Sunday, March 31, 2013

Abu Dzar vs Bilal Al-Habsyi


Bismillah..

Ukhuwah. 1 kata yang tampak biasa. terkandung di dalamnya seribu makna. buat mereka yang perolehnya kerana iman. cinta yang bersemi antara manusia kerana kasih kepada Allah, Rasul (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) dan perjuangan. 
Ukhuwah tertinggi nilaiannya pada ithar, iaitu melebihkan sahabat daripada diri sendiri. Bahkan yang terendah itu ialah salamatu as-sadr, berlapang dada.

di sampaikan kepada kami oleh Syeikhuna Dr. Harun Din.
~ al-kisah pada suatu ketika sedang dalam majlis Habibuna Muhammad (
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) berbalah pula 2 sahabat kesayangan Baginda , Saidina Abu Dzar dan Saidina Bilal Al-Habasyi Radhiallahu 'anhuma. sampai satu tahap terpacul daripada mulut Saidina Abu Dzar, "diam kamu wahai anak hitam!". Lalu tersenyumlah Si Murabbi Ummah. Baginda (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) lalu berkata kepada umum, "gandum sudah melebihi gantang". Difahamilah maksud Baginda bahawa Saidina Abu Dzar sudah melampaui batas. Dengan serta-merta Saidina Abu Dzar memegang tangan Saidina Bilal. Lantas diletakkan pipinya ke tanah, lalu diminta kepada Saidina Bilal untuk dipijak mukanya sebagai tanda memohon maaf. Lalu Saidina Bilal segera mengangkat Saidina Abu Dzar lantas berpelukan mereka berdua. Lunturlah rasa bomgkak yang menjalar dalam diri Saidina Abu Dzar. Bermaafanlah mereka berdua.~

haza min fadhli Rabbi



ikhwati fillah.. sedikit perkongsian ini harapnya menjadi pegangan kepada kita bahawa ukhuwah Islami ini sangat tinggi. berterima kasihlah kepada Allah dan Murabbu Ummah kerana menganugerahkan kita dengan mereka-mereka yang menyayangi kita.. Islam tidak meletakkan nilai kemuliaan seseorang berdasarkan warna dan keturunan. bahkan taqwa juga yang menjadi penanda aras kemuliaan seseorang di sisi Allah.

akhir al-kalam.. sedarkah kita bahawa Baginda 
 (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) sangat menyangi umatnya..tidakkah kita merasa rugi kerana tidak sayang kepada diri sendiri ??
Uhibbukum fillah!



~islah Nafsak wadh'u ghairak~

Sunday, March 24, 2013

just 20, or already 20 ??


Bismillah..
Setinggi puji buat Allah, hanya sa nya Inayah dan Hidayah milik-Nya selamanya..
Selawat dan Salam buat pencetus perjuangan Islam, Nabiyuna Muhammad (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ)
ahbabana fil Islam,

Alhamdulillah,
semalam genap umur sahabatku mengecap 20 tahun hidup dengan rahmat Allah..Moga Allah melindungimu di mana sahaja kau berada Amirul Annuar! =)

aku bila? insyaAllah tak lama lagi..tapi kalau ikut hijri dah 20++ pun..bukanlah isu berapa umur kita yang ingin saya persoalkan..tetapi apakah yang sepatutnya kita isi dalam usia menjangkau 20-an ini..

ikhwati fil Islam,
bukan pula saya seorang yang terbaik untuk bicara mengenai isu ini..namun moga catatan ini menjadi pedoman dan 'kick start' buat saya dan sahabat-sahabat untuk melangkah maju demi Islam!
secara majoritinya kita semua sedang menghadapi umur 20 sebagai pelajar. lebih sesuai untuk saya katakan mahasiswa. apa makna mahasiswa?  "panggilan untuk orang yang sedang menjalani pendidikan tinggi di sebuah universitas atau perguruan tinggi" cik Wiki punya jawapan..
jawapan aku? kelompok manusia yang mempunyai intelektualan tahap tertinggi..

ayuh kembali kita cermin diri..dalam umur ini bagaimana kita menghiasi hidup kita? masih bersifat keanak-anakan? masih mahu bercanda bila mengusahakan pekerjaan yang serius? masih hidup dalam dunia kartun hingga terzahir ke dalam kehidupan? masih belum mengerti apa itu adab dan hormat? seperti kanak-kanak tadika yang semakin bising bila disuruh diam oleh cikgu? APAKAH DIRASA TERLALU MUDA UNTUK CAKNA SOAL KEHIDUPAN DUNIA DAN AKHIRAT ?
tepuk dada tanya iman..

ada golongan yang cuba bersuara,"saya baru 20, muda lagi kot! ". "lek luuu...malam masih muda".
aiwahh..lupakah kalian "pamuda harapan banga, pemudi tiang negara" ???
"jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah kepada anak mudanya", Dr Yusuf Qardawi..
apakah cendekiawan ini meletakkan harapan negara pada golongan yang hanya ingin libur sepanjang usia mudanya? apakah cendekiawan ini tidak memandang serius soal pembinaan negara?
semestinya tidak. bahkan mereka menyatakan perkara yang hakikat! hakikatnya masa depan negara itu terletak kepada anak muda hari ini.

