Wednesday, November 14, 2012

.SisTeR in HiJaB.


Bismillah..Al kisah tersebutlah pada suatu petang yang dingin. Aku baru sahaja keluar dari bilik kuliah yang bersuhu dibawah paras beku pipiku..  Ohh petang itu nyaman luar biasa.. Berjalan mencari-cari sinar harapan umtuk pulang ke kolej kediaman yang terletak 20km dari kampus dengan kadar yang segera. Ohh bas… Ohh bas wang ulu.. Di manakah kau ?

Dalam keasyikan menunggu bas, aku dan seorang sahabat, Yas(bukan nama sebenar) terpandang satu susuk tubuh yang sering menjadi bahan kami bergelak ketawa. Bukan kerana menghina. Tetapi perwatakannya yang sangat menarik membuatkan kami kagum dengannya. Disamping pakaian yang melindungi kehormatannya menambah kehebatannya di mata kami..

lalu yas bersuara,”aku kadang-kadang rasa tak berapa suka dengan cara dia”.

pantas aku memotong,” kau kena kenal dia dulu. Setahun aku kenal dia.aku sangat respek dia. Dalam keadaan bertudung labuh tak membuatkan dia hilang wataknya. Dia seorang yang berani.”

Yas menambah, “bukan laa..maksud aku. Cara dia macam tak sesuai la dengan appearance dia. Maksud aku, macam kadang-kadang aku tengok dia selumber je. Kalau dia rasa nak jumpa lelaki rileks je dia pergi jumpa seorang. Macam kalau aku tengok budak-budak tudung labuh lain kalau nak jumpa lelaki even depan orang ramai mesti kurang-kurang berdua.”

“betul la tu. Tapi setidaknya aku yakin belum pernah lagi dia jumpa lelaki secara berdua tanpa ada orang lain. Kalau kau kata pernah Nampak dia jumpa lelaki maksudnya mesti la masa depan orang ramau betul? Kalau tak mesti kau pun tak nampak..

“ye la. Tapi tah laa..aku rasa macam tak syok la tengok”

“hahaa..kau kena faham satu perkara pasal dia. She appear like that just because of Allah. Pada pendapat aku. Dah Allah suruh dia tutup aurat dengan sempurna. Itu la yang dia cuba buat. Cuma masalah ikhtilat tu mungkin dia belum faham. Ataupun mungkin sensitiviti dia tak sama macam budak-budak tudung labuh yang lain. DIa bukan budak sekolah agama yang dididik tentang masalah ikhtilat. Tapi hati dia bersih daripada fitnah syaitan dalam masalah ikhtilat. Sebab itu bila dia nak jumpa lelaki misalnya dia dah tak tengok kiri kanan sangat. Janji bukan dalam keadaan boleh membawa fitnah.”

“erm..ok aku faham.tapi tah laa..susah aku nak terima orang macam dia ni”

“ahahaa..tak pe. Sebanarnya bukan dia sorang je yang macam ni. Ramai sangat muslimat yang senasib dengan dia. Aku harap ada la sahabat-sahabat muslimat yang ambil tindakan kepada golongan macam ni. Diorang nak jadi hamba yang taat keapda Allah. Cuma mungkin dari segi pengisian akhlak dan hati diorang masih tercari-cari lagi.”

“insyaAllah. Aku akan cuba untuk terima orang-orang macam ni. Tapi aku tengok kadang-kadang dia ni cakap kasar sikit la. Kurang adab”

“macam aku cakap tadi lah. Diai ni perlukan bimbingan membina akhlak dan hati. Tapi cuba kau fikir dari satu sudut. Dengan keberanian bersuara dan kehadapan kalau diasah bakatnya dia mampu menjadi pendakwah..malah mungkin lebih hebat daripada yang ada sekarang..  Alahh.. ini baru diorang. Lagi sedih kalau kita tengok orang yang dah belajar tinggi-tinggi tapi adab macam orang belajar bawah tanah. Berdoalah supaya kita dapat sama-sama memperbaiki diri. amin”

“so apa peranan kita ?”

“yang itu aku nak tinggalkan sebagai persoalan kepada sahabat pembaca blog aku” =)

sahabat-sahabat yang aku muliakan.. aku harap hiwar ini dapat membuka mata kita semua tentang kewujudan golongan seperti ini. Tak kiralah muslimin atau muslimat. Semua mereka memerlukan sokongan dan dokongan daripada sahabat yang hebat seperti anda. Janganlah di hukum mereka…
~islah nafsak wadh'u ghairak~

5 comments:

  1. muslimah beginilah yg sebaiiknya, berani, kuat luar dan dalam. kental jiwanya.

    bukannya yg setiap hari merintih "mana imamku? mana pemilik rusukku?" bukan ini yg diajar nabi. =D

    asalkan dijaga batasan syarak, insyaallah selamat.

    *ehem3. sy kenal siapa wataknya en. muiz =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...tapi perlu digilap adab dan pergaulanny..insyaAllah

      Delete
  2. insyaAllah..jom sama2 kita berganding bahu..ngeh3

    ReplyDelete
  3. ermm.. terasa macam kena pada batang hidung sendiri pulak.. perkongsian yang baik.. mungkin muslimah yang dinyatakan di atasa seorang yang berdikari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ap yg sy nampak shbt sy ni mmg nmpk quite indie sket..
      n dy jenis yg bukan jenis yg bkpit dgn kwn2 sentiasa..
      tp yg sedihnya kdg2 sy nampak dy tlalu layan gadget..kdg2 laa

      Delete

entry sudah habis dibace,
ate komen lah ye!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...