Sunday, July 14, 2013

Pinjamlah! Pasti tak Mampu Membayar


Assalamu'alaikum.
antonim bagi perkataan pinjam ialah pulang. satu hari saya terfikir.Allahurabbi. kalau dah namanya makhluk mana mungkin memiliki melainkan dengan cara meminjam. dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara. sehinggakan nama saya sendiri juga dipinjam daripada keagungan Allah. kemuliaan Habibuna Sallallahu 'Alaihi Wasallam. dan sudah pasti meminjam syi'ar Islam.

Sahabat yang dirahmati Allah,
suatu ketika saya tertanya mengapa perlu kita bersikap sombong dan egois? mengapa perlu kita mengabaikan hak Allah dan Rasul-Nya ? sedangkan apabila bicara tentang hak maka pasti ada bersamanya tanggungjawab. sudah sedia maklum hak Allah dan Rasul itu terpikul amanah dan tanggungjawab kepada hamba dan umat yang fakir ini.

saya menyemak satu per satu. Nama saya bermula dengan Ahmad. Sudah pasti ayah bonda saya meminjam nama Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam untuk diberikan kepada saya. Disambung dengan Muizz. Maka nama yang membawa maksud kemuliaan ini sudah sedia maklum dipinjam daripada Pemilik Asma' Husna Al-Muizz. Ad-Din ? perkataan yang memberi maksud jalan hidup. "way of Life" . hanya ada satu yang sempurna iaitulah agama yang sarat dengan Cinta dan Kebahagiaan. Islam.

suatu hari dengan tubuh yang disarung dengan qamis, kepala yang ditutup dengan kopiah dan dililit pula dengan kain serban 'made in China'. saya melangkah keluar untuk melaksanakan fardhu 'Isya dan sunat Taraweh. sudah pasti dalam hati terdetik, masyaAllah. pakaian yang aku pakai ini hebat meskipun aku qamis ini sekadar pinjaman daripada sahabatku. terlintas di dalam dada, "hey Ahmad! sedarlah pakaianmu ini sekadar pinjaman daripada insan mulia bernama Muhammad. kalau bukan kerana sunnah Baginda pasti kamu tidak memakainya".


nota sampingan : qamis dan jubah bukan 2 nama pada 1 benda. menurut Syeikhuna Nuruddin Marbu Al-Banjari qamis itu pakaian labuh seperti jubah namun tidak berbelah sampai ke kaki. adapun jubah itu ialah yang berbelah sampai ke kaki. boleh lihat pada pakaian beliau yang sering memakai keduanya. qamis di dalam (putih) dan jubah di luar (coklat)

ayyuuhal ikhwati fil Islam,
ternyata dalam kehidupan kita sebagai seorang hamba mahu atau tidak kita mesti memperakui kefakiran kita kepada Allah dengan laungan Allahuakbar! nyata kita terlalu kerdil dan meminjam segalanya daripada Allah. dan kerana kasih dan cinta Allah kepada Baginda Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam kita terpilih menjadi umat Baginda. sedang beberapa ulama' berpendapat Allah mengurniakan Ramadhan kepada umat akhir zaman ini kerana Tuhan yang Maha Penyayang ini mahu kita memperoleh syurga.

cukup sahaja dengan membuka salah 1 surah daripada 144 surah-surah Al-Quran, Surah Ar-Rahman. terlalu banyak nikmat yang kita pinjam daripada Allah.sehinggakan jasad yang 'berada dalam genggaman' ini ternyata milik Allah..apabila tibanya ajal. jasad ini pasti akan dituntut.

menurut Ustaz Yusainie (MUDIR Maahad Tahfiz Imam An-Nawawi) 
dalam 1 hadis riwayat Imam Tarmizi R.A tentang Syurga dan Neraka

Syurga 
-makhluk yang tiada siapa memandang melainkan ingin masuk ke dalamnya
-dipagari oleh perkara2 yang dibenci oleh hawa nafsu
-Jibril A.S. menyatakan kekhuatiran tiada manusia yang mampu memasukinya