"bagi la saya can nak lepak, muda lagi kot". Allahurabbi..
ayuh kita imbau sejarah pejuang zaman lampau.Usamah Zaid ditugaskan oleh Rasulullah (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) memimpin Hizbullah menentang Rom ketika umur 18. Al-Fateh merupakan gelaran yang diberikan kepada seorang manusia yang menggunakan usia mudanya menggegar Konstantinopel dengan syiar Syahadah. dialah Sultan Muhammad, memimpin Turki dalam lingkungan usia 20-an. Imam Asy-Syafie diberikan amanah untuk mengeluarkan fatwa ketika umur 15.
Allah..mengapa dalam lingkungan usia yang 'terlalu muda' mereka sudah berjaya memikul tanggungjawab yang begitu besar?? secara ringkas boleh saya katakan mereka ini golongan yang SERIUS dan IKHLAS dalam melaksanakan amanah.

"mereka sudah hebat dari sudut iman. kami lemah"..
saya ni hebat sangat kah nak sampaikan seruan ini ?? ohh jauh panggang dari api. bagai langit dan bumi. tidak lah saya katakan kita perlu hebat seperti mereka untuk menggalas tanggungjawab dan amanah menjadi anak muda Islam. namun sampai bila kita mahu tunggu diri menjadi hebat seperti mereka?
Islam tidak menuntut kesempurnaan diri untuk menjadi anak muda Islam. Islam menuntut islah dan muhasabah.. moga dengan menyahut perjuangan Islam menjadikan kita memperoleh iman sekental mereka. Amin..

Ikhwati fil Islam,
ayuh kita kembali kepada sejarah baru, anak muda Islam yang serius dalam hidup mereka. Dr. Burhanuddin al-Helmy anak kelahiran Changkat Tualang, Perak merupakan seorang pejuang kemerdekaan ketika zaman mudanya. Beliau juga berperanan besar dalam mengembangkan dakwah Islam di Malaysia ini.
Anwar Ibrahim? ayuh kita lihat dari sudut perjuangannya ketika masih bergelar mahasiswa. ketika beliau masih menuntut di UM, beliau banyak berjuang demi rakyat. sebagai contoh isu kemiskinan di Baling. beliau berjaya membuka mata pihak kerajaan. Dasar Ekonomi Baru ini hasil perjuangan ANAK MUDA!

duhai anak muda!
mengapa tika muda? bukankan tika ini fikiran kita masih belum disibukkan dengan tanggungjawab anak bini?
bukankah tika ini tahap intelektual dan kecergasan fizikal kita di tahap tertinggi? bukankan saat ini darah mudah kita memangkin semangat untuk menggalas tanggungjawab perjuangan Islam?
perlukah saya jawabkan untuk anda?
ataukah saya perlu memberikan penerangan agar tiada alasan-alasan yang tempang dikemukakan?
tepuk dada tanya iman..

"saya nak belajar!"
ohh alasan ini..apakah pejuang-pejuang agama ini lemah dari sudut pelajarannya?
apakah dia lemah kerana berjuang?

Ikhwati fil Islam,
Islamisasi sedang giat diusahakan. Qasidah yang dulu tidak diketahui kini menjadi demam buat rakyat Malaysia. kesedaran untuk kembali kepada fitrah semakin menular. kuliah pengajian kitab semakin sesak. jemaah solat 5 waktu semakin bertambah. apakah kita sekadar mahu duduk senang dan lihat? tidakkah kita teringin masuk syurga kerana menyambung rantai perjuangan Baginda (صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) ?
dunia hari ini perlukan jiwa muda yang faham Islam untuk berjuang. maafkan saya.. Islam tak perlukan kita. tapi kita yang perlukan Islam.. Jadi kita perlu berjuang untuk mendapatkan Islam! Islam perlu memerintah dunia agar kita dapat merasa kehidupan Islam diamalkan ! ayuh persiapkan diri..berjuanglah!

~islah nafsak wad'u ghairak~

Thursday, February 14, 2013

time to DeTerMine!

