Monday, February 14, 2011

Walimatul Urus: Trendy atau Syurgawi??

Bismillahirrahmanirrahim….

Al-kisah pada hari Ahad yang lalu aku berkesempatan untuk pergi ke Majlis Walimatul Urus salah seorang yang aku kenali iaitu anak kepada sahabat ibuku..Bahkan aku juga mengenali pengantin lelakinya..Alhamdulilah..Aku lihat dan perhati majlis itu sangat grand..pencuci mulut sahaja pelbagai jenis..Cendol, bubur, rojak buah dan kuih-muih..Gift yang dihadiahkan buku agama yang bertajuk Ya Allah, Aku Tidak Layak Untuk SyurgaMu, Namun Aku Juga Takut Azab NerakaMu..Tak pernah aku jumpa dalam mana2 walimah sebelum ini yang memberikan buku kepada hadirin…

Cukup sekadar itu celoteh aku mengenai majlis tersebut…Apa yang aku nak kita sama2 fikir ialah mengenai:

TREND MAJLIS WALIMATUL URUS PADA HARI INI (ada yang dah lama jadi macam ni tapi masih kekal ke hari ini)

PAKAIAN

Tak kira si pengantin atau ibu bapanya atau saudara mara…semua nak kelihatan gempak n versetail pada hari berbahagia seperti ini…Nama pun majlis kahwin..Tak kan nak pakai ala kadar sahaja..Hatta yang dok buat kerja di dapur sekali pun tak nak kalah dengan pakaian yang molek2..
Namun apa yang aku perhatikan apa yang dimaksudkan dengan versetail bagi masyarakat KEBANYAKANNYA sudah tidak bertepatan dengan cara berpakaian menurut syara’..

Mafhum Firman Allah:

“…Janganlah mereka(perempuan) memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka……….supaya kamu BERJAYA”

SurahAn-Nur:31

Kita lihat kepada pengantin perempuan dahulu..Pakai paling2 koman mesti nak KEBAYA KETAT..Tapi yang lagi pelik kebaya yang dipakai macam bukan kebaya..Bajunya macam inner dan ditutup dengan ‘sarung’ yang jarang(spt gamba di bawah)..Kalau yang tak pakai tudung 2 lagilah teruk..Yang gemuk ke yang kurus ke….Sama semuanya…KEBAYA KETAT!!Lagi satu jenis pakaian ialah gaun yang dihasilkan untuk mengurangkan kerja bentara yang nak menyapu sampah…Apalah pandai sangat nak pakai pakaian yang macam tu..Dah la susah nak basuh..Membazir BREEZE je…

(guna gambar model utk elak fitnah)


Kita lupa atau buat2 lupa bahawa arahan Allah untuk menutup aurat itu punya cara sendiri dan bukannya ikut suka nak buka di mana nak tutup di mana..Hatta Allah telah menjelaskan dengan tepat bahawa yang perlu ditutup itu sehingga menutupi belahan leher baju…Dan yang paling penting tudung itu mesti melepasi dada..Tapi kebanyakan pengantin meskipun memakai tudung memasukkan tudungnya ke dalam baju…Lalu menampakkan apa yang haram..

Aku pernah pergi ke satu majlis walimah yang aku rasakan…SubhanaALLAH… Memang yang inilah baru dikatakan perkahwinan yang diberkati InsyaAllah..Si pengantin perempuan tetap memakai kebaya(tak silap aku la) tapi yang sempurna pada syara’(pada pandang mata aku)..Memang langsung tak nampak ketat…Tak nampak bentuk tubuh badan…Itu yang paling penting..Tapi yang lagi best aku nampak dia tak tinggal stokin..Alhamdulillah..Semoga kita dapat mencari isteri solehah seperti ini..Amin…

..inilah orang yg aku maksudkan..


Pakaian pengantin lelaki sehingga hari ini aku tak pernah jumpa yang memakai pakaian tak menurut syara’..Tapi kalau tak silap aku masa aku kecik2 ada jugak pengantin yang pakai perhiasan emas..Yang paling ketara ialah rantai panjang emas yang dipakai(dah lame tak nampak)..Kalaupun celup perbuatan macam tu dah boleh mendatangkan fitnah..Sedangkan kita sepatutnya mengelakkan diri daripada fitnah..

