Thursday, February 14, 2013

time to DeTerMine!

Bismillah..
Assalamu'alaikum.
setinggi pujian buat Sang Pencipta yang sudi menganugerahkan Kekasih Abadi Muhammad S.A.W kepada seluruh penduduk bumi. yang dengan kehadirannya kita bisa merasai nikmat cinta Allah dan Rasulnya. dan cinta hambanya yang lain.
izinkan buat kali ini hamba berterima kasih kpd sahabat2 sudi membaca celoteh jiwa kosong ini..

"Allah bertindak menurut sangkaan hambanya"

ikhwati fillah,
izinkan hamba berkongsi 2 cerita yang barangkali mampu menjadi santapan jiwa kita supaya mujahadah kita kepada Cinta Allah terus subur.

cerita 1

masih aku ingati pada zaman sekolah dulu Allah memperkenalkan aku dengan seorang jejaka.Katanya bersekolah di sebuah sekolah terkemuka di Ipoh. Aku sendiri tahu sedikit sebanyak mengenai sekolah tersebut. sekolah agama.ya aku pula sekolah biasa.sedikit luar biasa kerana semua pelajar perempuan. berkenalan dalam masa singkat, ayah mula menghidu sesuatu. demi menjadi anak yang taat aku turutkan perintah ayah untuk tidak lagi menghubunginya sehingga taman persekolahan.

2 tahun kemudian, tanpa diduga dia kembali menghubungiku. bertanya ke mana arah hidup seterusnya. tanpa aku sangka Allah mempertemukan kami. belajar di IPT yang sama. Ya Allah. apa yang sedang kau aturkan buat ku?  dapat aku rasa sedikit perbezaan dalam corak kehidupan kami. apa yang aku tahu dia lebih dekat dengan Allah. aku pula? barangkali sedikit jauh. mungkin perbezaan "bi'ah" (suasana) yang membentuk kelainan tersebut. Alhamdulillah aku tekad untuk mencari sesuatu yang dapat mendekatkan aku dengan Allah sebelum aku melangkah keluar dari sini. ayah pula seakan memahami gerak hati ku dengan menghadiahkan 2 helai tudung yang janggal buatku. orang panggil "tudung labuh"

Allah. masih belum ada kekuatan untuk aku menyarung tudung tersebut. aku perlu melakukan perubahan secara perlahan. masih terngiang di telinga, ketika itu ada suara-suara merdu yang terus mengasakku melakukan perubahan. "jangan difikirkan sangat apa kata orang. ajal tak tunggu bila kita berubah dulu baru dia datang". "jangan risau, buat je perubahan luaran, insyaAllah dari luar kita tarik dia masuk dalam". "biarla apa orang nak kata, tudung labuh tapi perangai buruk, janji sebagai seorang muslimah ko dah jaga zahir ko. yang dalaman itu kita sama-samalah perbaiki. bukan semua budak tudung labuh itu baik. tapi budak baik mesti nak pakai tutup aurat, kan? " begitulah antara suara merdu yang sangat aku rindui. terus memberi motivasi ke arah kebaikan meski diri sendiri pun masih kekurangan.

tak kurang juga suara yang terlalu sumbang, pic langsung tak cantik. "aku dah tengok ramai orang macam kau ni. mula-mula beria-ia nak berubah. pakai tudung labuh. last-last ke laut jugak." "kita kalau nak berubah kena ikut urutan. buat yang basic dulu. betulkan solat. akhlak. lepas itu baru la pakai tudung labuh. tak la mencemarkan nama baik Islam". "ko tak payah la nak poyo pakai tudung labuh sekejap-sekejap. ko dengan aku lebih kurang je. bukan baik sangat". wah! rasa teringin sekali menempel cili api dalam mulut berduri ni.

