Friday, August 19, 2011

^rindu padamu^


Bismillah....Sekian lama aku tidak meng'post' entry bukan bermakna aku sudah bosan mahupun ketandusan idea..akan tetapi kesibukan aku meniti dan membentuk kehidupan di kolej matrikulasi perak membuatkan aku terpaksa melupakan seketika hasrat hati untuk mencoret di sini...insyaAllah untuk post tentang PLKN ku akan disambung nanti2....


Alhamdulillah kami pelajar matrikulasi diberi cuti semester bersambung dengan cuti raya...[panjang tuhh!!!]hehe...setelah sekian lama TV Al-Hijrah diperkenalkan hanya beberapa rancangan sahaja yang dapat aku tonton...maklumlah kat matrix jarang sekali aku nak pegi hadap tv kat kafe tuhhh....sebaik aku pulang untuk cuti sem aku terus berangkat ke rumah kakak kesayangan aku di KL..[area ampang]    sampai dalam jam 1 pagi..aku lepak2 + masak nasi + online skejap then tido....


tanpa aku sangka pagi semasa aku sahur Allah kembali mengetuk pintu kerinduanku terhadap kekasiNya Muhammad s.a.w. SubhanaAllah...sempat aku menonton semasa bersahur satu realiti tv yang diberi nama LAW KANA BAINANNA (cite ni dy buat kat arab...negara mne ak xtau)...lebih kurang macam tuh laaa namanya...dan kalau nak suruh aku translate maksudnya seandainya Baginda ada bersama kita...


kalau tak silap aku konsepnya sama dengan realiti tv Cobaan yang ada AKHIL HAYY tuhh...mungkin sbenarnya sahabat2 sendiri pernah tonton kedua-dua mahpun salah satu daripadanya....tapi aku baru nak tengok yang cobaan tuh malam ni kalau ada rezeki..sebenarnya rancangan law kana ini cuba melihat sejauh mana umat Islam mengamalkan syariah dan sunnah Muhammad s.a.w. yang dirindui...


situasi pertama dipertontonkan bagaimana sifat amanah dalam kalangan muslim...seorang wanita (krew) jalan di tepi jalan then dia jatuhkan purse dia (konon-konon terjatuh)...melihat siapa yang amanah akan memulangkan kepadanya dan yang tidak amanah akan mengambil tanpa mencari siapa tuan purse tersebut..majorti daripada 'mangsa' bersifat amanah dengan memulangkan semula kepada wanita tersebut....ada beberapa orang yang tidak amanah buat-buat tak kenal siapakah yang mnjatuhkan purse tersebut..konklusinya semuan 'mangsa' yang amanah mahupun tidak akan dikejar oleh krew2 lain untuk di interview...


"tidak akan berlaku qiamat selagi ada amanah dalam kalangan muslim"
(sebenarnya ini hadith tapi aku tak ingat apa maksud yang tepat dengan matannya)


Allahuakbar!!teringat aku masa aku kehilangan wallet betul2 beberapa hari nak masuk matrix....satu hari aku balik cuti kat rumah ada sampul surat nama aku...rupa-rupanya berisi kad-kad dan IC serta lesen yang ada...walletnya entah...mujur tak ada duit dalam wallet tuhh...


situasi yang kedua pula dipertontonkan bagaimana semangat sunnah yang diamalkan dalam kalangan masyarakat...peraturan baru dibuat siapa yang tak bagi salam semasa masuk dalam lif yang dijaga oleh penjaga lif tersebut akan disuruh keluar dan gunakan tangga...memang ada tertulis jelas kat dalam lif tersebut...dan penjaga lif tuh pun ada menyuruh 'mangsa'2 ini bagi salam...untuk situasi ini memang ramai yang kantoi...membuktikan KITA SEMUA SEBENARNYA MENGABAIKAN SUNNAH RASULULLAH!!!! mungkin sunnah ini dilihat sebagai kecil...maklumlahh..bagi salam je punnnn...tapi itulah yang kita tak buat...berat sangat mulut kita ni nak bagi salam..hahhh yang taip ni punnn same!!!!arghhh!!! dosa banyak...pahala mudah taknak kutip....jangan jadi hamba yang tidak bersyukur!!! 


 وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ ﴿٧
 (Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.    
(Ibrahim;7)


justeru wahai hamba-hamba abdi....marilah kita muhasabah diri..kurangkan ego dihati..terapkan iman yang sejati..hidupkan sunnah Rasul yang dicintai...semata-mata kerana Ilahi...

~islah nafsak wadh'u ghairak~

2 comments:

  1. yup...aku dah usya kat tv al hijrah...paling sebak bila ada seorang perempuan tu nangis time ade krew tu tnya....apa awak akan buat kalo diberi peluang jumpa rasulullah? perempuan itu menangis x terkata~

    ReplyDelete
  2. cite lak life kat matrik!

    ReplyDelete

entry sudah habis dibace,
ate komen lah ye!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...