Neraka
-makhluk yang tiada siapa memandang melainkan benci untuk masuk ke dalamnya
-dipagari oleh perkara2 yang disukai hawa nafsu
-Jibril A.S. menyatakan kekhuatiran tiada manusia yang mampu lari daripadanya.
au kama Qal Habibuna Sallallahu 'alaihi Wasallam..

sebagai yang terakhir, diri yang fakir ini ingin sekali menyeru diri saya dan sahabat yang dimuliakan agar dapat menjadikan Ramadhan kali ini sebagai batu loncatan dalam membentuk diri menjadi hamba yang lebih
mendekat kepada Allah. sedar dan bergerak ke arah mematuhi setiap suruhan Allah dan berusaha meninggalkan larangan-Nya. jangan pernah terlintas dalam benak untuk menjadi 'taat dan maksiat dalam 1 masa'..takut-takut maksiat yang dilakukan memadam pahala amalan baik. 

Ucapan sebahagian salaf berikut patut jadi renungan,

أَهْوَنُ الصِّيَامُ تَرْكُ الشَّرَابِ وَ الطَّعَامِ

"Tingkatan puasa yg paling rendah adalah hanya meninggalkan minum dan makan saja"

Selamat Berpesta Ibadah!
Selamat Mengejar Ilmu dan Hikmah!


~Islah Nafsak Wadh'u Ghairak~

Monday, July 1, 2013

Ukhwah bukan sekadar pesanan ringkas

////
“ini langkahku, yang kan ku ayun, walaupun payah, tak akan jelak..ini langkahku, kan terus melaju, setegar darah bangkitkan jihadku..” 

Telefon Amirul terus menyanyi nyanyi, suara munsyid Shoutul Harakah dengan lagu “Ini Langkahku” menjadi pilihan Amirul sebagai “alarm tone”nya. Nampak berusaha sungguh telefon itu mengejutkan tuannya. Jam menunjukkan pukul 4.30 pagi. Sudah kebiasaan baginya untuk bangun awal sebegini, mewajibkan dirinya untuk bangun menangis dalam tahajudnya. 

“Amirul, bangunlah ! telefon kau tu, memekak tak habis-habis. aku nak study pun susah” 
ujar Musa,merangkap teman sebilik dan sekelas Amirul. 

Berlainan bagi Musa, dia suka habiskan malamnya dengan duduk di hadapan laptopnya, adakalanya mengulangkaji, namun lebih banyak masanya untuk melayari internet, ilmu katanya. Amirul lalu bingkas bangun ke bilik air dan menyediakan dirinya untuk bertemu Rabbnya.

Begitulah rutin pagi bagi kedua sahabat yang tak sehaluan itu, selaku pelajar perubatan di Universiti Sains Islam Malaysia tak membuat mereka berbeza dari pelajar-pelajar lain.

*********************************************************************************
Petang itu, seusai kelas, Amirul berhasrat berjumpa dengan Ustaz Hafiz. Ustaz yang seringkali menjadi rujukannya, tempat cerita masalahnya, akademik mahupun masalah ummah dan juga sebagai murabbinya. Ustaz Hafiz yang merupakan pensyarah pendidikan islam di kampus mereka. Cukup terkenal dengan peribadinya yang cukup baik, kata-katanya yang lemah lembut, bahkan pernah sekali dia mengislamkan seorang saudara baru dari kaum cina. Ah Seng namanya, namun kini menjadi Abdullah Seng.

“Assalamualaikum, ustaz” lemah sapaan Amirul, lalu menghulur tangannya. 

“Waalaikum salam, eh! Amirul.. lama tak nampak enta, sibuk mengulangkaji ya?”

“Hehe..ustaz, ana minta maaf tak dapat hadir usrah minggu lepas, ana kena siapkan ulangkaji untuk exam minggu depan”

“Eh, tak apa, ana faham..sahabat-sahabat enta pun ada beritahu ana, enta sihat ke? Ana tengok enta macam tak ceria je”

“Ana sihat je ustaz, cuma.... boleh kita bincang di dalam kubikel ustaz?”

