Thursday, February 10, 2011

Aku Butuh Kamu Teman!!

Bismillahirrahmanirrahim…

Ya Allah. Dengan kekuatan yang Engkau berikan..Izinkan aku mencoret kisah ini…Amin..

Kali ini aku bertekad untuk memohon sahabat2 berfikir sejenak untuk membantu sahabatmu ini dalam menghadapi kesulitan hidup..Bukan bermakna aku tak mencari bantuan Allah..Tapi aku fikir mungkin Allah mewasilahkan hidayah dan taufiqNya melalui antum..InsyaAllah….

Tiap kali aku berfikir apakah ilmu yang telah aku pelajari sekian umurku ini cukup sebagai bekalan hidupku..Mana mungkin cukup! Tapi apakah pula ilmu yang Allah kurniakan selama ini telah aku gunakan dalam setiap keadaan dan waktu?? Aku bersedia untuk menjawab TIDAK!..Allah....Telah banyak ilmu yang Kau curahkan dalam jiwa aku..Namun begitu sukar untuk aku jadikan sebagai bekalan dalam mendidik jiwa dan Iman untuk lebih dekat padaMu…Ilmu Tanpa amal ibarat pokok tak berbuah..Namun apa daya hamba untuk memastikan ilmu itu menjadi tembok pemisah dengan fitnah dunia andai Iman sebesar zarah amat sukar untuk dipelihara…Allah….

Kerap kali aku terfikir bahawa aku mesti mencari jalan pulang setiap kali aku tersasar dari jalanMu..Lalu aku mula mengorak langkah untuk kembali mencari cintaMu ya Tuhan…Ada daya dan usaha ku untuk kembali ke jalan Mu namun kerap kali langkah ku terhenti dek fitnah dunia akhir zaman yang bisa membakar Iman lalu menjahanamkan jiwa manusia.. Bukan tak pernah aku menitiskan air mata meski mendengar hiburan dunia dek teringat keindahan bait2 lagu yang mengingatkan aku padaMu….


Genggaman tanganMu, =pertolongan yang Kau berikan

Semangatku terus membara, =untuk aku teruskan perjuangan sebagai hamba yang mencari cintaMu

Janjiku padaMu,

HarapanMu inginku laksanakan,

Kau adalah ilham, =Kau beri hidayah pada kami

pada mereka yang ingin Berjaya,

Ku teguh berdiri,

tiada ragu atau gentar, =kerana janjiMu tiada aku ragui

Ku terus berani melangkah maju,

Terus kehadapan,

satu impian nyawaku pertaruhkan….


Allah….bukan mudah untuk aku istiqamah menjadi insane yang tulus hatinya sentiasa taat segala perintah dan tinggal segala laranganMu….Tuhan..izinkan aku mencari teman dan sahabat yang menyandarkan hati mereka kepadaMu supaya dapat juga hatiku terpaut padaMu….Amin….

Duhai teman!(antum lah tu)…kali ini aku butuh kamu untuk mencarikan aku cara untuk aku tetap dalam Imanku…agar tidak mudah aku goyah dalam melayari lautan fitnah dunia yang penuh mehnah ujian…agar diperkukuhkan taqwaku…meski ilmuku ini bukanlah sedikit…tetapi aku benar gagal menjadikan ia panduan menggapai kebahagiaan hakiki…bantulah aku agar dapat aku mencari cita dan cinta sejati….meneguhkan hati ini kpadaNya..InsyaAllah….Amin….

Tuhan...berikanlah aku ketenangan jiwa agar dapat aku teruskan perjuangan mencari redhaMU...Amin...

TEMAN!! AKU BUTUH KAMU!!!

“dan salah satu daripada hak Muslim keatas Muslim yang lain; apabila dia meminta nasihat maka berikanlah”……..

Tuesday, February 8, 2011

~JUJUR, menipu..Bergurau~

Uhaiyikum Bitahiyatil Islam, Tahiyyatan Mubaraka min ‘indiLaah,

Fasalamullahi Alaikum warahmatuhu Wabarakatuh……….