Untuk yang saudara-mara..Alhamdulillah la jugak…Kebanyakannya yang lelaki pakai baju melayu..Paling2 tak smart pun t-shirt biasa sebab nak buat kerja..Jarang aku jumpa yang pakai seluar pendek..Tapi ada jugak bila kat tempat membasuh pinggan yang tarik seluar macam nak tayang peha…Nak kata besar macam Malik Noor tak pun…Tarik sekadar bawah lutut pun sudah memadai…InsyaAllah tak basah seluar nya…Kalau rasa tak nak basahkan seluar yang mahal tu pakailah seluar track suit..

Yang perempuan ni ramai yang berbaju kurung sopan..Alhamdulillah…alahai..taste ana raffali tuh…baik la dia yang dijadikan idola daripada artis2 yang entah terlalu MISKIN terpaksa beli baju saiz adiknya…(jangan bab tak bertudung korang ikut sekali sudah)..Tapi aku lihat ada jugak yang jenis berkebaya ketat juga dalam kalangan saudara-mara…Hatta mak pengantin pun kadang2 perasan muda nak pakai kebaya ketat macam anaknya…tudung kadang2 nampak macam dah nak sempurna..Tapi selalunya tak cukup syarat juga..Bicara pasal tudung..Aku malas nak masuk kan sekali..Kalau tak alamatnya berjelalah antum nak baca….

HALWA TELINGA

Alhamdulillah..Akhir2 ni(dah jarang pergi kenduri kahwin sebenarnya) aku rasa halwa telinga pada majlis walimah lebih kepada yang baik2..Kebanyakannya lagu MAHER ZAIN..Alhamdulillah..terima kasih MAHER ZAIN..Sebelum ini aku pun tak tahu doa Rasulullah untuk pengantin baru…”Barakallahulakuma wa jama’a bainakuma fi khair”…Tapi kadang2 ada yang masih nak mainkan lagu2 yang melalaikan..Lagu jiwang2 yang slow aku tak kisah sangat…Tapi bila masuk lagu yang membingitkan telinga…Aku rasa nak pergi hentak je laptop brader DJ yang bertugas tuh…

Mungkin kita kata ini bukan salah kita..Si DJ 2 yang pasang lagu..Alasan macam ini memang aku nak marah..Yang bayar adalah tuan rumah..jadi tuan rumah memang sangat berhak menentukan lagu apa yang akan dimainkan..lagi satu masalah berkaitan lagu2 ialah timing..Agak2 dah dekat nak masuk waktu solat rehatkan lah speaker yang dah memekak sekian lama dalam setengah jam..Hormati azan dan jiran2 yang nak tunaikan kewajipan..

Aku masih ingat ada satu lagu yang cukup menyakitkan hati aku ketika aku makan di majls walimah…Lagu Elyana-Kalis Rindu (ye la kot)..Dah la tiba2 DJ tuh bagi budak perempuan kecik menyanyi pulak..Masalah lain pulak timbul…Kecik2 dah ajar anak menyanyi lagu mengarut2..Manalah hati anak 2 nak tenteram..Nak jadi anak solehah…Allah….Cuba la ajar anak 2 nyanyi lagi MZ ke Sami Yussuf ke…Kumpulan2 nasyid macam Raihan ke…Baru lah bersih sikit hati anak 2…Paling2 pun ada jugak sebut nama Allah dan Nabi…

Dalam membicarakan kesilapan dan kesalahan dalam majlis walimah ada pula yang pandai menjawab “ahh!!! Benda ni buat sekali seumur hidup…biarlah nampak gempak dan versetail..biar majlis ni jadi yang diingati oleh pasangan dan orang lain”…Baiklah!! Andai ini jawapan yang diberikan pada aku maka aku aku akan mempersoalkan…Apakah majlis yang kita nak jadikan sebagai ingatan sepanjang hidup kita ini sebagai salah satu majlis yang tiada keberkatan???Majlis yang dimurkai Allah dan seluruh isi langit serta bumi??majlis yang dipandang hina oleh sekalian masyarakat beriman??Dek kerana kita nak ikot trend (konon) akhirnya majlis kita menjadi majlis maksiat…Hukum menghadiri majlis walimah yang pada asalnya wajib telah menjadi haram…adakah ini yang kita mahukan??? Nauzubillah… FIKIRKANLAH BERSAMA…

Sebelum aku mengakhiri celoteh aku..Ada beberapa perkara yang aku nak peringatkan kepada diri aku dan antum semua..