“Boleh-boleh apa salahnya, jom lah”

(kubikel: ruangan untuk pensyarah , seperti bilik guru)

*********************************************************************************

“Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, pada esok hari kepada sesiapa yang berkelapangan bolehlah menyertai gotong royong membersihkan masjid, marilah kita sama-sama jaga kebersihan rumah Allah ini dan ajak sahabat-sahabat lain ya” 

Suara Amirul kedengaran cukup jelas di corong-corong pembesar suara sekitar kampus. Tugasnya selaku Presiden Persatuan Islam di kampusnya tidak pernah dia abaikan. Cuma, kadang-kadang dia merasa cukup letih. Tidak cukup dengan tugasan selaku pelajar perubatan, kini dia memangku jawatan presiden pula. Tugas yang selalu ditolak oleh kebanyakan pelajar dengan alasan belajar. Namun, Amirul optimis, dia ingin mengerakkan dakwah dan tarbiyyah di kampusnya, walaupun dalam medan siasah, suatu yang diminatinya.

*********************************************************************************

“ Hmm..” Ustaz Hafiz berfikir sejenak. 

Hembusan angin dari penghawa dingin menyapu kulit kedua insan ini seakan akan tahu akan bicara mereka. Perbualan mengenai masalah yang dihadapi Amirul kedengaran serius bagi Ustaz Hafiz.

“Macam mana ustaz? Ana rasa cukup tak tahan, ana rasa macam tiada siapa-siapa belakang ana, macam berjuang seorang diri”

“Enta tak boleh kata macam tu, enta ada banyak sahabat-sahabat, Musa, Muiz, Fadhli, Farid, Nas dan ramai lagi. Mereka semua menyokong enta, semua sayang kat enta. Semua rela bantu enta”

“Tapi ustaz….” 

Amirul tak mampu berkata lagi. Kelu lidahnya, berat mulutnya ingin bertutur, amanah yang dipikul terasa bagai gunung yang menghempap, apatah lagi seakan-akan dia seorang sahaja yang memikulnya.

*********************************************************************************

Laju jari-jemari Amirul menari di papan kekunci laptopnya. Assignment Anatomi yang baru diberi oleh Doktor Amran tadi telah dimulakannya.

“Oi Amirul! Kau buat apa tu?” Kedengaran suara Musa.

Amirul menoleh sekilas.

“Assignment” Jawabnya ringkas.

"Assignment Doktor Amran tu ke?” Musa melangkah masuk, meletakkan dirinya di sisi Amirul.

"Ha ah” Terbeliak mata Musa melihat Annuar telah siap menaip satu muka surat penuh.

"Fulamak! Skema la kau. Awal betul buat, kan kena hantar minggu depan. Enjoy la beb!” Bahu Amirul ditepuk kasar.

Amirul menghela nafas berat. Musa memang terkenal dengan sikap sambil lewanya.

"Aku banyak kerja lain lagi nak kena buat. Lagi pun, program-program dakwah dan tarbiyyah banyak minggu ni.Aku tak nak sebab program-program tu amanah aku sebagai mahasiswa terabai. Nanti jadi fitnah pada Islam” Amirul cuba menjawab setenang mungkin.

Musa tergelak. Tubuhnya dihempas ke atas katil. Matanya perlahan-lahan tertutup. Penat dan mengantuk, semalaman tak tidur. Amirul menoleh lemah, dia tahu dia perlu siapkan kerjanya awal, kerana banyak kerja-kerja dakwah yang menantinya. Ummah perlukan dia untuk terus kuat. Dia tahu.

*********************************************************************************

“Ok, hari ini ana nak cerita mengenai seorang sahabat yang cukup hebat. Siapa kenal Muaz bin Afraq?” suara ceria Farid mengendalikan usrahnya. 

Kelihatan semua sahabat usrahnya hadir. Fadhli, Nas, Muiz, Musa,dan juga Amirul. Malam itu ustaz Hafiz tidak dapat hadir kerana berceramah di masjid kampungnya, sesi usrah diambil alih oleh Farid, ketua usrah mereka.