(yang ni dah lama tulis tapi baru nak publish)

Alhamdulillah…Setelah sebulan berjuang bersama para sahabat tercinta maka beakhirlah sudah perjuangan kami di sekolah. Tiada lagi title “budak sekolah” pada kami semua.

Pada hari ahad minggu saya tamat sekolah, saya bermusafir dari Ipoh untuk datang ke Education Fair di PWTC. Banyak perkara yang saya belajar pada waktu itu. Aduh!. Bagaimana agaknya saya dan rakan2 bisa menempuh zaman remaja yang hidup pada zaman ini. Seperti kata seorang sahabat saya (Ulul Ahlam Damanhuri) dunia pada zaman ini dunia yang kejam. Apa pendapat anda?? Saya fikir mana mungkin sahabat saya yang berhikmah itu bercakap di hadapan khalayak tanpa berfikir panjang…

Pembaca yang dihormati,

Saya berfikir sungguh benar kata sahabat saya itu. Tapi bagaimana pula sebagai manusia yang telah diberi ilmu tentang itu, kita seharusnya bertindak? Bagaimana amalan kita? Apa yang seharusnya kita lakukan??…berfikir dan terus berfikir. Itu sememangnya tugas para khalifah yang berjaya di bumi ini..namun pada satu malam seorang bekas senior saya memberitahu bahawa berfikir mesti berjalan seiringan dengan tindakan…tak guna berfikir tapi tak bertindak…

Seorang daripada konsultan di situ semalam menawarkan pada saya pendidikan yang membolehkan saya menjadi seorang Doktor pada umur 23 dengan terus menyambung pelajaran pada Januari ini. Awal2 Dr. tuh cerita saya dh macam tak percaya.Bukan sebab dia nak tipu.Tapi saya macam susah nak percaya sebab takut ditipu. Tambahan lagi, tawaran yang dia cerita pada saya macam sangat jarang saya dengar..Kalau SPM tak cukup bagus untuk melayakkan saya menjadi seorang Dr. saya boleh topup subjek yang lemah sambil belajar medic dengan mengambil o-level…Tapi saya tak yakin dia tuh menipu. .

Justeru saya mahu mengajak para pembaca untuk muhasabah diri kita. Sehebat mana sifat jujur kita?? Adakah kita ini sudah cukup jujur dalam setiap perkara. Ingatlah bahawa Nabi kita yang tercinta ada bersabda, “dan katakanlah yang benar walau ianya pahit”. Sebagai umat yang patuh wajib bagi kita untuk meninggalkan perkara tersebut…WAJIB!!!

Pandanglah diri kita, sebanyak mana kita berdusta setiap hari?? Dalam gurau senda?? Dalam bicara biasa?? Adakah kita telah termasuk dalam golongan penipu?? Mungkin saya harus mengingatkan diri saya sendiri dan para pembaca mengenai kisah Si peenjaga kambing dan musang..bagaimana dia sering menipu penduduk kampung yang sangat perihatin dengan menyatakan bahawa kambig pelharaannya diserang musang.. Walaupun dia hanya mahu bergurau tetapi telah menyebabkan orang kampung tidak mahu mempercayai pemuda tersebut lagi..Akhirnya ketika kambingnya benar2 diserang musang, penduduk kampung tidak mahu menolongnya kerana menyangka pemuda itu menipu lagi…bahkan ada peristiwa yang berlaku di depan mata saya sendiri apabila seorang sahabat saya berbicara walaupun dengan muka serius tetapi rakan2 lain terus mengatakan “ye2 je ko ni”…..

Para pembaca yang budiman,

Akhir kalam, Berhati-hatilah dalam berbicara dan bergurau senda setiap hari. Jangan sampai yang kesat dan dusta itu terhambur daripada mulut kita. Kelak diri sendiri yang merana dek perbuatan semalam..Beringat sebelum kena..Sudah terhantuk baru nak terngadah tiada beguna..Jangan pula kita lupa azab di sana seandainya perbuatan itu menjadi rutin kita..HATI-HATI!!!