Alhamdulillah mujur juga Allah mempertemukan aku dengan dia. Dia banyak memberi motivasi kepada ku. kerap pula dia bertanya tentang hubungan seharianku dengan Allah. dia juga turut mengheret aku menjadi ahli jawatankuasa surau. katanya bersahabat dengan mereka dapat mendekatkan aku dengan Allah. InsyaAllah!

dalam meniti kehidupan setelah menjalani transformasi, banyak juga ujian yang Allah sediakan sebagai hadiah buatku. antara ujian yang paling berat buatku adalah dirinya. ditakdirkan Allah menguji kami berdua. dia sebagai da'e dan aku sebagai mad'u. masalah hati remaja yang kurang kasih sayang. dan kurang pula kasihnya kepada Allah.. mujur Allah masih sayangkan kami. akhirnya Allah membuka jalan keluar. doa sentiasa dipanjatkan agar Allah memberikan kami kekuatan agar cinta utama adalah Allah!
* jagalah niatmu sebelum, semasa dan selepas berbuat sesuatu!~

cerita 2

melangkah ke sebuah IPT yang menjadikan kejuruteraan sebagai kos utama bukanlah suatu yang pernah termaktub dalam mindaku. namun iman yang tergoncang pantas diingatkan kepada janji Allah.

"Allah adalah sebaik-baik perancang"
Allah lebih tahu apa yang terbaik buatku. rupanya kolej kediamanku agak hampir dengan tempat-tempat yang biasa menjadi taman syurga. majlis ilmu setiap minggu akan diadakan di sana. Alhamdulillah. masih hidup hatiku dengan ilmu agama insyaAllah.

satu hari sahabatku mengajakku ke sebuah majlis ilmu. katanya dia tahu tempat tersebut. aku sendiri kurang pasti lokasinya. namun nama tempat itu sudah berkali-kali bermain dilidahku dan sahabat lain. masa yang ditunggu sudah tiba. azan maghrib hanya lagi beberapa minit. namun sahabatku bereras untuk maghrib di sana sahaja. aku serah semua kepada Allah. moga Allah permudahkan.. Allahumma yusahhil!

motosikal yang ditunggang meluncur laju melalui tengah bandar. itu sahaja jalan yang dia tahu. maghrib semakin hampir. hatiku semakin gusar. dengan yakin sahabatku memasuki satu simpang. dia sendiri tidak pasti apakah simpang itu jalan sebenarnya. astaghfirullah! salah! semakin gusar hatiku. Ya Allah! izinkan kami! dia mencuba simpang yang seterusnya.. masih belum nampak bahawa jalan yang dipilihnya betul. namun dia tetap terus. tidak patah semula ke belakang seperti simpang tadi. beberapa meter ke hadapan akhirnya nampak sudah papan tanda destinasi kami. "taman jali" !

Alhamdulillah. Allah izinkan kami! dalam keadaan samar-samar dia menoleh ke belakang untuk menyatakan sesuatu kepadaku. "kalau kita mahu Allah akan bagi".

ikhwati fillah,
2 kisah ini adaptasi dari kisah benar. usah ditanya siapakah gerangannya. yang penting apa isinya.
~tekadlah untuk memperoleh sesuatu yang baik
~serahlah urusan kepada Allah
~always positive towards Him
~terus mendongak dan melangkah memburu redha Allah!

aku bukanlah yang terbaik untuk memperkatakan tentang ini. namun barangkali yang yang membacanya mampu mengamalkannya dengan lebih baik.

wallahu a'lam
~islah nafsak wadh'u ghairak~

Thursday, December 13, 2012

hakikat sebuah realiti


48:2

"That Allah may forgive for you what preceded of your sin and what will follow and complete His favor upon you and guide you to a straight path"
(al-fath ;2)

Bismillah..
hidup sebuah perjalanan,
jalan yang mudah bukan untuk yang mahu berjaya,
dunia remaja terlalu menggila,
membaham setiap jiwa yang tempang,
merosakkan hati yang bertatih mencari cinta Ilahi.

perjalanan hidup,

di atas dunia yang kusam dan muram,
zahirnya nampak terlalu indah,
mempersona nian buat penghuni seluruhnya,
memperkukuh si hamba yang mati hati terhadap fatamorgana,
tapi goyah pula si daif yang terpukau,
terlalu indah dunia ciptaan Tuhan.

realiti ini,
berlari sebelum bertatih bukan pilihan,

kelak tempang sebelum punya kaki,
diam dalam maya yang membunuh jiwa,

terlalu memeritkan buat sang muda pengembara,
dalam musafir mengejar yang belum dipunya,

sambil menggenggam bara yang terlalu suci,
perlu melayar bahtera dengan badai gila,

lalu diberi tentangan musuh yang dengki dengan perjuangannya.