Semua diam. Tidak pernah mereka mendengar nama Muaz bin Afraq, biasanya Muaz bin Jabal. Tiba-tiba, Nas bersuara.

“Ana tau..” sambil tersenyum. Sahabat lain tercengang. Musa buat muka tak kisah.

“Wah, hebat enta, siapa dia” tanya Muiz ingin tahu.

“Dia sahabat yang berlawan dengan Abu Jahal kan, meski baru berumur belasan tahun. Dia dan sahabat dia dengan berani meluru kearah Abu Jahal dalam perang Badar dan menghayunkan pedangnya. Hingga satu ketika, Abu Jahal berjaya mencantas tangan kirinya. Namun, belum berjaya memutuskan tangannya. Muaz bangun, dia sedar tangannya akan melambatkan pergerakannya untuk menentang musuh Allah, lalu dia memijak tangannya dan memutuskan tangannya sendiri dan terus menambung pertempuran dengan Abu Jahal. Akhirnya mereka berjaya mencederakan Abu Jahal”

Sesi usrah di akhiri dengan doa rabithah. Amirul kelihatan kelam dan membisu. Farid menyedari ada yang tidak kena dengan sahabatnya itu. Dia berfikir bagaimana caranya dia ingin membantu Amirul. Buntu.

*********************************************************************************
“Trutt….trutt…” telefon Amirul bergetar. Amirul bergegas mencapai telefonnya. Dibuka fail “inbox”nya. Dia menerima sebuah pesanan ringkas daripada sahabatnya, Farid.

“Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutmu,
teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu,
teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu,
tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu,
salam perjuangan akhi”

“Syukran akhi” balas Amirul ringkas.

“Alhamdulilah..” ucap Farid. Dia merasakan dia telah berjaya memujuk hati Amirul, kalam-kalam dari pesanan ringkas yang baru dihantarnya diharap dapat memberi semangat baru buat Amirul.

*********************************************************************************

"Farid!” Laungan suara daripada belakang membuatkan pergerakan kaki Farid yang baru keluar dari kelas terhenti. Farid menoleh.

MasyaAllah, akhi! Lama tak nampak?” Farid mengukir senyuman apabila melihat sekujur tubuh Asyraf yang tegap. Sahabat yang dikenalinya semenjak sesi taa’ruf di kolejnya, seorang yang banyak benar membantunya daripada sudut rohani dan jasmani. 

"Ha, tu lah enta, sibuk mengalahkan Perdana Menteri sampai tak sempat nak menjenguk ana di bilik. Kat masjid pun boleh tak perasan ana.”

Asyraf menggeleng-geleng kepala.Tangan dihulur dan Farid menyambut.

"Allah… ‘afwan, ana bukan sengaja tak perasan tapi enta tu kecik sangat.”

Asyraf tergelak.

"Ha, dah alang-alang jumpa ni, marilah minum sama-sama. Enta ada kelas lagi ke lepas ni?”

"Alhamdulillah, tak ada dah. Bolehlah nak duduk berbual dengan enta. Lama betul tak berbual.” 

"Jomlah”

*********************************************************************************

“Mau order apa?” tanya mamak pemilik restoran itu.

“Saya nak milo dan roti kosong ya, dia ni pula bagi teh ais dan mi goreng” balas Asyraf pantas sambil tersenyum ke arah Farid. Dia cukup kenal dengan Farid, hinggakan makanan kegemaran Farid pun dia tahu.

“Ok” balas mamak.

“Eh kejap, milo boikot. Saya punya air tukar dengan horlick ya”

“Ok, siap” balas mamak itu lagi.

Farid melepaskan satu keluhan berat.

"Akhi, ahli usrah ana ada masalah la”

“Kenapa?”

“Amirul… Ustaz Hafiz cerita kat ana dia rasa tak larat degan tugasan-tugasan yang dia ada. Tugas selaku mahasiswa. Dan enta tau kan. dia tu presiden, ana kesian sangat kat dia akhi” balas Farid perlahan.

Horlick dan teh ais sampai.

Asyraf menghirup sedikit. Tenang dia mendegar masalah sahabatnya. 