Wallahu a’lam

Wednesday, February 2, 2011

Tawakkallah dan Bersyukurlah…

Bismillah…

Afalam yasiru fil ardhi fayanzhuru kaifa kana ‘aqibatul lazi na min qablihim (Surah Muhammad:10)

Dalam meniti setiap hari baru untuk orang yang beriman pasti ada perkara baru yang kita tempuhi..Pasti ada satu masalah baru yang perlu kita selesaikan..Pasti ada ujian baru yang perlu kita hadapi..Pasti ada hakikat baru yang kita mesti terima…Seandainya kita seorang mu’min pasti perkara ini tidak sesukar mana untuk kita laksanakan kerana semua urusan kita disandarkan kepada Allah yang maha kuasa…InsyaAllah…

Namun semua ini tak mungkin kita capai tanpa hati yang tulus ikhlas meletakkan seluruh kepercayaan dan tawakkal kita kepada Allah setelah selesai kita menguruskan usaha kita dengan bersungguh-sungguh..Ingin saya mengenang kembali sirah yang dirakam Allah Ta’ala dalam KitabNya mengenai kisah ibu Nabi Musa…Menurut cerita yang dikisahkan dihadapan saya dan rakan2 di KIDU oleh Ustaz Abdul Ghani..

Ceritanya bermula apabila Ibu Baginda Musa a.s. tidak mahu membiarkan anaknya itu dibunuh oleh orang suruhan Firaun La’natullah..Lalu Allah s.w.t. telah mengarahkan Ibu itu meletakkan bayi itu ke dalam sebuah kotak yang dibuat daripada jerami untuk dilepaskan ke dalam sungai…Dalam gundah keraguan dalam hatinya si Ibu tetap melaksanakan arahan tersebut..(Alahai hati!!!JANGAN PERNAH DIRAGU ARAHAN DAN LARANGAN ALLAH!!!) Lalu dimanta kakaknya mengikut arah mana anaknya itu dihanyutkan…

Dipendekkan cerita, isteri Firaun meminta dia mencarikan ibu yang boleh menyusukan bayi yang dijumpainya dalam bakul jerami tadi…Para pengawal yang diarahkan pergi membawa bayi itu untuk mendapatkan ibu yang boleh menyusukannya..Lalu ditakdirkan Allah bahawa Ibu tadi telah menjadi ibu yang menyusukan anaknya sendiri, Musa a.s..Bahkan anaknya itu mendapat perlindungan istimewa di istana Firaun…

Begitulah cerita yang perlu dijadikan I’tibar oleh kita sebagai hamba yang beriman dan bertaqwa kepadanya…Yakinlah bahawa setiap kejadian yang berlaku ke atas diri kita telah diaturkan Allah dengan sebaik-baiknya bersama hikmah yang hanya akan kita sedari entah penghujung hari entah esok..

Untuk berbicara tentang syukur juga perkara yang timbul dari hati..Sedar atau tidak syukur merupakan antara kunci iman seseorang..Rasa tidak bersyukur mampu meruntuhkan iman..Wahai pembaca yang budiman, sungguh benar untuk sentiasa menjadi hamba yang bersyukur bukanlah sesuatu yang mudah bahkan payah benar..Namun dengan keimanan dan ketakwaan yang teguh kepada qadar dan qada’ Allah serta janji Allah dalam surah Al-Insyirah yang bermaksud “Sesunguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan”..

Saya ingin menerusakan Sirah Nabi Musa a.s. dengan kisah bagaimana sikap Bani Israel atau lebih dikenali sebagai bangsa Yahudi ini yang terkenal dengan kemunafikan mereka pada Zaman Rasulullah s.a.w.. Menurut cerita yang disampaikan oleh Ustaz tersebut setelah Nabi Musa berjaya melarikan diri bersama pengikutnya dari hambatan Firaun bersama bala tenteranya, mereka terdampar di kawasan padang pasir yang kontang dan tandus..