Besarnya cinta,

setiap jatuhku terasa ada yang menyambut,
jangan sampai jatuh terus ke lohong neraka,

cinta itu terlalu suci tanpa cemburu,
setia buat si buta yang sering alpa dan lupa,
Dia tetap dengan janji-Nya untuk menerima,
tanpa dendam walau sekelumit,

sedia memaaf setiap langkah pulangku.
Tuhan!
aku hanya anak muda yang terlalu daif,

terampil sekukuh gagak di awan,
hanya Engkau mengetahui jiwa umpama biskut dicicah air mendidih,
saat Kau menyentuh hati saat aku mencari,
rasa hina menyapa diri,
mengapa terlalu sukar aku setia seperti-Mu ?

bantu aku Tuhan!
aku hamba yang lemah lahir batin.

Wednesday, November 14, 2012

.SisTeR in HiJaB.


Bismillah..Al kisah tersebutlah pada suatu petang yang dingin. Aku baru sahaja keluar dari bilik kuliah yang bersuhu dibawah paras beku pipiku..  Ohh petang itu nyaman luar biasa.. Berjalan mencari-cari sinar harapan umtuk pulang ke kolej kediaman yang terletak 20km dari kampus dengan kadar yang segera. Ohh bas… Ohh bas wang ulu.. Di manakah kau ?

Dalam keasyikan menunggu bas, aku dan seorang sahabat, Yas(bukan nama sebenar) terpandang satu susuk tubuh yang sering menjadi bahan kami bergelak ketawa. Bukan kerana menghina. Tetapi perwatakannya yang sangat menarik membuatkan kami kagum dengannya. Disamping pakaian yang melindungi kehormatannya menambah kehebatannya di mata kami..

lalu yas bersuara,”aku kadang-kadang rasa tak berapa suka dengan cara dia”.

pantas aku memotong,” kau kena kenal dia dulu. Setahun aku kenal dia.aku sangat respek dia. Dalam keadaan bertudung labuh tak membuatkan dia hilang wataknya. Dia seorang yang berani.”

Yas menambah, “bukan laa..maksud aku. Cara dia macam tak sesuai la dengan appearance dia. Maksud aku, macam kadang-kadang aku tengok dia selumber je. Kalau dia rasa nak jumpa lelaki rileks je dia pergi jumpa seorang. Macam kalau aku tengok budak-budak tudung labuh lain kalau nak jumpa lelaki even depan orang ramai mesti kurang-kurang berdua.”

“betul la tu. Tapi setidaknya aku yakin belum pernah lagi dia jumpa lelaki secara berdua tanpa ada orang lain. Kalau kau kata pernah Nampak dia jumpa lelaki maksudnya mesti la masa depan orang ramau betul? Kalau tak mesti kau pun tak nampak..

“ye la. Tapi tah laa..aku rasa macam tak syok la tengok”

“hahaa..kau kena faham satu perkara pasal dia. She appear like that just because of Allah. Pada pendapat aku. Dah Allah suruh dia tutup aurat dengan sempurna. Itu la yang dia cuba buat. Cuma masalah ikhtilat tu mungkin dia belum faham. Ataupun mungkin sensitiviti dia tak sama macam budak-budak tudung labuh yang lain. DIa bukan budak sekolah agama yang dididik tentang masalah ikhtilat. Tapi hati dia bersih daripada fitnah syaitan dalam masalah ikhtilat. Sebab itu bila dia nak jumpa lelaki misalnya dia dah tak tengok kiri kanan sangat. Janji bukan dalam keadaan boleh membawa fitnah.”

“erm..ok aku faham.tapi tah laa..susah aku nak terima orang macam dia ni”

“ahahaa..tak pe. Sebanarnya bukan dia sorang je yang macam ni. Ramai sangat muslimat yang senasib dengan dia. Aku harap ada la sahabat-sahabat muslimat yang ambil tindakan kepada golongan macam ni. Diorang nak jadi hamba yang taat keapda Allah. Cuma mungkin dari segi pengisian akhlak dan hati diorang masih tercari-cari lagi.”