“Habis, enta buat apa akhi?”

“Ana dah hantar sms dah, kata-kata semangat dan nasihat. Ana forward jugak sms enta kat ana pasal abnaul haraki tu”ujarnya bangga.

“Lagi..?” tanya Asyraf.

Farid diam. Dia tau dia tak buat apa-apa sangat untuk bantu sahabatnya.

Asyraf melepaskan keluhan. Sedar akan kecuaian Farid. Mungkin kerana kurang cinta antara mereka. 

“Enta tau nak tau tak?” tanya Asyraf.

“Apa dia?”

“Ukhwah bukan sekadar pesanan ringkas tau.”

Roti canai dan mi goreng mamak sampai. Mereka berpandangan. Farid memeluk Asyraf, dia sedar kesalahannya. 

***************************************************************************
Keesokannya, kesemua ahli usrah mereka menziarahi Amirul. Mereka membantu menyiapkan kerja-kerja Amirul, menolong mengemaskan biliknya dan sama-sama memberi kata-kata semangat. Itulah ukhwah orang beriman.

“Dan yang mempersatukan hati mereka orang-orang beriman,
walaupun kau membelanjakan semua harta yang berada di bumi,
nescaya kau tak dapat mempersatukan hati mereka,
bahkan Allah lah yang telah mempersatukan hati mereka,
sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana.”

Pesanan: Hargai sahabat kita sebaiknya, dialah yang akan temani kita saat susah dan senang. Ukhwah menuntut pengorbanan, apa yang kita sanggup korbankan demi sahabat kita. Kalau sekadar sahaja-sahaja, bukanlah ukhwah sebenar. Sayangi dia, peluk dia kuat-kuat dan katakan padanya 
“ana sayang enta fillah, akhi”
////
kisah ini berjaya mengalirkan air mata ku. sekadar niat dihati ingin berkongsi dengan seluruh sahabat di luar sana. moga-moga Allah mengizinkan kita mengecap halawatul ukhuwah (kemanisan ukhuwah).
karangan seorang sahabatku yang terpaksa meninggalkan aku demi sebuah perjuangan mengejar ilmu Allah di bumi Anbiya. pasti dia sedar aku terlalu rindu mendakap tubuhnya yang gempal itu. moga Allah redha dengan penulisanmu sahabat =)
(sori la boss sy tuka nama-nama yang boss guna atas sebab-sebab yang saya tak nak bagitau sapa-sapa..its my blog okeh =P )

ramai yang tahu tapi tak ramai yang sedar. Moga Allah menjadikan persahabatan ini kekal ke syurga. Amin


"Islah Nafsak Wadh'u Ghairak"

Tuesday, June 25, 2013

at-taklif laisa at-tasyrif

Assalamu'alaikum..

izinkan diri yang kerdil mencoret sedikit sebanyak berkisar sekelumit ilmu dan pengalaman. Islam. punya 1 ciri yang sangat unik yang tiada pada agama lain iaitu Syumuliah.. menyeluruh! Islam melengkapi seluruh aspek kehidupan manusia termasuklah kempimpinan.

taklif laisa tasyrif : amanah bukan kebanggaan... mengapa perlu disebut tentang perkara ini.. supaya setiap pemimpin beragama Islam sedar soal kepimpinan ini bukan satu perkara yang remeh dan enteng.




dalam 1 hadis Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam ada menyatakan tentang kepimpinan

"setiap daripada kamu adalah pemimpin dan akan dipersoal tentang kepimpinanmu"
(au kama qalun Nabiy)

bermula dari peringkat sekolah, dilantik sebagai pengawas, dilantik sebagai pemimpin usrah, juga dikenali sebagai 'bulatan gembira',  di peringkat matrikulasi atau Universiti..dari sekecil pemimpin organisasi persatuan sehinggalah organisasi pimpinan pelajar,majlis perwakilan pelajar (MPP).. diperingkat keluarga si suami memimpin keluarga lalu si isteri menjadi pembantu suami..

