Wednesday, February 2, 2011

Tawakkallah dan Bersyukurlah…

Bismillah…

Afalam yasiru fil ardhi fayanzhuru kaifa kana ‘aqibatul lazi na min qablihim (Surah Muhammad:10)

Dalam meniti setiap hari baru untuk orang yang beriman pasti ada perkara baru yang kita tempuhi..Pasti ada satu masalah baru yang perlu kita selesaikan..Pasti ada ujian baru yang perlu kita hadapi..Pasti ada hakikat baru yang kita mesti terima…Seandainya kita seorang mu’min pasti perkara ini tidak sesukar mana untuk kita laksanakan kerana semua urusan kita disandarkan kepada Allah yang maha kuasa…InsyaAllah…

Namun semua ini tak mungkin kita capai tanpa hati yang tulus ikhlas meletakkan seluruh kepercayaan dan tawakkal kita kepada Allah setelah selesai kita menguruskan usaha kita dengan bersungguh-sungguh..Ingin saya mengenang kembali sirah yang dirakam Allah Ta’ala dalam KitabNya mengenai kisah ibu Nabi Musa…Menurut cerita yang dikisahkan dihadapan saya dan rakan2 di KIDU oleh Ustaz Abdul Ghani..

Ceritanya bermula apabila Ibu Baginda Musa a.s. tidak mahu membiarkan anaknya itu dibunuh oleh orang suruhan Firaun La’natullah..Lalu Allah s.w.t. telah mengarahkan Ibu itu meletakkan bayi itu ke dalam sebuah kotak yang dibuat daripada jerami untuk dilepaskan ke dalam sungai…Dalam gundah keraguan dalam hatinya si Ibu tetap melaksanakan arahan tersebut..(Alahai hati!!!JANGAN PERNAH DIRAGU ARAHAN DAN LARANGAN ALLAH!!!) Lalu dimanta kakaknya mengikut arah mana anaknya itu dihanyutkan…

Dipendekkan cerita, isteri Firaun meminta dia mencarikan ibu yang boleh menyusukan bayi yang dijumpainya dalam bakul jerami tadi…Para pengawal yang diarahkan pergi membawa bayi itu untuk mendapatkan ibu yang boleh menyusukannya..Lalu ditakdirkan Allah bahawa Ibu tadi telah menjadi ibu yang menyusukan anaknya sendiri, Musa a.s..Bahkan anaknya itu mendapat perlindungan istimewa di istana Firaun…

Begitulah cerita yang perlu dijadikan I’tibar oleh kita sebagai hamba yang beriman dan bertaqwa kepadanya…Yakinlah bahawa setiap kejadian yang berlaku ke atas diri kita telah diaturkan Allah dengan sebaik-baiknya bersama hikmah yang hanya akan kita sedari entah penghujung hari entah esok..

Untuk berbicara tentang syukur juga perkara yang timbul dari hati..Sedar atau tidak syukur merupakan antara kunci iman seseorang..Rasa tidak bersyukur mampu meruntuhkan iman..Wahai pembaca yang budiman, sungguh benar untuk sentiasa menjadi hamba yang bersyukur bukanlah sesuatu yang mudah bahkan payah benar..Namun dengan keimanan dan ketakwaan yang teguh kepada qadar dan qada’ Allah serta janji Allah dalam surah Al-Insyirah yang bermaksud “Sesunguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan”..

Saya ingin menerusakan Sirah Nabi Musa a.s. dengan kisah bagaimana sikap Bani Israel atau lebih dikenali sebagai bangsa Yahudi ini yang terkenal dengan kemunafikan mereka pada Zaman Rasulullah s.a.w.. Menurut cerita yang disampaikan oleh Ustaz tersebut setelah Nabi Musa berjaya melarikan diri bersama pengikutnya dari hambatan Firaun bersama bala tenteranya, mereka terdampar di kawasan padang pasir yang kontang dan tandus..

Lalu mereka mengadu kepada Musa a.s. kerana ketiadaan air untuk diminum..Lalu berlaku mukjizat yang dikurniakan kepada Musa a.s. yang memukul batu dengan tongkatnya kemudian terpancarlah 12 mata air..Kemudian mereka meminta pula makanan lalu Allah menghidangkan makanan dari syurga iaitu Manna dan Salwa…SubhanaAllah!!… Beruntungnya mereka mendapat nikmat syurga semasa berada di dunia..>Setelah beberapa lama mereka meminta agar dapat kembali makan makanan dunia seperti dahulu kerana bosan…Alangkah BODOHNYA!!!! (yg ni ust xde cte)

Untuk melihat skop dunia hari ini, aku mahu membawa pesan Dr. Aidh Abdullah dalam La Tahzan..Tapi aku tak berapa ingat perbandingan penuh yang beliau bawa..Cuma nak pinjam cara perbandingan beliau…

Bersyukurlah anda memiliki tangan kerana ada mereka yang sengsara tanpa tangan..Bersyukurlah anda mempunyai kaki kerana ada mereka yang terseksa tanpa kaki..Bersyukurlah anda mempunyai MAKANAN WALAUPUN TAK SESEDAP MANA kerana ramai mereka di luar sana yang TERPAKSA berjuang untuk mencari walau sebiji kekacang..Bersyukurlah kerana anda masih memiliki IMAN dan ISLAM yang mampu membawa anda kepada nikmat hakiki kerana ada yang telah ditutup pintu hati mereka..Nauzubillah…

Akhirulkalam,

IKHLASLAH BERTAWAKKALLAH BERSYUKURLAH…

SadaqaAllahu Al-a’zim..

No comments:

Post a Comment

entry sudah habis dibace,
ate komen lah ye!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...