Bismillah..
Assalamu'alaikum.
setinggi pujian buat Sang Pencipta yang sudi menganugerahkan Kekasih Abadi Muhammad S.A.W kepada seluruh penduduk bumi. yang dengan kehadirannya kita bisa merasai nikmat cinta Allah dan Rasulnya. dan cinta hambanya yang lain.
izinkan buat kali ini hamba berterima kasih kpd sahabat2 sudi membaca celoteh jiwa kosong ini..

"Allah bertindak menurut sangkaan hambanya"

ikhwati fillah,
izinkan hamba berkongsi 2 cerita yang barangkali mampu menjadi santapan jiwa kita supaya mujahadah kita kepada Cinta Allah terus subur.

cerita 1

masih aku ingati pada zaman sekolah dulu Allah memperkenalkan aku dengan seorang jejaka.Katanya bersekolah di sebuah sekolah terkemuka di Ipoh. Aku sendiri tahu sedikit sebanyak mengenai sekolah tersebut. sekolah agama.ya aku pula sekolah biasa.sedikit luar biasa kerana semua pelajar perempuan. berkenalan dalam masa singkat, ayah mula menghidu sesuatu. demi menjadi anak yang taat aku turutkan perintah ayah untuk tidak lagi menghubunginya sehingga taman persekolahan.

2 tahun kemudian, tanpa diduga dia kembali menghubungiku. bertanya ke mana arah hidup seterusnya. tanpa aku sangka Allah mempertemukan kami. belajar di IPT yang sama. Ya Allah. apa yang sedang kau aturkan buat ku?  dapat aku rasa sedikit perbezaan dalam corak kehidupan kami. apa yang aku tahu dia lebih dekat dengan Allah. aku pula? barangkali sedikit jauh. mungkin perbezaan "bi'ah" (suasana) yang membentuk kelainan tersebut. Alhamdulillah aku tekad untuk mencari sesuatu yang dapat mendekatkan aku dengan Allah sebelum aku melangkah keluar dari sini. ayah pula seakan memahami gerak hati ku dengan menghadiahkan 2 helai tudung yang janggal buatku. orang panggil "tudung labuh"

Allah. masih belum ada kekuatan untuk aku menyarung tudung tersebut. aku perlu melakukan perubahan secara perlahan. masih terngiang di telinga, ketika itu ada suara-suara merdu yang terus mengasakku melakukan perubahan. "jangan difikirkan sangat apa kata orang. ajal tak tunggu bila kita berubah dulu baru dia datang". "jangan risau, buat je perubahan luaran, insyaAllah dari luar kita tarik dia masuk dalam". "biarla apa orang nak kata, tudung labuh tapi perangai buruk, janji sebagai seorang muslimah ko dah jaga zahir ko. yang dalaman itu kita sama-samalah perbaiki. bukan semua budak tudung labuh itu baik. tapi budak baik mesti nak pakai tutup aurat, kan? " begitulah antara suara merdu yang sangat aku rindui. terus memberi motivasi ke arah kebaikan meski diri sendiri pun masih kekurangan.

tak kurang juga suara yang terlalu sumbang, pic langsung tak cantik. "aku dah tengok ramai orang macam kau ni. mula-mula beria-ia nak berubah. pakai tudung labuh. last-last ke laut jugak." "kita kalau nak berubah kena ikut urutan. buat yang basic dulu. betulkan solat. akhlak. lepas itu baru la pakai tudung labuh. tak la mencemarkan nama baik Islam". "ko tak payah la nak poyo pakai tudung labuh sekejap-sekejap. ko dengan aku lebih kurang je. bukan baik sangat". wah! rasa teringin sekali menempel cili api dalam mulut berduri ni.

Alhamdulillah mujur juga Allah mempertemukan aku dengan dia. Dia banyak memberi motivasi kepada ku. kerap pula dia bertanya tentang hubungan seharianku dengan Allah. dia juga turut mengheret aku menjadi ahli jawatankuasa surau. katanya bersahabat dengan mereka dapat mendekatkan aku dengan Allah. InsyaAllah!

dalam meniti kehidupan setelah menjalani transformasi, banyak juga ujian yang Allah sediakan sebagai hadiah buatku. antara ujian yang paling berat buatku adalah dirinya. ditakdirkan Allah menguji kami berdua. dia sebagai da'e dan aku sebagai mad'u. masalah hati remaja yang kurang kasih sayang. dan kurang pula kasihnya kepada Allah.. mujur Allah masih sayangkan kami. akhirnya Allah membuka jalan keluar. doa sentiasa dipanjatkan agar Allah memberikan kami kekuatan agar cinta utama adalah Allah!
* jagalah niatmu sebelum, semasa dan selepas berbuat sesuatu!~

cerita 2

melangkah ke sebuah IPT yang menjadikan kejuruteraan sebagai kos utama bukanlah suatu yang pernah termaktub dalam mindaku. namun iman yang tergoncang pantas diingatkan kepada janji Allah.