tidak perlu kiranya saya mengolah setiap peringkat pimpinan..apa yang paling penting kita semua faham apa erti kepimpinan..sejak dari zaman saya menuntut di Sekolah Izzuddin Shah, saya dididik dengan slogan ini..membuatkan saya sedar isu kepimpinan bukan satu isu yang kecil..ia melibatkan banyak pihak.
masih terngiang sehingga hari ini, ketika seorang Naqib saya mengingatkan :

"menjadi pemimpin sebelah kaki dalam syurga, sebelah lagi dalam neraka.
kalau amanah dilaksana dengan baik insyaAllah syurgalah tempatnya"

sekadar berkongsi pengalaman mengenai kefahaman yang sedikit terpesong mengenai slogan ini, saya menjadi seorang yang langsung tidak mahu memikul amanah kepimpinan ketika berpindah ke SBPI Sabak Bernam semasa di Tingkatan 4..hal ini berlaku kerana saya berpandangan seharusnya kepimpinan ini terpilih dan bukannya diminta.saya juga menjadi takut untuk menjadi pemimpin kerana terlalu khuatir tidak mampu melaksanakan amanah kepimpinan.sedangkan tidaklah Allah meletakkan amanah dan tanggungjawab melebihi kemampuan seseorang.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya" (al-Baqarah : 286)

apa yang berlaku akhirnya saya terasa begitu kesal kerana berasa sangat sedikit menyumbang dalam tarbiyah dan dakwah di sekolah tersebut..Astaghfirullah

ketika menuntut di Kolej Matrikulasi Perak, akhirnya baru saya sedar bahawa saya perlu meletakkan diri saya pada satu posisi yang membolehkan saya berjuang dalam dunia tarbiyah, dakwah dan siasah..segalanya demi Islam..Alhamdulillah bermula dengan sokongan 2 orang sahabat Hasnul Hisham (Hasnul Adin) dan Aiman (Syabab Itachi) saya mengorak langkah dalam dunia kepimpinan di sana.sehingga semakin hari semakin ramai sahabat yang sudi berdiri di sisi saya untuk melakukan yang terbaik.meskipun terasa sedikit yang dapat disumbangkan.namun di sana akhirnya dapat saya belajar mengapa kepimpinan itu perlu dipegang oleh mereka yang faham dan beramal dengan Islam.
saya fikir tidak perlu untuk saya mengulas panjang mengenai ciri, sifat dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin.di bawah saya sertakan link yang mantap untuk dijadikan sebagai sumber rujukan.bahkan saya sendiri masih bertatih dalam dunia kepimpinan. entry kali ini pada asalnya khas saya tujukan buat diri saya dan dua adik tersayang yang terpilih menjadi AJK Kerohanian dan AJK Sukan di kolej kediaman IPT mereka.moga dapat melaksanakan amanah yang diberikan oleh Allah sebaiknya. Allahu Akbar!!

http://www.manhal.pmram.org/2011/10/kepimpinan-dalam-islam.html


~Islah Nafsak wad'u Ghairak~

Sunday, March 31, 2013

Abu Dzar vs Bilal Al-Habsyi


Bismillah..

Ukhuwah. 1 kata yang tampak biasa. terkandung di dalamnya seribu makna. buat mereka yang perolehnya kerana iman. cinta yang bersemi antara manusia kerana kasih kepada Allah, Rasul (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) dan perjuangan. 
Ukhuwah tertinggi nilaiannya pada ithar, iaitu melebihkan sahabat daripada diri sendiri. Bahkan yang terendah itu ialah salamatu as-sadr, berlapang dada.

