu kerap..Tetapi perkataan ini yang menjadi penguat ikatan antara kaum dalam bilik aku dan bilik sebelah...Macam lah tak ade perkataan lain!!! Dalam sehari memang banyak lah kalau nak dikira..Alhamdulillah aku mampu mengawal lidahku daripada menjamah perkataan ini….

Sememangnya kerap kali aku tunduk malu dan sedih dengan sikap kita…Kadangkala kita sama berapi bila berbicara yang maksiat…Kadangkala kita sama terkinja untuk konon mencuci mata melihat dibalik tabir zink biru itu(aku tak paham yang dilihat itu sekadar pakaian dalam)…Kadangkala kita bersama sahabat berlainan jantina bersembang lebih mesra berdua atau bertiga…Konon kalau berdua terlalu menonjol…Mana iman kita?? Mungkin terbit di dada sahabat yang lain itu bahawa dalam Islam, ini semua tak salah…Maka agama mereka lebih baik barangkali…Nauzubillahimin zalik…
Bukan tiada perkara baik dalam melayari kehidupan sebumbung dengan mereka…aku masih ingat saat dimana seorang sahabatku mempertikai ‘ulama’nya dek terlalu nyata pembohongan yang dilakukan…


~bersambung~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...