Lalu mereka mengadu kepada Musa a.s. kerana ketiadaan air untuk diminum..Lalu berlaku mukjizat yang dikurniakan kepada Musa a.s. yang memukul batu dengan tongkatnya kemudian terpancarlah 12 mata air..Kemudian mereka meminta pula makanan lalu Allah menghidangkan makanan dari syurga iaitu Manna dan Salwa…SubhanaAllah!!… Beruntungnya mereka mendapat nikmat syurga semasa berada di dunia..>Setelah beberapa lama mereka meminta agar dapat kembali makan makanan dunia seperti dahulu kerana bosan…Alangkah BODOHNYA!!!! (yg ni ust xde cte)

Untuk melihat skop dunia hari ini, aku mahu membawa pesan Dr. Aidh Abdullah dalam La Tahzan..Tapi aku tak berapa ingat perbandingan penuh yang beliau bawa..Cuma nak pinjam cara perbandingan beliau…

Bersyukurlah anda memiliki tangan kerana ada mereka yang sengsara tanpa tangan..Bersyukurlah anda mempunyai kaki kerana ada mereka yang terseksa tanpa kaki..Bersyukurlah anda mempunyai MAKANAN WALAUPUN TAK SESEDAP MANA kerana ramai mereka di luar sana yang TERPAKSA berjuang untuk mencari walau sebiji kekacang..Bersyukurlah kerana anda masih memiliki IMAN dan ISLAM yang mampu membawa anda kepada nikmat hakiki kerana ada yang telah ditutup pintu hati mereka..Nauzubillah…

Akhirulkalam,

IKHLASLAH BERTAWAKKALLAH BERSYUKURLAH…

SadaqaAllahu Al-a’zim..

Sunday, January 30, 2011

Sekitar Perjalanan Hari Itu...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

Alkisah tanggal 25 Safar 1432 bersamaan 29.01.2011 aku bersama saudara Saddom dan Zarifuddin keluar ke kota Alor Setar aka AS...Dalam kesempatan ini aku nak kongsi beberapa pengajaran dan renungan untuk kita bersama. Banyak jugak lah pengajaran aku dapat pada hari itu….Sebagai mengambil pengajaran untuk berjalan di atas muka bumi Allah untuk

Awal pagi ini aku aku bersiap sekitar jam 6.50 pagi…Sebelum aku keluar, aku berfikir sejenak apakah aku nak pakai kopiah ku atau tidak…Kalau pakai sebab botak(PLKN) dah jadi x ikhlas…Jadi aku fikir punya fikir bila ada kopiah atas kepala insyaAllah maksiat 2 susah sket la nk buat…So, aku memilih untuk pakai je kopiah ini demi keselamatan hati aku daripada maksiat..Jadi pengajarannya, kita kenelah berfikir secara kreatif dan kritis dalam menjadi hambaNya yang taat….

Seterusnya bila dah masuk dalam bas…Bas terus meluncur laju menyusuri Jalan Langgar…Aku memandang ke luar tingkap bas….Ya Allah!!! Bila la masyarakat Malaysia nak berubah???? Langsung tak ada rasa tanggungjawab…Dah makan tros campak je plastik bungkus ke luar tingkap…Dah minum ikot suka nak buang botol ke tepi jalan….Mana perginya sifat2 mahmudah yang kita dah belajar???? Kenapa ilmu yang kita miliki tak mahu kita amalkan??? Tepuk dada tanya diri sendiri….BUKAN TANYA SELERA!!!! Jangan jadi manusia yang boleh disamakan dengan BINATANG yang tak ada akal!!!! Wahai saudara2 yang budiman…Saya menyeru diri saya sendiri dan saudara2 untuk sama2 fikir dan bertindak…Paling2 koman pun bila ada kenalan kita yang buat perkara yang tak sennoh ni tegur je terus…

Bas HBR yang aku naik berhenti di satu perhentian untuk mengambil penumpang…Aku lihat ada tiga gadis bertudung naik dan duduk di belakang seat aku…Ya Allah!!! Seingat aku tak pernah seumur hidup aku jumpa gadis buat bising dalam bas macam bas 2 diorang yang punya…Sampai aku terpaksa menguatkan volume mp3 yang dihadiahi Nur Fadhilah kakakku yang dicintai…tak sedar2 ke??? Dah la suara antunna 2 aurat…Kalau aku bangun dan hempuk kepala antunna memang sedap gak la kan…kot ye pun nak sembang berpada2 lah volume 2….aishh…Geram3…