di sampaikan kepada kami oleh Syeikhuna Dr. Harun Din.
~ al-kisah pada suatu ketika sedang dalam majlis Habibuna Muhammad (
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) berbalah pula 2 sahabat kesayangan Baginda , Saidina Abu Dzar dan Saidina Bilal Al-Habasyi Radhiallahu 'anhuma. sampai satu tahap terpacul daripada mulut Saidina Abu Dzar, "diam kamu wahai anak hitam!". Lalu tersenyumlah Si Murabbi Ummah. Baginda (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) lalu berkata kepada umum, "gandum sudah melebihi gantang". Difahamilah maksud Baginda bahawa Saidina Abu Dzar sudah melampaui batas. Dengan serta-merta Saidina Abu Dzar memegang tangan Saidina Bilal. Lantas diletakkan pipinya ke tanah, lalu diminta kepada Saidina Bilal untuk dipijak mukanya sebagai tanda memohon maaf. Lalu Saidina Bilal segera mengangkat Saidina Abu Dzar lantas berpelukan mereka berdua. Lunturlah rasa bomgkak yang menjalar dalam diri Saidina Abu Dzar. Bermaafanlah mereka berdua.~

haza min fadhli Rabbi



ikhwati fillah.. sedikit perkongsian ini harapnya menjadi pegangan kepada kita bahawa ukhuwah Islami ini sangat tinggi. berterima kasihlah kepada Allah dan Murabbu Ummah kerana menganugerahkan kita dengan mereka-mereka yang menyayangi kita.. Islam tidak meletakkan nilai kemuliaan seseorang berdasarkan warna dan keturunan. bahkan taqwa juga yang menjadi penanda aras kemuliaan seseorang di sisi Allah.

akhir al-kalam.. sedarkah kita bahawa Baginda 
 (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) sangat menyangi umatnya..tidakkah kita merasa rugi kerana tidak sayang kepada diri sendiri ??
Uhibbukum fillah!



~islah Nafsak wadh'u ghairak~

Sunday, March 24, 2013

just 20, or already 20 ??


Bismillah..
Setinggi puji buat Allah, hanya sa nya Inayah dan Hidayah milik-Nya selamanya..
Selawat dan Salam buat pencetus perjuangan Islam, Nabiyuna Muhammad (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ)
ahbabana fil Islam,

Alhamdulillah,
semalam genap umur sahabatku mengecap 20 tahun hidup dengan rahmat Allah..Moga Allah melindungimu di mana sahaja kau berada Amirul Annuar! =)

aku bila? insyaAllah tak lama lagi..tapi kalau ikut hijri dah 20++ pun..bukanlah isu berapa umur kita yang ingin saya persoalkan..tetapi apakah yang sepatutnya kita isi dalam usia menjangkau 20-an ini..

ikhwati fil Islam,
bukan pula saya seorang yang terbaik untuk bicara mengenai isu ini..namun moga catatan ini menjadi pedoman dan 'kick start' buat saya dan sahabat-sahabat untuk melangkah maju demi Islam!
secara majoritinya kita semua sedang menghadapi umur 20 sebagai pelajar. lebih sesuai untuk saya katakan mahasiswa. apa makna mahasiswa?  "panggilan untuk orang yang sedang menjalani pendidikan tinggi di sebuah universitas atau perguruan tinggi" cik Wiki punya jawapan..
jawapan aku? kelompok manusia yang mempunyai intelektualan tahap tertinggi..

ayuh kembali kita cermin diri..dalam umur ini bagaimana kita menghiasi hidup kita? masih bersifat keanak-anakan? masih mahu bercanda bila mengusahakan pekerjaan yang serius? masih hidup dalam dunia kartun hingga terzahir ke dalam kehidupan? masih belum mengerti apa itu adab dan hormat? seperti kanak-kanak tadika yang semakin bising bila disuruh diam oleh cikgu? APAKAH DIRASA TERLALU MUDA UNTUK CAKNA SOAL KEHIDUPAN DUNIA DAN AKHIRAT ?
tepuk dada tanya iman..

ada golongan yang cuba bersuara,"saya baru 20, muda lagi kot! ". "lek luuu...malam masih muda".
aiwahh..lupakah kalian "pamuda harapan banga, pemudi tiang negara" ???
"jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah kepada anak mudanya", Dr Yusuf Qardawi..
apakah cendekiawan ini meletakkan harapan negara pada golongan yang hanya ingin libur sepanjang usia mudanya? apakah cendekiawan ini tidak memandang serius soal pembinaan negara?
semestinya tidak. bahkan mereka menyatakan perkara yang hakikat! hakikatnya masa depan negara itu terletak kepada anak muda hari ini.

