Wednesday, February 16, 2011

Air Mata Cinta...Dia Cintai Aku...

Bismillahirrahmanirrahim…..
Sementara menunggu azan maghrib pada malam MaulidurRasul tanpa perancangan yang teliti aku memasang mp3 pemberian kakak ku(….TQ NYAH!!!) yang disambung dengan speakaer yang baru dibeli oleh dia…Cari punya cari aku nampak lagu PemergianMu yang dinyanyikan oleh InTeam…..Lalu aku pun tekan butang play macam biasa..Tanpa semena2 hati aku tersentak…Seakan aku terlupa bahawa sudah sememangnya setiap kali aku dengar lagi ni akan ada air mata yang membasahi kelopak mata aku….Cuma belum pernah aku teresak…jadi aku bertekad untuk kongsikan sedikit ilmu yang aku peroleh sebagai iktibar kepada kita semua InsyaAllah…..








Rasulullah….
Kau masih tersenyum mengubat lara,
Sellindung derita yang Kau rasa,
Senyuman yang menteteramkan,
Setiap insan yang kebimbangan,
Hakikatnya tak tertanggung lagi derita,
Dipangkuan isterimu Humaira,
Menunggu saat ketikanya,
Diangkat rohmu bertemu yang Esa,
Tangan dicelup dibejana air,
Kau sapu dimuka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih,
Pada umat dan akhirat,
Dan tibalah waktu ajal bertamu,
Penuh ketenangan jiwa mu berlalu,
Linangan air mata syahdu,
Ini pemergian mu..
Oh sukarnya untuk umat menerima,
Bahkan payah untuk Umar mempercaya,
Tetapi iman merelakan jua,
Bahawa manusia kan mati akhirnya,
Tak terlafaz kata mengungkap hiba,
Gerhanalah seluruh semesta,
Walaupun kau telah tiada,
Bersemarak cintamu selamanya……
Ya Rasulullah,
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya kami merindui Mu………
AHHH!!!sekali lagi….sukar sekali aku menahan perasaan hiba dan sayu…
ALLAHUMMASALLI’ALA MUHAMMAD….
Cuba kita bayangkan andai kita yang memiliki iman yang rapuh ini pun sudah terasa hiba dan sayu mendengar bait2 lagu ini dek kecintaan kita kepada Baginda s.a.w…Mana mungkin para sahabat yang maha besar kecintaan mereka kepada Rasul junjungan ini dapat menahan air mata mereka hanya sekadar nama MUHAMMAD itu meniti di bibri mereka….

Kalau tak salah antara nama2 sahabat agung yang berhijrah ke tempat lain selepas kewafatan Baginda s.a.w. yang pernah aku dengar ceritanya ialah Abdullah Mas’ud r.a..Bagaimana beliau tidak dapat meneruskan kehidupannya di Madinah selepas kewafatan Rasulullah kerana terlalu banyak kenangan beliau bersama Baginda s.a.w. di bumi barakah itu dan sama seperti sahabat2 yang lain..Bukan pula kerana mereka sengaja tidak mahu mentap di bumi Madinah….Kalau tak silap beliau berhijrah ke Pakistan..sebab itulah banyak hadis2 yang diriwayatkan oleh Abdullah Mas’ud diterima dari Pakistan…Ada satu cerita yang diriwayatkan bahawa beliau tak pernah menyebut nama Baginda s.a.w. semsa meriwayatkan hadis…Pada satu ketika semasa sedang meriwayatkan hadis terkeluar pula lafaz nama Baginda s.a.w. tanpa sengaja…lalu bergetarlah seluruh badan beliau..menitis pula air mata beliau dek teringatkan kekasihnya yang terlalu dirindui itu…….
Satu lagi cerita bukti keteguhan cinta para sahabat kepada insan mulia bernama Muhammad ini aku teringat bagaimana kisah Bilal bin Rabah r.a. yang juga telah berhijrah ke tempat lain yang aku terlupa dimana..(kalau antum tau tlg beritahu) Suatu hari beliau pulang ke Madinah dan bertemu dengan sahabat2 yang masih tinggal di Madinah..Ketika sedang menjamu selera di rumah sahabat tersebut masuklah waktu solat..Lalu para sahabat yang berada di situ meminta Bilal untuk melaungkan azan…Mereka terlalu merindui suara beliau…Namun beliau menolak..Ketika masuk pula waktu solat yang seterusnya para sahabat turut menyatakan kemahuan mereka untuk mendengar laungan azan oleh beliau..Untuk kali kedua beliau tetap menolak..Kemudian masuk pula waktu solat yang berikutnya..Para sahabat terus mendesak lalu beliau tidak berdaya menolak permintaan mereka untuk kali ketiga..Lalu beliau bersedia untuk melaungkan azan..
Tatkala bergema sahaja suara Bilal r.a. melaungkan azan, seluruh bandar menjadi senyap-sunyi..Mungkin tidak dapat kita bayangkan bagaimana keadaan ketika itu..Ketika itu mereka merasakan seperti Nabi masih hidup dek kerana suasana dan bunyi laungan azan itu sama ketika masih adanya Rasulullah s.a.w..Keadaan bumi Madinah menjadi terkedu seketika..Namun apabila sampai lafaz Syahadah kepada Nabi..Bilal r.a. tidak dapat meneruskan laungan azan..Pada lafaz Anna itu beliau sudah terhenti…Tidak mampu beliau melafazkan kalimah MUHAMMAD di bumi barakah itu..Maka dikhabarkan ketika itu seluruh bandar Madinah berlinangan air mata….Semua mereka benar2 merindui Muhammad s.a.w…ALLAH……….Menurut riwayat lagi Bilal tetap menjalankan tugas sebagai muazzin di tempat beliau berhijrah selepas kewafatan Baginda s.a.w..Cuma beliau tidak dapat melaungkan azan di Madinah…
Lihatlah betapa kehebatan rasa cinta dan rindu para sahabat kepada Rasulullah s.a.w. terlalu besar untuk dibandingkan dengan kita hari ini..Bahkan kebanyakan kita pada hari ini hanya sekadar lafaz cinta dan sayang tanpa ada apa2 erti…Sungguh sukar untuk kita menjadikan Sunnah sebagai amalan hidup kita..Ya ALLAH!! Berikanlah hidayah kepada ku dan kaumku…Amin…
Sahabat yang dimuliakan…Aku menulis untuk mengajak diriku dan antum semua untuk sama2 muhasabah diri sejauh mana rasa cinta kita kepada Rasulullah dan bagaimana pula rasa cinta kita itu membawa kita kepada amalan sunnah…InsyaAllah..Sama2 lah kita meneguhkan rasa cinta kita kepada Baginda s.a.w. dengan mengamalkan sunnahnya…Elakkanlah pertelingkahan dalam perkara khilaf yang menjadi punca kehancuran umat akhir zaman ini…InsyaAllah
p/s; aku mohon andai ada fakta mahupun jalan cerita yang aku sampaikan ini bercanggah dgn pengetahuan antum supaya antum suarakan…aku pun insan dan insan itu berasal daripada nasia yang bermaksud lupa.…
Wallahu A’lam
~islah nafsak wadh’u ghairak~

2 comments:

entry sudah habis dibace,
ate komen lah ye!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...