"Allah adalah sebaik-baik perancang"
Allah lebih tahu apa yang terbaik buatku. rupanya kolej kediamanku agak hampir dengan tempat-tempat yang biasa menjadi taman syurga. majlis ilmu setiap minggu akan diadakan di sana. Alhamdulillah. masih hidup hatiku dengan ilmu agama insyaAllah.

satu hari sahabatku mengajakku ke sebuah majlis ilmu. katanya dia tahu tempat tersebut. aku sendiri kurang pasti lokasinya. namun nama tempat itu sudah berkali-kali bermain dilidahku dan sahabat lain. masa yang ditunggu sudah tiba. azan maghrib hanya lagi beberapa minit. namun sahabatku bereras untuk maghrib di sana sahaja. aku serah semua kepada Allah. moga Allah permudahkan.. Allahumma yusahhil!

motosikal yang ditunggang meluncur laju melalui tengah bandar. itu sahaja jalan yang dia tahu. maghrib semakin hampir. hatiku semakin gusar. dengan yakin sahabatku memasuki satu simpang. dia sendiri tidak pasti apakah simpang itu jalan sebenarnya. astaghfirullah! salah! semakin gusar hatiku. Ya Allah! izinkan kami! dia mencuba simpang yang seterusnya.. masih belum nampak bahawa jalan yang dipilihnya betul. namun dia tetap terus. tidak patah semula ke belakang seperti simpang tadi. beberapa meter ke hadapan akhirnya nampak sudah papan tanda destinasi kami. "taman jali" !

Alhamdulillah. Allah izinkan kami! dalam keadaan samar-samar dia menoleh ke belakang untuk menyatakan sesuatu kepadaku. "kalau kita mahu Allah akan bagi".

ikhwati fillah,
2 kisah ini adaptasi dari kisah benar. usah ditanya siapakah gerangannya. yang penting apa isinya.
~tekadlah untuk memperoleh sesuatu yang baik
~serahlah urusan kepada Allah
~always positive towards Him
~terus mendongak dan melangkah memburu redha Allah!

aku bukanlah yang terbaik untuk memperkatakan tentang ini. namun barangkali yang yang membacanya mampu mengamalkannya dengan lebih baik.

wallahu a'lam
~islah nafsak wadh'u ghairak~

Thursday, December 13, 2012

hakikat sebuah realiti


48:2

"That Allah may forgive for you what preceded of your sin and what will follow and complete His favor upon you and guide you to a straight path"
(al-fath ;2)

Bismillah..
hidup sebuah perjalanan,
jalan yang mudah bukan untuk yang mahu berjaya,
dunia remaja terlalu menggila,
membaham setiap jiwa yang tempang,
merosakkan hati yang bertatih mencari cinta Ilahi.

perjalanan hidup,

di atas dunia yang kusam dan muram,
zahirnya nampak terlalu indah,
mempersona nian buat penghuni seluruhnya,
memperkukuh si hamba yang mati hati terhadap fatamorgana,
tapi goyah pula si daif yang terpukau,
terlalu indah dunia ciptaan Tuhan.

realiti ini,
berlari sebelum bertatih bukan pilihan,

kelak tempang sebelum punya kaki,
diam dalam maya yang membunuh jiwa,

terlalu memeritkan buat sang muda pengembara,
dalam musafir mengejar yang belum dipunya,

sambil menggenggam bara yang terlalu suci,
perlu melayar bahtera dengan badai gila,

lalu diberi tentangan musuh yang dengki dengan perjuangannya.

Besarnya cinta,

setiap jatuhku terasa ada yang menyambut,
jangan sampai jatuh terus ke lohong neraka,

cinta itu terlalu suci tanpa cemburu,
setia buat si buta yang sering alpa dan lupa,
Dia tetap dengan janji-Nya untuk menerima,
tanpa dendam walau sekelumit,

sedia memaaf setiap langkah pulangku.
Tuhan!
aku hanya anak muda yang terlalu daif,

terampil sekukuh gagak di awan,
hanya Engkau mengetahui jiwa umpama biskut dicicah air mendidih,
saat Kau menyentuh hati saat aku mencari,
rasa hina menyapa diri,
mengapa terlalu sukar aku setia seperti-Mu ?

bantu aku Tuhan!
aku hamba yang lemah lahir batin.

