Tuesday, February 8, 2011

~JUJUR, menipu..Bergurau~

Uhaiyikum Bitahiyatil Islam, Tahiyyatan Mubaraka min ‘indiLaah,

Fasalamullahi Alaikum warahmatuhu Wabarakatuh……….

(yang ni dah lama tulis tapi baru nak publish)

Alhamdulillah…Setelah sebulan berjuang bersama para sahabat tercinta maka beakhirlah sudah perjuangan kami di sekolah. Tiada lagi title “budak sekolah” pada kami semua.

Pada hari ahad minggu saya tamat sekolah, saya bermusafir dari Ipoh untuk datang ke Education Fair di PWTC. Banyak perkara yang saya belajar pada waktu itu. Aduh!. Bagaimana agaknya saya dan rakan2 bisa menempuh zaman remaja yang hidup pada zaman ini. Seperti kata seorang sahabat saya (Ulul Ahlam Damanhuri) dunia pada zaman ini dunia yang kejam. Apa pendapat anda?? Saya fikir mana mungkin sahabat saya yang berhikmah itu bercakap di hadapan khalayak tanpa berfikir panjang…

Pembaca yang dihormati,

Saya berfikir sungguh benar kata sahabat saya itu. Tapi bagaimana pula sebagai manusia yang telah diberi ilmu tentang itu, kita seharusnya bertindak? Bagaimana amalan kita? Apa yang seharusnya kita lakukan??…berfikir dan terus berfikir. Itu sememangnya tugas para khalifah yang berjaya di bumi ini..namun pada satu malam seorang bekas senior saya memberitahu bahawa berfikir mesti berjalan seiringan dengan tindakan…tak guna berfikir tapi tak bertindak…

Seorang daripada konsultan di situ semalam menawarkan pada saya pendidikan yang membolehkan saya menjadi seorang Doktor pada umur 23 dengan terus menyambung pelajaran pada Januari ini. Awal2 Dr. tuh cerita saya dh macam tak percaya.Bukan sebab dia nak tipu.Tapi saya macam susah nak percaya sebab takut ditipu. Tambahan lagi, tawaran yang dia cerita pada saya macam sangat jarang saya dengar..Kalau SPM tak cukup bagus untuk melayakkan saya menjadi seorang Dr. saya boleh topup subjek yang lemah sambil belajar medic dengan mengambil o-level…Tapi saya tak yakin dia tuh menipu. .

Justeru saya mahu mengajak para pembaca untuk muhasabah diri kita. Sehebat mana sifat jujur kita?? Adakah kita ini sudah cukup jujur dalam setiap perkara. Ingatlah bahawa Nabi kita yang tercinta ada bersabda, “dan katakanlah yang benar walau ianya pahit”. Sebagai umat yang patuh wajib bagi kita untuk meninggalkan perkara tersebut…WAJIB!!!

Pandanglah diri kita, sebanyak mana kita berdusta setiap hari?? Dalam gurau senda?? Dalam bicara biasa?? Adakah kita telah termasuk dalam golongan penipu?? Mungkin saya harus mengingatkan diri saya sendiri dan para pembaca mengenai kisah Si peenjaga kambing dan musang..bagaimana dia sering menipu penduduk kampung yang sangat perihatin dengan menyatakan bahawa kambig pelharaannya diserang musang.. Walaupun dia hanya mahu bergurau tetapi telah menyebabkan orang kampung tidak mahu mempercayai pemuda tersebut lagi..Akhirnya ketika kambingnya benar2 diserang musang, penduduk kampung tidak mahu menolongnya kerana menyangka pemuda itu menipu lagi…bahkan ada peristiwa yang berlaku di depan mata saya sendiri apabila seorang sahabat saya berbicara walaupun dengan muka serius tetapi rakan2 lain terus mengatakan “ye2 je ko ni”…..

Para pembaca yang budiman,

Akhir kalam, Berhati-hatilah dalam berbicara dan bergurau senda setiap hari. Jangan sampai yang kesat dan dusta itu terhambur daripada mulut kita. Kelak diri sendiri yang merana dek perbuatan semalam..Beringat sebelum kena..Sudah terhantuk baru nak terngadah tiada beguna..Jangan pula kita lupa azab di sana seandainya perbuatan itu menjadi rutin kita..HATI-HATI!!!

Wallahu a’lam

No comments:

Post a Comment

entry sudah habis dibace,
ate komen lah ye!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...