“insyaAllah. Aku akan cuba untuk terima orang-orang macam ni. Tapi aku tengok kadang-kadang dia ni cakap kasar sikit la. Kurang adab”

“macam aku cakap tadi lah. Diai ni perlukan bimbingan membina akhlak dan hati. Tapi cuba kau fikir dari satu sudut. Dengan keberanian bersuara dan kehadapan kalau diasah bakatnya dia mampu menjadi pendakwah..malah mungkin lebih hebat daripada yang ada sekarang..  Alahh.. ini baru diorang. Lagi sedih kalau kita tengok orang yang dah belajar tinggi-tinggi tapi adab macam orang belajar bawah tanah. Berdoalah supaya kita dapat sama-sama memperbaiki diri. amin”

“so apa peranan kita ?”

“yang itu aku nak tinggalkan sebagai persoalan kepada sahabat pembaca blog aku” =)

sahabat-sahabat yang aku muliakan.. aku harap hiwar ini dapat membuka mata kita semua tentang kewujudan golongan seperti ini. Tak kiralah muslimin atau muslimat. Semua mereka memerlukan sokongan dan dokongan daripada sahabat yang hebat seperti anda. Janganlah di hukum mereka…
~islah nafsak wadh'u ghairak~

Saturday, November 10, 2012

BukaN seKaDaR keHenDaK

Bismillah
Selawat dan Salam buat Muhammad, penyebar rahmat seluruh alam..Para 'Anbia, sahabat2 baginda..
selamat berjuang aku ucapkan buat sahabat2 yang terus thabat dalam rantai perjuangan Rasulullah yang mulia..

Alhamdulillah dalam situasi seakan bom tangan di dalam kepala, hidung pula langsung tiada simpati untuk jiwa yang membara. Aku gagahkan diri menuju jalan agama ini. Semangat sahabat2 turut mendorongku Alhamdulilah..

>adalah ini hasil perkongsian Ustaz Zamri Mantop_"motivasi keibubapaan"_ 9/11/12_MATIN,Perlis<

~manusia dengan penciptaannya yang cukup indah sudah cukup membuktikan betapa Sang Pencipta diri sangat kreatif, kritis, dinamik ! He is The Greatest Engineer!

penciptaan manusia bersama 4 keperluan asasi! ini perkara utama..aulawiyat..ohh Tuhan. belum berkesempatan aku menyelak Fiqh Aulawiyat karya ulama dunia~Dr. Yusuf Qardhawi..
konteks yang disampaikan oleh Ust Zamri ialah keperluan yang perlu dilunaskan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka..namun aku lebih gemar untuk membuka pandangan ini dengan lebih luas.ayuh kita fikir dan apa yang perlu dilakukan..

=> keperluan fizikal
duhai manusia..ini adalah keperluan hakiki setiap ciptaan bernyawa..andai keperluan ini pun tak mampu untuk dilunaskan maka berfikirlah.. sekecil sang kelicap itu bersungguh mencari makan dan tempat tinggal yang baik buat penyejuk matanya..kasihanilah diri sendiri. kasihanilah anak2..

=> keperluan intelektual
ayyuhal ikhwati fil Islam.. Ad-Din yang suci ini tak akan pernah membina tembok pemisah antara ilmu dunia dan ilmu akhirat..setiap ilmu itu milik Allah..ilmu yang bermanfaat adalah penyelamat buat kita dulu, kini dan selamanya.. di mana tahap Ilmu dalam Islam? pertama!!!


اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ ﴿١﴾ 
"Bacalah! dengan nama Tuhanmu yang menciptakan"
(96:1)
telah disepakati bahawa ayat ini merupakan ayat Quran pertama buat junjungan besar Muhammad SAW..sudah cukup membuktikan bahawa Ilmu itu kunci Syurga. Dengan ilmu kita mengenal Allah. Dengan ilmu kita mengenal segala penciptaan Allah.
ustaz Zamri menegaskan bahawa ibu bapa perlu mengenal potensi anak-anak untuk berjaya dalam bidang intelektual ini..anak perlu diberi perhatian, sokongan dan bimbingan

=>keperluan spiritual
Islam sangat menitikberatkan isu ini..ibu bapa perlu mendidik anak menjadi insan yang patuh, setia dan cinta kepada Allah dan Rasulnya..bukan menjadi pemegang amanah yang tidak menjalankan tanggungjawab.menyerahkan tugas mendidik dan mengasuh anak kepada sekolah semata. mana mungkin seorang guru mampu mendidik sekelas pelajar lebih hebat daripada seorang ibu atau ayah. ayuh swastakanlah pendidikan kepada institusi pengajian semata dan kita akan melihat sendiri keruntuhan tamadun ini!
"setiap bayi yang dilahirkan umpama kain putih, maka IBU BAPA lah yang mencorakkannya,
menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi"

=>keperluan kasih sayang
hak yang sering dilupakan oleh ibu bapa zaman kontemporari..duhai ibu ayah..setiap anak memerlukan masa kualiti bersamamu. bukanlah masa yang panjang itu menjadi tuntutan..ayuh selami kisah Ibrahim AS
Baginda merupakan seorang Nabi yang kerap "out station" dan terpaksa meninggalkan anaknya Ismail AS bersama isteri Baginda. Masa yang berkualiti sudah cukup memupuk keakraban antara mereka berdua. Baginda juga sangat menghormati anaknya. Baginda menanyakan pendapat Ismail saat perintah menyembelih
diturunkan oleh Tuhan Sang Pencipta. anak tidak memerlukan ibu bapa yang menghukum, suka menyalahkan sertam membanding anak mereka. anak memerlukan ibu bapa yang mampu memberi kasih sayang kepada mereka. mampu memberikan perhatian kepada mereka.. itulah kunci kekuatan hubungan ibu bapa dan anak.
masalah kekurangan hak ini pasti menjadi runcing apabila anak remaja mula mencari perhatian di luar rumah..sudah cukup bukti daripada masalah sosial yang timbul dalam dunia hari ini..

moga Tuhan memberi kekuatan untuk kita beramal dengan ilmu. insyaAllah..amin

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

"Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku."


~saat lafaz sakinah itu terungkap..bersedialah membina sebuah keluarga ISLAM.bersedialah mendidik anak dan isteri menjadi hamba Allah~

~islah nafsak wadh'u ghairak~

Friday, October 12, 2012

duNia HitaM

Dunia terasa pudar,
aku berdiri sendiri,
terasa goyang digoncang,
sampai suatu saat,
pasti aku akan rebah,
bila tibanya saat tersungkur,
terasa payah untuk bertatih semula,
ahh! ada iman yang perlu aku pertahankan,
ada akidah yang perlu diperutuhkan.

Dalam dunia hitam,
terlalu sukar jalan yang perlu aku tempuh,
berbekal iman yang rapuh,
dan segenap dosa yang membutakan jiwa,
aku perlu teguh,
mujur Tuhan anugerahkan aku sahabat,
mereka ini yang mahu berjuang bersamaku,
mereka ini yang mahu menggenggam tanganku saat jatuh,

Dalam dunia kelam,
harus ku gagahi agar mata bisa dibuka,
ahh!! hampir sahaja buta dalam dunia hitam,
tirai kebenaran harus aku singkap,
gelap batil itu mesti aku tumbangkan,
aku tak boleh biar ia terus membutakan aku,
aku tak mampu biar ia membutakan sahabat dan generasi hadapan,
jalan perjuangan ini harus aku tempuh,

Dalam dunia hitam.
Tuhan mengajarku erti kehidupan,
aku harus sedar yang pahit itu ubat,
belum pasti yang disukai itu baik,
jangan yakin yang dibenci itu merosakkan,
Tuhan mengajarku agar sabar dan syukur,
itu pasti meneguhkan jiwa,
jalan perjuangan ada nilai pengorbanan,
Tuhan mengajarku mesti bangkit saat rebah,
pohon ampun tika bersalah,
kerana cintaNya kepada hamba tiada berbelah.

credit: Abdullah Zahid, Raja Nurul Azhani




~islah nafsak wad'u ghairak~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...