Masa kami makan di food court Pekan Rabu…Saudaraku si Saddom yang minta kotiaw goreng…last2 jumpa rambut….3 helai pulak 2…panas je brader ni…wahai penjual!!! Mana kualiti kerja kamu??? Jagalah hati pelanggan…Yang pelanggan pun janganlah main jerkah si penjual kalau ada berlaku perkara yang tak diingini…kadang2 perkara yang berlaku adalah tidak disengajakan…tapi AWAS kepada penjual!!! Aku kenal ada satu jenis bangsa yang jarang sekali berkompromi bab kualiti barang yang dijual terutama makanan….Sabar je la….

Untuk yang terakhir aku nak kongsi Ayat Allah yang berbunyi wa kuluu washrabuu wala tusrifuu, innahu la yuhibbul musrifin…yang bermaksud makanlah dan minumlah dan jangan berlebih2, sesungguhnya Allah tak suka orang yang berlebih2an…aku Cuma nak highlight yang larangan Allah 2…JANGAN BERLEBIH2an…bermakna sentiasa berpada-pada!!!! Aku fikir sebenarnya dalam setiap perkara yang kita lakukan setiap waktu kita mesti berpada-pada….Senda gurau, gelak tawa, makan minum n segale lah….dan yang paling penting…JAGALAH LIDAH DALAM BERSENDA GURAU…jangan sampai ada hati yang terluka…kelak ukhuwah boleh tergugat…Nauzubillah……(ada peristiwa hitam yang berlaku ada hari itu tapi biarlah mereka dan keluarga mereka sahaja yang tahu)

SadaqaAllah Al-‘azim….

Thursday, January 27, 2011

Amalkan Basmallah...

Bismillah pembuka bicara....
Bismillah pemula kata....

Kerap sungguh kita dengar masyarakat Islam menyebut kalimah ini dalam majlis rasmi terutama di Malaysia. Namun saya ingin mengajak para pembaca yang budiman untuk berfikir sejenak. Apakah ikhlas kita menyebut kalimah suci ini apabila kita menjadi penyamai ucapan??
Ataukah hanya sekadar pemanis bicara untuk diperdengar kepada para pendengar supaya kita lebih nampak molek dan sopan ketika memulakan bicara??

Wahai para pembaca yang bijaksana..
Dalam kesempatan hidup yang singkat ini saya ingin menyeru kepada semua agar kita jadikan kalimah mulia ini sebagai pembuka amalan dalam setiap aktiviti harian yang kita lakukan..
Sedar atau tidak kalimah mulia ini dapat menjadi dinding kepada kita daripada maksiat??
Menjadi penghadang segala musibah yang menanti kita saban hari???

Saya teringat satu kisah pada zaman dahulu..
Seorang wanita yang tidak pernah meninggakan kalimah agung ini dalam setiap perkara yang dilakukannya sepanjang hari...
Lalu pada satu ketika beliau telah terselamat daripada bencana yang hampir menimpa dirinya berkat kalimah Basmallah ini...

Sedarlah wahai pembaca budiman..
semakin hari kita kubur semakin kuat menjerit nama kita...
hanya sanya dengan mengingati Allah sentiasa kita akan menjadi hamba yang selamat dalam merentasi dunia akhir zaman yang penuh fitnah ini...saya amat yakin bahawa Allah akan melindungi kita daripada hasutan dan gangguan syaitan dan nafsu yg terpesong apabila setiap gerak-geri kita dimulakan dengan Basmallah....

Izinkan saya menyenaraikan antara rutin harian kita yang sering kita lupa untuk mulakan dengan Basmallah...
-mandi pagi
-pakai baju
-pakai kasut/sepatu
-stat enjin kereta...
-mula tekan pedal minyak
-buka segala jenis pintu
-melangkah setiap tempat yang baru(masuk rumah/pejabat)
-segala-galanya lah!!!!!!

Justeru....Amalkanlah Basmallah dalam kehidupan seharian kita...
Wallahu A'lam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...