Kepada sahabat2 muslimah..jadikan apa yang telah berlaku sebagai pengajaran dan bila tiba masa antunna nanti pakailah sekadar yang dibolehkan syara’..Tentu majlis yang diadakan menjadi majlis yang diredhai Allah…Amin..Kalau si BAKAL suami tak setuju antunna nak pakai menurut syara’ aku sarankan tinggalkan sahaja lelaki macam ini..Silap2 bila dah kahwin macam2 benda wajib lagi yang dia suruh tinggalkan..

Kepada sahabat2 muslim..pastikanlah wanita pilihan kita tiada masalah untuk mematuhi arahan kita yang pertama sebagai isteri solehah..Andai si isteri ini berdegil..Jangan pula terus tinggalkan mereka kerana memang tugas kita membimbing mereka..InsyaAllah…Andai ada halangan daripada ibu bapa sekalipun cubalah sehabis baik untuk berbincang…Kalau kata putus ibu tidak berpihak kepada kita maka yang wajib dipatuhi itu adalah ibu…

Kita sendiri lebih tahu untuk menilai keadaan kita ketika itu nanti..Buatlah pilihan yang terbaik demi cinta kita kepada Allah..

Untuk yang terakhir…Mungkin antum tidak termasuk dalam golongan yang aku katakan di atas…Tapi perkara ini berlaku pada diri kita semua saban..Sejauh mana keberanian kita untuk menegakkan agama kita tak mahu aku persoalkan kerana aku sendiri masih mencari kekuatan…sama2 lah kita menguatkan antara mujahid untuk membenarkan apa yang benar dan menolak kefasadan dan maksiat InsyaAllah….Yang lebih penting jangan kita menjadi pencetus perkara2 di atas…Mungkin kita boleh menyendeng dalam mesyuarat keluarga untuk menjadikan majlis walimah keluarga kita lebih baik daripada apa yang akan terjadi tanpa pandangan kita…InsyaAllah…

“..dan salah satu daripada hak muslim ke atas muslim yang lain ialah apabila dijemput ke walimatul urus,maka wajib dipenuhi..”

Wallahu A’lam..

6 comments:

  1. sesuatu majlis yg baik ialah yg diberkati oleh ALLAH....aku setuju pasal lagu background....dulu lagu jiwang indon je...skunk maher zain theme....hehe

    ReplyDelete
  2. tapi ade jugak skang ni tselit2 sket lagu merapu...adeyh...
    t ko nk kawen jgn lupe post kad...ak x nk jmput kt fb jerh!!

    ReplyDelete
  3. Persepsi yang bagus. sepatutnya yang lelaki tak perlu terlalu memilih. andai dia telah mempersiapkan diri sepenuhnya, maka tiada masalah untuk dia membimbing isterinya pula. insyaAllah bait muslim yang terdiri daripada pasangan yang soleh dan solehah diberkati Allah. salam mujahadah!

    ReplyDelete
  4. ***
    “ahh!!! Benda ni buat sekali seumur hidup…biarlah nampak gempak dan versetail..biar majlis ni jadi yang diingati oleh pasangan dan orang lain”…Baiklah!! Andai ini jawapan yang diberikan pada aku maka aku aku akan mempersoalkan…Apakah majlis yang kita nak jadikan sebagai ingatan sepanjang hidup kita ini sebagai salah satu majlis yang tiada keberkatan???Majlis yang dimurkai Allah dan seluruh isi langit serta bumi??majlis yang dipandang hina oleh sekalian masyarakat beriman??

    ***

    i love this part! (:

    ReplyDelete

entry sudah habis dibace,
ate komen lah ye!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...