Wednesday, November 14, 2012

.SisTeR in HiJaB.


Bismillah..Al kisah tersebutlah pada suatu petang yang dingin. Aku baru sahaja keluar dari bilik kuliah yang bersuhu dibawah paras beku pipiku..  Ohh petang itu nyaman luar biasa.. Berjalan mencari-cari sinar harapan umtuk pulang ke kolej kediaman yang terletak 20km dari kampus dengan kadar yang segera. Ohh bas… Ohh bas wang ulu.. Di manakah kau ?

Dalam keasyikan menunggu bas, aku dan seorang sahabat, Yas(bukan nama sebenar) terpandang satu susuk tubuh yang sering menjadi bahan kami bergelak ketawa. Bukan kerana menghina. Tetapi perwatakannya yang sangat menarik membuatkan kami kagum dengannya. Disamping pakaian yang melindungi kehormatannya menambah kehebatannya di mata kami..

lalu yas bersuara,”aku kadang-kadang rasa tak berapa suka dengan cara dia”.

pantas aku memotong,” kau kena kenal dia dulu. Setahun aku kenal dia.aku sangat respek dia. Dalam keadaan bertudung labuh tak membuatkan dia hilang wataknya. Dia seorang yang berani.”

Yas menambah, “bukan laa..maksud aku. Cara dia macam tak sesuai la dengan appearance dia. Maksud aku, macam kadang-kadang aku tengok dia selumber je. Kalau dia rasa nak jumpa lelaki rileks je dia pergi jumpa seorang. Macam kalau aku tengok budak-budak tudung labuh lain kalau nak jumpa lelaki even depan orang ramai mesti kurang-kurang berdua.”

“betul la tu. Tapi setidaknya aku yakin belum pernah lagi dia jumpa lelaki secara berdua tanpa ada orang lain. Kalau kau kata pernah Nampak dia jumpa lelaki maksudnya mesti la masa depan orang ramau betul? Kalau tak mesti kau pun tak nampak..

“ye la. Tapi tah laa..aku rasa macam tak syok la tengok”

“hahaa..kau kena faham satu perkara pasal dia. She appear like that just because of Allah. Pada pendapat aku. Dah Allah suruh dia tutup aurat dengan sempurna. Itu la yang dia cuba buat. Cuma masalah ikhtilat tu mungkin dia belum faham. Ataupun mungkin sensitiviti dia tak sama macam budak-budak tudung labuh yang lain. DIa bukan budak sekolah agama yang dididik tentang masalah ikhtilat. Tapi hati dia bersih daripada fitnah syaitan dalam masalah ikhtilat. Sebab itu bila dia nak jumpa lelaki misalnya dia dah tak tengok kiri kanan sangat. Janji bukan dalam keadaan boleh membawa fitnah.”

“erm..ok aku faham.tapi tah laa..susah aku nak terima orang macam dia ni”

“ahahaa..tak pe. Sebanarnya bukan dia sorang je yang macam ni. Ramai sangat muslimat yang senasib dengan dia. Aku harap ada la sahabat-sahabat muslimat yang ambil tindakan kepada golongan macam ni. Diorang nak jadi hamba yang taat keapda Allah. Cuma mungkin dari segi pengisian akhlak dan hati diorang masih tercari-cari lagi.”

“insyaAllah. Aku akan cuba untuk terima orang-orang macam ni. Tapi aku tengok kadang-kadang dia ni cakap kasar sikit la. Kurang adab”

“macam aku cakap tadi lah. Diai ni perlukan bimbingan membina akhlak dan hati. Tapi cuba kau fikir dari satu sudut. Dengan keberanian bersuara dan kehadapan kalau diasah bakatnya dia mampu menjadi pendakwah..malah mungkin lebih hebat daripada yang ada sekarang..  Alahh.. ini baru diorang. Lagi sedih kalau kita tengok orang yang dah belajar tinggi-tinggi tapi adab macam orang belajar bawah tanah. Berdoalah supaya kita dapat sama-sama memperbaiki diri. amin”

“so apa peranan kita ?”

“yang itu aku nak tinggalkan sebagai persoalan kepada sahabat pembaca blog aku” =)

sahabat-sahabat yang aku muliakan.. aku harap hiwar ini dapat membuka mata kita semua tentang kewujudan golongan seperti ini. Tak kiralah muslimin atau muslimat. Semua mereka memerlukan sokongan dan dokongan daripada sahabat yang hebat seperti anda. Janganlah di hukum mereka…
~islah nafsak wadh'u ghairak~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...