"bagi la saya can nak lepak, muda lagi kot". Allahurabbi..
ayuh kita imbau sejarah pejuang zaman lampau.Usamah Zaid ditugaskan oleh Rasulullah (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) memimpin Hizbullah menentang Rom ketika umur 18. Al-Fateh merupakan gelaran yang diberikan kepada seorang manusia yang menggunakan usia mudanya menggegar Konstantinopel dengan syiar Syahadah. dialah Sultan Muhammad, memimpin Turki dalam lingkungan usia 20-an. Imam Asy-Syafie diberikan amanah untuk mengeluarkan fatwa ketika umur 15.
Allah..mengapa dalam lingkungan usia yang 'terlalu muda' mereka sudah berjaya memikul tanggungjawab yang begitu besar?? secara ringkas boleh saya katakan mereka ini golongan yang SERIUS dan IKHLAS dalam melaksanakan amanah.

"mereka sudah hebat dari sudut iman. kami lemah"..
saya ni hebat sangat kah nak sampaikan seruan ini ?? ohh jauh panggang dari api. bagai langit dan bumi. tidak lah saya katakan kita perlu hebat seperti mereka untuk menggalas tanggungjawab dan amanah menjadi anak muda Islam. namun sampai bila kita mahu tunggu diri menjadi hebat seperti mereka?
Islam tidak menuntut kesempurnaan diri untuk menjadi anak muda Islam. Islam menuntut islah dan muhasabah.. moga dengan menyahut perjuangan Islam menjadikan kita memperoleh iman sekental mereka. Amin..

Ikhwati fil Islam,
ayuh kita kembali kepada sejarah baru, anak muda Islam yang serius dalam hidup mereka. Dr. Burhanuddin al-Helmy anak kelahiran Changkat Tualang, Perak merupakan seorang pejuang kemerdekaan ketika zaman mudanya. Beliau juga berperanan besar dalam mengembangkan dakwah Islam di Malaysia ini.
Anwar Ibrahim? ayuh kita lihat dari sudut perjuangannya ketika masih bergelar mahasiswa. ketika beliau masih menuntut di UM, beliau banyak berjuang demi rakyat. sebagai contoh isu kemiskinan di Baling. beliau berjaya membuka mata pihak kerajaan. Dasar Ekonomi Baru ini hasil perjuangan ANAK MUDA!

duhai anak muda!
mengapa tika muda? bukankan tika ini fikiran kita masih belum disibukkan dengan tanggungjawab anak bini?
bukankah tika ini tahap intelektual dan kecergasan fizikal kita di tahap tertinggi? bukankan saat ini darah mudah kita memangkin semangat untuk menggalas tanggungjawab perjuangan Islam?
perlukah saya jawabkan untuk anda?
ataukah saya perlu memberikan penerangan agar tiada alasan-alasan yang tempang dikemukakan?
tepuk dada tanya iman..

"saya nak belajar!"
ohh alasan ini..apakah pejuang-pejuang agama ini lemah dari sudut pelajarannya?
apakah dia lemah kerana berjuang?

Ikhwati fil Islam,
Islamisasi sedang giat diusahakan. Qasidah yang dulu tidak diketahui kini menjadi demam buat rakyat Malaysia. kesedaran untuk kembali kepada fitrah semakin menular. kuliah pengajian kitab semakin sesak. jemaah solat 5 waktu semakin bertambah. apakah kita sekadar mahu duduk senang dan lihat? tidakkah kita teringin masuk syurga kerana menyambung rantai perjuangan Baginda (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) ?
dunia hari ini perlukan jiwa muda yang faham Islam untuk berjuang. maafkan saya.. Islam tak perlukan kita. tapi kita yang perlukan Islam.. Jadi kita perlu berjuang untuk mendapatkan Islam! Islam perlu memerintah dunia agar kita dapat merasa kehidupan Islam diamalkan ! ayuh persiapkan diri..berjuanglah!

~islah nafsak wad'u ghairak~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...